[VIDEO] Presiden Petronas mengaku skandal rasuah RM2.3 Bilion libatkan kontraktor
22:04 Apr 18, 2022  |  By SabahKini2
[VIDEO] Presiden Petronas mengaku skandal rasuah RM2.3 Bilion libatkan kontraktor

Skandal rasuah dalam Petronas carigali RM2.3b mendedahkan CEO anak syarikat Deleum Berhad dan kontraktor terlibat dakwaan skim haram.CEO Petronas mengesahkan skandal ini dan mengambil tindakan tegas mengenainya.

Sebelum ini negara kita kecoh mengenai rasuah RM2.3 Bilion Petronas Carigali, Syarikat Deleum Berhad dan kontraktor yang direman SPRM.  Petronas juga mengesahkan seorang daripada eksekutif peringkat rendahnya (Junior level) terlibat dalam skandal rasuah itu. Petronas dalam satu kenyataan menyatakan komitmen untuk memberi kerjasama sepenuhnya dengan SPRM dalam siasatannya. 

Bagaimanapun satu video yang tersebar sebagai pengakuan Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) mengesahkan lagi perkara itu. 

Bagaimanapun netizen musykil bagaimana skandal ini hanya menangkap seorang Pegawai 'Junior Level', begitu juga pendedahan syarikat Deleum Berhad yang bukan calang-calang 'kabel' sekalipun disekat tetapi diberi kontrak semula. 

BACA.

[ARTIKEL BERKAITAN  Skandal rasuah RM2.3B Syarikat Deleum Berhad – Petronas hanya kambing hitamkan CEO, Pegawai ‘Junior Level’?]

[ARTIKEL BERKAITAN [VIDEO] Pegawai Petronas Carigali antara 8 ditahan SPRM kes rasuah projek lebih RM2.3 bilion ]

 Skandal rasuah RM2.3B Syarikat Deleum Berhad – Petronas hanya kambing hitamkan CEO, Pegawai ‘Junior Level’?

 

14 Comments