Warisan bosan lakonan PH DAP, tanding di PRN Johor kerana prestasi teruk PH
11:03 Mar 06, 2022  |  By SabahKini2
Warisan bosan lakonan PH DAP, tanding di PRN Johor kerana prestasi teruk PH

DAP mengatakan Warisan parti pengacau di PRN Johor. Terbaru Pemuda DAP Sabah berkata Warisan bersekongkol dengan UMNO-BN untuk kalahlah PH. Warisan bengang tuduhan DAP dan berkata Prestasi PH teruk punca Warisan bertanding di Johor

Perang mulut antara DAP dan Parti Warisan Sabah (Warisan) terus berlarutan. Sebelum ini Lim Guan Eng dan Calon DAP Johor Jaya menyifatkan penyertaan Warisan dalam PRN Johor sebagai pengacau undi pembangkang.

Terbaru Chan Loong Wei Ketua Pemuda DAP Sabah menyifatkan Langkah Warisan di PRN Johor kerana bersekongkol dengan UMNO BN untuk mengalahkan DAP Pakatan Harapan. Walaubagaimanapun Ketua Wira Warisan Datuk Azis Jamman membidas kenyataan Chan Loong Wei berikutan berikutan prestasi hambar Pakatan Harapan (PH) pada PRN Melaka dan Sarawak tahun lepas.

Menurut Azis Jamman keputusan pilihan raya di kedua-dua negeri adalah petunjuk jelas bahawa pengundi tidak lagi menyokong PH.

“Justeru, penglibatan Warisan dalam PRN Johor adalah bagi memberikan alternatif kepada pengundi yang sudah muak serta bosan dengan polemik politik kaum dan agama.

“Tuduhan DAP Socialist Youth (Dapsy) Sabah yang mendakwa Warisan bersekongkol dengan Umno menunjukkan parti itu terdesak akibat kemerosotan sokongan kepada DAP,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Jika DAP sememangnya tidak pernah menolak mana-mana parti pembangkang untuk bertanding di Semenanjung kerana hak demokrasi setiap parti maka ia tidak sepatutnya mempersoal langkah Warisan bertanding di Johor.

“Kami sudah bosan dengan lakonan PH di parlimen. Mereka mengeluarkan kata-kata marah dan mengibas tangan mereka di hadapan televisyen namun di sebalik tabir, mereka telah membuat perjanjian untuk berkecuali.

"Jika Umno lahir di Istana Johor, mungkin Johor juga merupakan negeri kelahiran Warisan di bumi Semenanjung.

Warisan terdesak di 'Malaya'

Warisan tiada pilihan untuk memasuki Semenanjung kerana parti itu semakin malap di Sabah selain meneruskan misi angan-angan Shafie Apdal sebagai PM ke 9.

Warisan menukar strategi dari sebuah parti yang keras menolak ‘Malaya’ di Sabah dengan slogan Sabah untuk Sabah dan ‘Sabah kita punya’ kepada ‘ We Are Malaysian’ serta merayu rakyat Johor kehadiran mereka di Semenanjung.

Orang Semenanjung atau Malaya perlu mengajar parti Warisan tentang kesombongan mereka di Sabah supaya Warisan sedar apa ertinya Malaysian. Di Sabah Warisan membalun Malaya tetapi di Semenanjung Warisan terpaksa merayu-rayu sokongan.

Selepas PRU di Sabah mereka merampas kerajaan negeri dengan membeli adun-adun BN sebelum membubarkan DUN Sabah pada julai 2020 dan tewas dalam PRN.Rakyat Sabah sedar tentang penipuan Warisan.

Ketika berkuasa 22 bulan Shafie menjadikan Kerajaan Warisan sebagai kerajaan ‘Sempornarian’ di mana semua jawatan-jawatan di Negeri Sabah dimonopoli oleh orang Semporna, ahli keluarga Shafie Apdal.Rakyat Sabah dipedalaman akhirnya menolak Warisan.

Kini Warisan berpecah apabila Datuk Peter Anthony orang kanan Shafie yang juga pemegang dana parti keluar daripada Warisan. Peter telah menubuhkan barunya, KDM.

 

 

2 Comments