(VIDEO) Keturunan dusun "Aki Goong" balun anak dan anak saudara Shafie Apdal!
13:02 Feb 12, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Keturunan dusun

cuba lihat standard pemimpin Warisan seperti anak Saudara Shafie Apdal Dato’ Azis Jamman Ketua Wira Warisan dalam kenyataannya dalam facebook. Rakyat Sabah boleh menilai akhlak anak muda ini.

 Tiada nada penghinaan Anifah Aman- hanya kata pemimpin Sabah Tulen

Sejak kenyataan Dato’ Sri Anifah Aman Menteri Luar Negeri mengenai pemimpin Sabah tulen layak menjadi Ketua Menteri Sabah nampaknya Pemimpin Warisan pula yang sedang kepanasan.

“Bagi saya tak kira sama ada cina atau kadazan dusun, murut, brunai, bisaya boleh menjadi ketua menteri apa yang penting ialah mereka itu mestilah anak sabah yang tulen.” katanya

Para pemimpin Warisan dan penyokongnya mula membuat tafsiran kononnya Anifah Aman menyokong Warisan Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri Sabah dalam PRU ke 14, malah katanya menolak UMNO.

Tidak kurang juga yang menafsir Anifah menyindir Shafie Apdal sebagai bukan pemimpin tulen dan ramai pengikutnya sebagai lahir dari projek IC Mahathir. Maklumlah Semporna saja dikatakan mempunyai rakyat yang ramai hasil projek IC zaman Shafie Apdal dulu.

Apapun tafsirannya yang pasti Anifah Aman membuka ruang bahawa sesiapa saja layak jadi pemimpin tidak kira bangsa apa asalkan tulen. Rakyat Sabah. Sama ada dari bapa atau emak keturunan Sabah. Tetap Sabah. Bukan hasil PROJEK IC!.

Anifah berkata sebagai Menteri Luar beliau sudah melihat banyak negara yang dilawatinya seperti Syria, Libya ataupun Iraq. Dulu makmur kini hilang sekelip mata. Kerana apa? Sebab anasir luar yang memasukinya.

Jadi apa salahnya kenyataan pemimpin tulen Sabah? Tiada kenyataan Anifah menghina bangsa atau keturunan orang lain. Musa Aman dan Anifah juga keturunan  Sabah “Aki Goong”, mereka juga ada keturunan Kadazan Dusun. Ini kepelbagaian rakyat Sabah.

Namun cuba lihat standard pemimpin Warisan seperti anak Saudara Shafie Apdal Dato’ Azis Jamman Ketua Wira Warisan dalam kenyataannya dalam facebook. Rakyat Sabah boleh menilai akhlak anak muda kurang ajar itu.

 

“Malas mau cakap pasal asal usul tapi since Anifah mulakan dan Anifah persoalkan asal usul Shafie dari mana? Rakyat Sabah wajar tanya Anifah, asal usul nenek moyang dia dari mana? Kubur nenek moyang dia di pakistan dia ada lawat ka? Bapa dia datang Sabah jual kain ka juga? Puiii.....

Dalam kategori etnik Sabah, saya tidak pernah nampak nama etnik PAKISTAN tersenarai”

Cuba kita lihat pula kenyataan media dari NGO milik anak Shafie Apdal Mohd Shazwi bin Dato’ Seri Shafie (Yang Dipertua Pertubuhan Angkatan Bersatu Pewaris Sabah - PEWARSA). Rupanya NGO ini ditubuhkan oleh Shafie Apdal untuk menyokong Warisan.

Bagaimana NGO ini memanipulasi kenyataan Anifah Aman dengan tajuk “ANIFAH MENYOKONG WARISAN & SHAFIE APDAL MENJADI KETUA MENTERI SABAH PRU 14”

Tak cukup anak Saudara anak Shafie Apdal sendiri membuat kenyataan semata-mata terasa mereka sebagai orang luar dan bukan tulen.

Warisan menyebarkan sumber kenyataan dari NGO Perwasa milik anak Shafie Apdal.

Mengapa mereka terasa kalau benar mereka tulen? Bukankah benar Shafie Apdal memang pernah terlibat dengan ‘gerakan’ sijil lahir dan kad pengenalan. Setiap hari Shafie Apdal mengeluarkan surat sokongan kepada orang Semporna untuk diberi kad pengenalan.

Bukankah jelas Shafie Apdal menyeru rakyat Sabah memaafkan Tun Dr Mahathir atas perbuatannya baru-baru ini. Kini Warisan pula bernaung dibawah PPBM (Pakatan) dan mahukan sekali lagi Tun Mahathir sebagai PM. Mengapa? Kata agenda Sabah untuk Sabah. Ini bukan Sabah Ubah.

 Kenyataan tidak beradap Azis Ketua Wira Warisan ini mendapat respon dari netizen berketurunan Dusun Keningau bernama Jenny R. Sedomon dari keluarga “Aki Goong”.

“Apa macam saya mahu balas komen si Ajis ni? Mari saya ajar dia susur jalur keluarga kami”.

“Paling buduh dan palui baitu”. katanya dengan marah

Beliau turut memaparkan susur galur salahsilah keluarga ‘Aki Goong” yang juga menunjukkan Tan Sri Musa Aman dan Anifah dari keluarga yang sama dari ibu mereka OKK Sodomon. Jadi mengapa nak hina bangsa katanya.

Sila baca Aki Goong sila klik

Seorang lagi Jeff Sedomon membidas komen rasis Mohd Azis Bin Hj Jamman dalam facebooknya

“Nampak sangat la kau ni bersuara membabi buta. Lain kali sebelum buat andaian, siasat dulu bah. Kalau pun bapa dorang (mereka) keturunan pakistan, tapi mama dorang keturunan dusun orang Keningau. Saya adalah salah seorang saudara sebelah emak dorang. Memang menjadi kebiasaan bangsa kita ada campur sedikit sebanyak bangsa dari luar. Tapi mereka sudah lebih 20 tahun menetap di Sabah... dan mereka juga dilahirkan di Sabah yang secara automatiknya layak menjadi warganegara....” katanya

 

 

 

 

4 Comments