Capt Abel Ongkunik Bekas Pengarah JPDS didakwa 20 pertuduhan rasuah RM1.29 Juta
01:03 Mar 16, 2022  |  By SabahKini2
Capt Abel Ongkunik Bekas Pengarah JPDS didakwa 20 pertuduhan rasuah RM1.29 Juta

Hampir 5 tahun akhirnya Abel Ongkunik dibicarakan di mahkamah kerana kes rasuah. Dia didakwa menerima rasuah berjumlah RM1,290,706.19! Senang jadi penjawat awam.

Selepas 5 tahun berlalu, bekas Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) didakwa di Mahkamah Sesyen atas 29 pertuduhan rasuah berjumlah RM1.29 juta.

Capt Abel Ongkunik, 50, yang kini berkhidmat di jabatan lain di Sabah itu tidak mengaku bersalah atas semua tuduhan berkenaan ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut kertas pertuduhan, Abel dituduh menerima rasuah berkenaan daripada dua syarikat antara 2017 hingga 2018.

Dia didakwa menerima rasuah keseluruhan berjumlah RM1,290,706.19 daripada Syarikat Alaf Kembara Sdn Bhd dan Syarikat Easport Sdn Bhd sebagai dorongan untuk memilih kedua-dua syarikat terbabit bagi kerja-kerja perkhidmatan penundaan kapal di pelabuhan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan wang pendahuluan sebanyak RM30,000 serta pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah turut menetapkan 29 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Nartiah F Mirchelle Sambatan, manakala tertuduh diwakili peguam Tetuan PJ Perira & Dasan.

Sabahkini2 sebelum ini melaporkan kes yang terperam 5 tahun itu sebagai penyelesaian ‘Cap Ayam’ daripada Pengarah SPRM Sabah Datuk Karunanity. Kes besar  melibatkan projek konsesi jalan RM1.5b JKR beliau pendamkan tetapi kes dianggap kecil dibenteras habis-habisan.

 [ARTIKEL BERKAITAN- Pengarah SPRM Sabah 'Cap Ayam' kes 2018 tangkap semula 2022, konsesi jalan curi RM145.1 juta dia buat bodoh!

 Pengarah SPRM Sabah 'Cap Ayam' kes 2018 tangkap semula 2022, konsesi jalan curi RM145.1 juta dia buat bodoh!

Comment