Kantoi lagi! Edward Lingkapo 'Kawtim' Syarikat Terowong Pulau Pinang projek 'Land Swap' Ibu Pejabat JANS
14:08 Aug 11, 2021  |  By SabahKini2
Kantoi lagi! Edward Lingkapo 'Kawtim' Syarikat Terowong Pulau Pinang projek 'Land Swap' Ibu Pejabat JANS

Sebelum ini Projek Empangan Papar RM3B dah sapu di Zaman Warisan. Kini Edward Lingkapo 'kawtim' Syarikat terowong Pulau Pinang yang sama laksana projek rundingan terus Ibu Pejabat JANS secara 'Land Swap' di tanah JANS Gaya Park Kota Kinabalu.

Rakyat Sabah mesti diberi ingatan mengenai wayang Shafie Apdal dan Peter Anthony ketika menjadi kerajaan.

Pada 09hb Oktober 2019, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah membuat keputusan bahawa pelantikan Amarjit sebagai Pengarah JANS adalah tidak sah namun mengejutkan  surat tawaran projek Empangan Papar telah dikeluarkan kepada syarikat Wira Syukur (M) Sdn Bhd dan Pembinaan Maju Cemerlang Sdn Bhd oleh Amarjit pada 10 Oktober 2019.

Warisan jelas cuba mempercepatkan kelulusan projek Empangan Papar itu secepat mungkin walaupun ditentang rakyat.

Tentulah sangat mengejutkan kerana Syarikat Wira Syukur (M) Sdn Bhd dan Pembinaan Maju Cemerlang Sdn Bhd merupakan anak syarikat Vizione Holdings Bhd yang juga pemegang saham dalam syarikat pembinaan terowong kotroversi Pulau Pinang dalam syarikat Consortium Zenith Contruction Sdn Bhd. Vizione Holdings Bhd juga mengumumkan di Bursa Malaysia mengenai perolehan projek itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar! Syarikat Terowong Pulau Pinang dilantik bina Projek Empangan Papar ]

Sangat kontroversi syarikat yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng, disiasat SPRM diberikan projek Empangan Papar. Dokumen siasatan SPRM yang bocor juga jelas berlaku rasuah. Kes rasuah Lim Guan Eng itu kini dibicarakan di mahkamah. Begitu juga Dato’ Sri Gnanaraja didakwa menerima rasuah RM19 juta projek terowong dasar laut itu

KINI EDWARD LINGKAPO BERI PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN BAHARU IBU PEJABAT JABATAN AIR NEGERI SABAH KAEDAH  'LAND SWAP' DENGAN SYARIKAT PROKSI TEROWONG PULAU PINANG- EMPANGAN PAPAR!

Jika dulu Amarjit Singh cepat-cepat menandatangi LOA Syarikat Wira Syukur dan Pembinaan Maju Cemerlang Sdn Bhd kini Ir Edward Lingkapo pula sedang cepat-cepat menyelesaikan projek Ibu pejabat Jabatan Air Negeri Sabah menggunakan tanah JANS kepada syarikat Pembinaan Maju Cemerlang Sdn Bhd yang sudah tentu di belakangnya Wira Syukur yang punya dana besar membina projek Empangan Papar dan juga projek bangunan Ibu Pejabat JANS. Projek dilaksana SECARA RUNDINGAN TERUS 

Tanah yang dicadangkan dilaporkan Tanah Gaya Park milik Jabatan Air Kota Kinabalu Sabah. Land Swap merupakan kaedah membangunkan fasiliti kerajaan dengan dibiayai melalui tukar ganti tanah persekutuan/negeri dengan pihak swasta. Jika di Persekutuan kesemua projek land swap ini diuruskan di bawah Unit Pembangunan Ekonomi (UPE) – sebelum 2009 atau Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) – proses pelaksanaan selepas 2009.

Bagi Kerajaan Negeri Sabah di bawah Unit Perancng Ekonomi Negeri Sabah atas syor Kementerian atau Jabatan negeri. Oleh itu satu Mesyuarat Jabatan Air Negeri Sabah dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah telah dibuat pada 9 Ogos 2021 (Isnin). Surat JANS bertarikh 29 Julai 2021 adalah berkaitan.

