Pengarah SPRM Sabah 'Cap Ayam' kes 2018 tangkap semula 2022, konsesi jalan curi RM145.1 juta dia buat bodoh!
19:03 Mar 10, 2022  |  By SabahKini2
Pengarah SPRM Sabah 'Cap Ayam' kes 2018 tangkap semula 2022, konsesi jalan curi RM145.1 juta dia buat bodoh!

Kes 2018 Pengarah SPRM tangkap semula tahun 2022. 5 tahun baru nak dakwa. Karunanity ni kes pengetua sekolah salahguna kuasa, pegawai minta rasuah RM10,000, peniaga rasuah agensi RM2000 dll dia lapor untuk media. Kes taikun, selenggara jalan Sabah....

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan semula bekas Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah yang dipercayai meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1.2 juta membabitkan kerja-kerja perkhidmatan daripada dua syarikat.

Lelaki berumur lingkungan 50-an itu ditahan di pejabat SPRM di Kota Kinabalu kira-kira pukul 10 pagi rabu lalu.

Pada julai 2018 media melaporkan Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) antara empat individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan salah laku berhubung penyelenggaraan kapal.

Mereka ketika itu direman mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan jika sabit kesalahan.

Hampir 5 tahun kes berlaku kerana memberi projek perkhidmatan penundaan antara 2017 hingga 2018, Pengarah itu pun di tempatkan ke jabatan lain dan kini dia ditahan semula untuk pendakwaan dalam tempoh terdekat.

Nampak tak kerja cap ayam SPRM Sabah diketuai Datuk S. Karunanithy. Kes kecil-kecil dia tangkap segera dan kemudian nak besar kes 5 tahun lalu baru sekarang dia terfikir membuat pendakwaan.  Cuba tanya Karunanithy apa jadi kes Rasuah Seks, Pegawai Pertanian Keningau yang ditukar serta-merta pada Mac 2021?. Mungkin didakwa 5 tahun lagi? Atau kes Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Edward Lingkapo. Apa jadi kes tu? malah sekalipun direman SPRM kekal sebagai Pengarah boleh buat projek ratusan juta lagi

Karunanithy hanya terkenal denga kes cap ayam seperti pengetua sekolah salahguna kuasa, penolong pengarah kanan Sabah minta rasuah RM10,000, peniaga cuba rasuah agensi RM2000, kontraktor ditahan dokumen palsu dan banyak lagi kes untuk dipaparkan kepada media semata. Kes taikun, jerung, selenggara jalan Sabah yang teruk 'Oh ini kita serah kepada SPRM Putrajaya'. 

Kes rasuah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah setiap tahun berulang penipuan dokumen penyata bank palsu. Sejak 2018 tangkap setiap tahun dia umum lagi ditangkap tahun 2022. Tapi kes tak pernah habis. Anjur seminar beribu kali pun tak akan selesai jika punca Kartel tender tidak pernah diselesaikan? Percayalah tahun depan dia akan umum lagi tangkapan di jabatan sama sehinggalah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah tidak wujud lagi atau kiamat.

[ARTIKEL BERKAITAN-  SPRM tahan 19 kontraktor tapi pegawai dalang kartel tender Lembaga Perolehan Sabah masih bebas? ]

SPRM tahan 19 kontraktor tapi pegawai dalang kartel tender Lembaga Perolehan  Sabah masih bebas?

Sebabnya peringkat pembuat keputusan tender melibatkan pegawai perolehan persekutuan SPRM, jawatan kuasa tender tak ditangkap wal hal pegawailah dalang ‘Kartel tender’ yang berlaku. Pegawailah tahu kod petender kontraktor. Satu kontraktor menguasai berpuluh kontraktor.

Kes selenggara jalan JKR Sabah teruk!

Tapi kes selenggara jalan JKR melibatkan pegawai JKR Mac Chong yang dilaporkan berpuluh kali dia tak berani buat apa. Sejak zaman Shafie Apdal hingga Datuk Peter Anthony keluar Warisan menubuhkan parti baru KDM, Karunanithy Pengarah SPRM Sabah tu buat bodoh saja. Jika di zaman Shafie Apdal pun dia sayang dengan Datuk Peter kini Datuk Peter berusaha menyertai GRS agak-agak Karunanithy berani tak bertindak?

Sekalipun kerajaan Warisan telah membayar lebih RM145.1 juta jalan hantu yang tak wujud merugikan kerajaan negeri tetapi SPRM Sabah anggap tak penting. Alasannya semua kes besar disiasat oleh Bahagian Operasi Khas (BOK) Putrajaya. Salah BOK yang lambat bukan dia sebagai Pengarah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal JKR: Kerajaan Sabah rugi RM145.1 juta bayar 1755 ‘Jalan Hantu’ kepada konsesi kroni ]

 

Berikut merupakan contoh dari satu 'claim' konsesi yang telah dibayar oleh Kerajaan Warisan sebulan sebelum atau selepas PRN Sabah.
Mereka cepat-cepat membayar 4 konsessi kroni Peter Anthony.

 

 

Ini baru satu contoh konsesi dari 4 konsesi kroni Peter [Boleh Baca Artikel di atas].  Bayangkan di Zon Selatan saja melibatkan 637 jalan hantu dengan 450 jalan dikesan di Majlis Perbandaran Tawau dan Lahad Datu 144 jalan. Panjang jalan ialah 1003.484 kilo meter dengan anggaran kerugian Kerajaan Sabah ialah RM79,493,082.34. 

Dokumen bayaran yang diperolehi Sabahkini2 menunjukkan konsesi Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd dibayar secara lebih luar biasa kerana selepas PRN Sabah pada 26 September 2020, Konsesi Nabalu mendapat SECARA PUKAL RM21.9 JUTA pada 19 Oktober 2020. Banyak sangat claim Nabalu Builders? Bagaimana mereka boleh dibayar sebanyak RM 21.9 juta? sedangkan jalan-jalan yang diselenggara di Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak dibuktikan dengan gambar tidak pernah dibuatpun. Jawapannya claim demi Pilihanraya Negeri. Komisen perlu dibayar. 

Mengapa Ir Max Chong memilih Borneo Nabalu Builders atau Azam Jaya untuk memperbanyakkan jalan hantu di Zon Selatan? Ini pun mudah jawapannya kerana memudahkan bayaran komisen daripada konsesi yang boleh dipercayai. Lagipun orang Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak tak kisah pun selenggara jalan mereka yang teruk itu. Dari dulu mereka anggap biasa. 

Ke SPRM Sabah mahu bukti dokumen bayaran di pejabat Jabatan Bendahari Negeri Sabah lengkap dengan butiran nombor baucar di dedahkan kepada rakyat baru Karunanithy bertindak?

Kepada Dato' Sri Azam Ketua Pesuruhjaya SPRM tukar sajalah Pengarah SPRM Sabah yang 'Cap Ayam' ni. Tukarlah budak-budak Latheefa Koya dan Tommy Thomas dalam SPRM ni. Makin melalut.

29 Comments