SPRM siasat hakim Nazlan terima wang dari sumber 'tidak jelas'
14:04 Apr 23, 2022  |  By SabahKini2
SPRM siasat hakim Nazlan terima wang dari sumber 'tidak jelas'

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan SPRM telah membuka kertas siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali berhubung penerimaan wang lebih RM1 juta dalam akaun Nazlan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

The Star melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan bahawa siasatan telah dimulakan.

Katanya adalah prosedur biasa bagi SPRM untuk melakukan siasatan setiap kali laporan dibuat.

“Ya, kami telah memulakan siasatan kami. Prosedurnya adalah untuk menyiasat apabila laporan telah dibuat secara rasmi.

"Kami membuka kertas siasatan kerana ada laporan dibuat, bukan kerana dakwaan dibuat di portal atau media sosial," katanya dipetik sebagai berkata.

Portal Malaysia Today milik blogger Raja Petra Kamaruddin baru-baru ini mendakwa Nazlan mempunyai "kekayaan yang tidak dapat dijelaskan sumbernya".

Nazlan kemudian membuat laporan polis berhubung artikel itu.

Sebelum ini pasukan peguam bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa Nazlan mempunyai konflik kepentingan dalam kes 1MDB.

Nazlan, ketika menjadi hakim Mahkamah Tinggi pada 2020, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan RM210 juta terhadap Najib kerana rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Awal mac lalu dalam Perbicaraan kes 1MDB di Mahkamah Persekutuan New York membuka lembaran baru apabila Tim Leissner bekas pengurus bank Goldman Sachs memetik nama Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam testimoni yang dikaitkan dengan skandal 1MDB melibatkan Roger Ng.

Tengku Zafrul merupakan Pengarah Kumpulan dan ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Kenanga Holdings Berhad dari Januari 2009 hingga Jun 2010 dan kemudiannya dilanti sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di  Maybank Investment Bank Bhd.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tim Leissner petik nama Tengku Zafrul kes 1MDB di Mahkamah Persekutuan New York ]

Dato’ Mohd Nazlan Mohd Ghazali pula merupakan Group General Counsel and Company Secretary of Maybank cum Group Head of Corporate and Legal Services of Maybank selama 10 tahuan dari 2005 hingg 2015 bersama Tengku Zafrul.

Minit mesyuarat Board Of Directors Maybank dan 1MDB pada 12 Mac 2012 bagi tujuan mendapatkan pinjaman RM 6.17 billion untuk membeli Tanjung Energy Group (1MDB) mendedahkan nama Tengku Zafrul dan Nazlan

 

 

2 Comments