Apakah projek bawah 'Land Swap' yang boleh menguntungkan syarikat pemaju selain membina pejabat Jabatan Air Negeri Sabah? Pasaraya, kondo mewah? Berapa ratus jutakah projek Land Swap ini? Menggunakan duit Jabatan Air pastinya jabatan tidak mempunyai wang, jalan terbaik ialah menjual tanah untuk membina pejabat JANS.

Begitu banyak projek air Sabah tergendala, rakyat tiada air tetapi JANS masib berfikir untuk membina Pejabatnya yang bernilai ratusan juta itu. 

 

Siapa kah di belakang syarikat  Pembinaan Maju Cemerlang Sdn Bhd di Sabah?

Selain Wira Syukur Sdn Bhd (Vizione Holdings Bhdd) syarikat Pembinaan Maju Cemerlang (PMCS) dikaitkan juga dengan Datuk Michael Chin taukeh rumah urut terbesar di Sabah yang menguasai Syarikat konsesi  Sinaran Mewah Sdn Bhd yang melaksana projek selenggara Jalan Zon Tuaran, Kota Belud, Ranau, Kota Marudu, Kudat dan Pitas dengan kontrak RM325 juta. Syarikat tak buat selenggara jalan tapi 'claim' beratus juta. Rakyat teruk tapi Peter Anthony dan syarikat kenyang. Semua ini hingga kini masih dibayangi Datuk Peter di belakang tabir. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Jalan Zon Utara Teruk, Tapi kroni Peter ‘Sinaran Mewah’ kontrak RM325 juta di Lido Avenue Kondo terus kaya! ]

Siapa fikir  syarikat Pembinaan Maju Cemerlang Sdn Bhd punya wang jika di belakangnya bukan Wira Syukur syarikat Malaya pembina terowong Pinang Pinang. Melihat kepada prestasi syarikat amat menghairankan jika Jabatan Air Negeri Sabah memilih Pembinaan Maju Cemerlang Sdn Bhd melaksana projek secara 'Land Swap'. Syarikat itu 'revenue' pun kosong malah rugi.

 

 

Lihatlah jika pegawai berkuasa lantikan Peter Anthony tidak dibuang atau pindahkan mereka ke jabatan lain mereka memainkan perana besar melaksanakan sesuatu tanpa pengetahuan Menteri. Di JKR Ir Chong Max sangat berkuasa menentukan apa saja projek sehingga 4 konsesi yang telah ditamatkan kontrak boleh dilantik semula malah syarikat VVIP Istana diberi peluang menamatkan kontrak secara 'Mutual Termination'. 

Di Jabatan Air Negeri Sabah Ir Edward Lingkapo boleh mengarahkan pegawainya seperti Ketua Penolong Pengarah, Jurutera Air Daerah dan Pegawai Kerja Air Daerah meneruskan pemanggilan Sebutharga tanpa mengikut peraturan kewangan AP 54 Kuasa Membelanja Peruntukan (KMP) oleh Pegawai Pengawal. Pendek kata buat dulu kelulusan Kementerian Kewangan kemudian.

[ARTIKEL BERKAITAN-Dulu direman SPRM, Edward Lingkapo Pengarah bakal lingkupkan Jabatan Air Sabah? ]

Dengan projek Ibu pejabat Jabatan Air Negeri Sabah baharu secara 'Land Swap' menggadai tanah JANS ini apakah Jabatan Air Sabah akan lingkup di bawah Ir Edward Lingkapo? Sedangkan masalah bekalan air dan loji air di banyak daerah terus parah!. Apakah dengan melantik syarikat Pembinaan Maju Cemerlang Sdn Bhd adalah satu cara monopoli projek di JANS kerana sebelum ini telah melantik Projek Empangan Papar RM3 bilion. Mungkinkah ini rasa terima kasih pemaju syarikat terowong kepada JANS?

SPRM wajar menyiasat jika projek 'Land Swap' ini mempunyai unsur rasuah dan salahguna kuasa.

 

 

 

 

39 Comments