Azlan Pengerusi Sapura Energy, mampukah Sapura bangkit semula?
08:04 Apr 30, 2022  |  By SabahKini2
Azlan Pengerusi Sapura Energy, mampukah Sapura bangkit semula?

Kemelut demi kemelut melanda Sapura sehingga dilaporkan hampir muflis, petisyen demi petisyen penggulungan anak syarikat dituntut pelbagai pihak. PH pula menggunakan kesempatan walaupun tahu pada tahun 2019 PH Bail out Sapura RM2.7B.

Dikala Sapura bakal muflis dan beberapa anak syarikatnya menerima petisyen penggulungan, Sapura cuba bangkit dengan penstrukturan baru yang dilakukan oleh Lembaga Pengarah Syarikat itu yang diketuai oleh Datuk Mohd Anuar CEO Sapura yang dilantik sejak 1 Oktober 2020. Annuar bekas Naib Presiden Petronas dan CEO Petronas Carigali itu pastinya berhadapan cabaran besar memulihkan Sapura Energy Berhad yang semakin karam. 

Polemik Sapura hangat dibincangkan rakyat. Pakatan Harapan pula mengambil kesempatan atas kelemahan Sapura walaupun terkantoi PH menyuntik dana RM2.7 Bilion ke dalam Sapura pada tahun 2019 (Dr Mahathir- Zety Pengerusi PNB) menjadikan Sapura sebagai GLC kerajaan. 

Terbaru Sapura Energy Bhd melantik Datuk Mohammad Azlan Abdullah sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa 7 Mei 2022. Pelantikan itu bagi menggantikan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas yang bersara setelah mencapai usia 70 tahun.

Mohamad Azlan, 54, mula dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Sapura Energy pada 1 Oktober 2019 sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas.

Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (PROLINTAS) sejak 1 Mac 2017.

Sebelum menyertai PROLINTAS, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd.

Dalam satu kenyataan Shamsul Azhar berbesar hati untuk menyatakan bahawa beliau meninggalkan kumpulan di tangan Mohammad Azlan yang berkemampuan, seorang ahli lembaga pengarah dan pasukan pengurusan.

"Saya yakin Sapura Energy akan dapat bangkit daripada penstrukturan semula sebagai entiti yang lebih kukuh dan mampan, dan saya akan terus menyokong kumpulan dengan bersemangat," katanya.

Sementara itu, Mohammad Azlan turut merakamkan penghargaan kepada Shamsul Azhar sepanjang tempoh 2 tahun memegang jawatan sebagai pengerusi Sapura Energy.

"Beliau merupakan tenaga pembimbing dalam ahli lembaga pengarah semasa salah satu masa yang paling mencabar bagi kumpulan.

"Bagi pihak semua di Sapura Energy, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau di atas kepimpinannya dan mendoakan persaraan yang bahagia dan sejahtera," katanya

 [ARTIKEL BERKAITAN- Sapura Energy Bhd dibiarkan muflis atau perlu diselamatkan? ]

 

Comment