Shafie salahkan sentimen kenegerian punca kalah PRN Johor, bangga Warisan dapat undi 6,532
12:03 Mar 16, 2022  |  By SabahKini2
Shafie salahkan sentimen kenegerian punca kalah PRN Johor, bangga Warisan dapat undi 6,532

Prestasi calon warisan teruk dalam PRN Johor. Hanya dapat undi 330 terendah dan 1448 tertinggi. Shafie dan Warisan sifatkan jumlah undi 6,532 dari 1.42 juta pengundi yang membuang undi bukti Warisan diterima di Semenanjung. Shafie salahkan sentimen kene

Shafie Apdal Presiden Warisan Sabah akhirnya akur dan sedar punca kekalahan Warisan di PRN Johor. Katanya sentimen kenegerian adalah punca kekalahan parti itu.

Menurut Shafie Apdal sentimen kenegerian banyak digunakan oleh Parti Tindakan Demoktratik (DAP) dan Barisan Nasional (BN) semasa berkempen.

Beliau berkata, mereka memainkan sentimen bahawa Warisan tidak seharusnya berada di Semenanjung Malaysia kerana parti itu berasal daripada Sabah.

“Kewujudan kita (di Semenanjung) adalah untuk menyatukan rakyat Malaysia kerana gelombang perkauman begitu menebal di Semenanjung dengan Pas memainkan isu keagamaan manakala, UMNO dan DAP pula memainkan isu bangsa.

“Situasi politik sebegini akan membantutkan usaha membina sebuah negara yang maju,” katanya dalam satu siding media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, bukan bermakna Warisan daripada Sabah dan kepimpinannya daripada Sabah maka, Warisan tidak boleh melebarkan sayap di Semenanjung.

Hari ini kepimpinan Warisan di Semenanjung terdiri daripada pemimpin-pemimpin Semenanjung.

Calon Warisan hilang deposit jumlah undi 6,532  sahaja

Enam calon Warisan di Johor sudah dijangka hilang wang deposit. Sekalipun bertanding di kawasan marginal antara pengundi Melayu dan Cina mengambil strategi memecahkan undi BN, PN dan PH meletakkan calon cina, india atau melayu nampaknya tidak berjaya apabila Warisan hanya mendapat undi terendah 330 undi di Dun Bekok (Sandara Segaran) dan 1,448 undi di Dun Johor Jaya (Victor Chen Hain Kai).

Jumlah turun mengundi di Johor ialah 1,426,573 atau 54.92 peratus

[ARTIKEL BERKAITAN- Warisan ditolak di Johor, dapat undi 330-1448, semua calon hilang deposit di enam DUN ]

Warisan ditolak di Johor, dapat  undi 330-1448, semua calon hilang deposit di enam DUN

Sekalipun Warisan ditolak di Johor, Shafie Apdal menafikan Warisan ditolak sepenuhnya atas alasan mendapat undi 6,532  itu. Alasan Shafie ialah sebagai percubaan awal mempersiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Warisan yang dilancarkan di semenanjung dilihat mengutip bekas-bekas pemimpin BN kecewa begitu juga pemimpin DAP dan PKR yang terbuang memimpin negeri dan bahagian. Malah ada bekas pemimpin DAP yang terlibat dengan skandal seks di Selangor juga diterima masuk Warisan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Warisan terdesak terima ADUN Selangor terkait Skandal 'Hubungan Sulit' demi Warisan 'Malaya' ]

 

Sentimen Kenegerian dan ‘Sempornarian’

Shafie menyalahkan sentimen kenegerian sebagai punca kekalahan iaitu Warisan dianggap Sabahan, Bangsa Johor atau semenanjung.

Warisan lupa Ketika berkuasa di Sabah kempen slogan mereka menghasut rakyat Sabah ialah ‘ Sabah untuk orang Sabah’ ‘Sabah kita punya’ dan menghina parti berasal di Semenanjung. Bukan lagi rahsia kempen warisan di Sabah menggelar ‘Semenanjung atau Malaya’ merompak hasil Sabah.

Ketika Shafie menjadi Ketua Menteri rakyat Sabah sendiri melihat Pusat pemerintahan Sabah (PPNS) menjadi lebih ‘Semporarian’, jawatan-jawatan utama di Sabah dilantik dari kalangan keluarga dan orang-orang Semporna sahaja. Akhirnya rakyat Sabah menolak Warisan sehingga kalah dalam PRN Sabah tahun 2020.

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Hipokrasi 5: Shafie mengaku lantik keluarga, 'orang semporna' dalam jabatan, GLC kaum lain dapat apa?]

Kini Shafie dan Warisan masuk ke semenanjung tiba-tiba menukar hala tuju kempen mereka memperdaya rakyat Johor kononnya Warisan ‘We Are Malaysian’. Di Sabah kempen Sabah kita punya, di semenanjung menjadi lebih ‘Malaysian’. Apa semua itu? Melainkan hanya kempen murahan menagih undi.

Gagal di Sabah tetapi ada hati mahu berkuasa di Johor

Rakyat Sabah tidak lupa dengan kegagalan Warisan di Sabah KDNK ekonomi negeri Sabah jatuh teruk 0.5% hingga 1.5% beberapa daerah Sabah diumumkan termiskin bagi tahun 2020, pengangguran melonjak dengan ketara, tiada peluang pekerjaan dan projek-projek diumumkan hanya milik kroni Shafie Warisan.

Di negeri sendiri Warisan gagal kini memajukan Sabah tapi Warisan mahu masuk pula ke Johor atau Semenanjung.

Rakyat Johor pasti tidak bodoh untuk mengundi Warisan. Tiada manfaat mengundi di Johor.

 

 

29 Comments