Kartel tender RM3.8B ‘Dato’ Adly’ hanya didenda RM3 juta, lucut hak RM5 juta
22:03 Mar 22, 2022  |  By SabahKini2
Kartel tender RM3.8B ‘Dato’ Adly’ hanya didenda RM3 juta, lucut hak RM5 juta

Sebelum ini didakwa 69 pertuduhan. Selepas mengaku salah 10 pertuduhan pilihan maka mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM3 juta dan lucut hak RM5 juta. Seleweng RM3.8b Dato Adly pasti tersenyum dengan hukuman ini.

Siapa tidak kenal kartel 'Dato' Adly' monopoli projek khususnya 'Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti, selenggara bangunan kerajaan yang kontroversi pada April 2021.

Projek RM3.8B, helikopter, kereta, kapal mewah disita RM100 juta akaun dibeku

[ARTIKEL BERKAITAN- Kartel 'Dato Adly' tumpas! Projek RM3.8B, helikopter, kereta, kapal mewah disita RM100 juta akaun dibeku ]

September lalu media melaporkan Dato’ Adly bakal berdepan penjara 483 tahun

Namun Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa menjatuhi hukuman denda RM3 juta dan melucut lebih RM5 juta harta Dato’ Adly atas dakwaan menggunakan dokumen palsu berhubung dua projek di Jabatan Kerja Raya (JKR) tahun lalu.

Adly Kamarudin, 48, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas 10 pertuduhan pilihan yang dibaca di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan curangnya menggunakan dokumen Surat Setuju Terima (SST) dan Borang A KWSP yang palsu sebagai tulen.

Syarikat yang terlibat pula hanyalah Lambaian Fajar Sdn Bhd dan KSB Global Sdn Bhd berbanding syarikat selenggara yang didedahkan sebelum ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kesalahan didakwa itu dilakukan di sebuah rumah banglo di Bandar Baru Bangi bermula Jun 2019 hingga September 2020.

Dalam pada itu, mahkamah turut melucutkan hak harta tertuduh sebanyak RM 5,014,633.24 di bawah Seksyen 45(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 serta diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noralis Mat manakala tertuduh diwakili peguam Md Yunos Shariff.

Tidak dipastikan jika SPRM akan meneruskan pertuduhan lain memandangkan kes penyelewengan kartel Dato’Adly melibatkan angka RM3.8bilion. Pelupusan harga RM5 juta dan denda RM juta ibarat ‘celah gigi’ Dato’ Adly sahaja.

Comment