Kontraktor Pan Borneo bina jambatan gantung ‘cap ayam’ runtuh di Kg Nangkawangan Nabawan
17:05 May 01, 2022  |  By SabahKini2
Kontraktor Pan Borneo bina jambatan gantung ‘cap ayam’ runtuh di Kg Nangkawangan Nabawan

Tular baru ni anak murid SK Nangkawangan menaiki rakit dan 'zip line' gara-gara jambatan gantung cap ayam kontraktor pan borneo runtuh kerana banjir. Struktur jambatan juga dikatakan spesifikasi rendah mudah runtuh.

Insiden November 2020 di Ranau apabila tiga pelajar yang sedang mencari akses internet untuk mengikuti kelas dalam talian, terjatuh dari jambatan gantung yang runtuh di Kampung Gusi masih lagi dalam ingatan.

Begitu juga insiden di kampung Porotawoi, Tongod, Sabah pada Julai 2019 seorang pelajar perempuan prasekolah di yang mati lemas selepas terjatuh dari sebuah jambatan gantung yang rosak.

Sekitar januari 2022 sekali lagi tular jambatan gantung usang dan rosak di Sandakan berusia 30 tahun apabila kanak-kanak menggunakannya untuk hadir ke sekolah SK Sibuga Besar, Sandakan. Selepas tular barulah JKR dan MPS terhegeh-hegeh menyelesaikan.

Seperti biasalah pegawai kerajaan bagaikan pahat dengan pemukul jika tak diketuk tak bekerja.

Jambatan gantung satu keperluan

Jambatan gantung sangat sinonim dengan masyarakat Sabah khususnya masyarakat yang tinggal di pedalaman yang masih bergantung terhadap terhadap penggunaannya bagi tujuan aktiviti harian dan ekonomi.

Tidak dinafikan kebanyakan jambatan gantung dibina ada yang dibuat secara gotong-royong oleh penduduk setempat dengan kosnya dibiayai secara persendirian atau jika dapat peruntukan kerajaan negeri serta Persekutuan. Jika ada peruntukan cepatlah Majlis Daerah atau perbandaran buat kerja. Jika tiada mereka akan menunggu sehingga rosak atau mungkin jika berlaku musibah.

Bagi jambatan gantung yang dibina secara gotong royong penduduk kampung mungkin tidak mempunyai sebarang reka bentuk serta penggunaan bahan binaan yang tidak mengikut spesifikasi keselamatan yang sewajarnya berbanding yang dibina peruntukan kerajaan seperti JKR, KPLB atau Pejabat Daerah. Itupun kadang yang dibina oleh kerajaan mungkin dalam keadaan usang atau uzur dan berusia kerana tidak diselenggara secara berkala, selain tiada kerja-kerja pembaikan dijalankan.

Musim banjir besar di Nangkawangan

Dimusim banjir ini pula jambatan gantung yang tak kukuh lebih mudah rosak dan dihanyutkan banjir.

Inilah yang berlaku di Kg Nangkawangan apabila tular murid Sekolah Kebangsaan (SK) Nangkawangan bergadai nyawa menyeberangi sungai menggunakan rakit buluh atau zip line' selepas jambatan gantung yang menjadi penghubung utama mereka dihanyutkan banjir, bulan lalu.

 Nabawan: Jambatan gantung rosak akibat banjir, murid gadai nyawa ke Sekolah

Dua video menunjukkan murid sekolah menaiki rakit dan tong yang digantung pada kabel sebelum ditarik seperti 'zip line' tular di media sosial  hingga menimbulkan pelbagai reaksi.

Ramai menyatakan kebimbangan mengenai kaedah menyeberang sungai digunakan itu kerana dianggap berbahaya, lebih-lebih lagi membabitkan murid sekolah. Netizen juga menyalahkan kerajaan berhubung kelewatan pembinaan jambatan baru itu.

Bagaimanapun harus dingat sebanyak 4 buah jambatan kenderaan dan satu culvert besar telah dihanyutkan semasa kejadian tersebut. Termasuk jambatan gantung. Banjir besar yang berlaku di Kg Nangkawangan diakui penduduk kampung sebagai banjir terbesar sejak 35 tahun lepas. Gambar-gambar kerosakan bukti betapa banjir besar itu merosakkan kemudahan penduduk kampung.

Semakan menunjukkan sebelum video itu tular sebenarnya 22 April lalu Ahli Parlimen P.182 Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup telah turun padang melihat sendiri kerosakan dan nampaknya beliau mendapat peruntukan khas daripada YAB Perdana Menteri bagi peruntukan kecemasan melaksanakan jambatan itu.Biasalah kerajaan jika Peruntukan Perbelanjaan Darurat (AP 55) dan Darurat (173.2) sekalipun tetap perlu memakan masa walaupun pelantikan kontraktor boleh dilantik secara rundingan terus.

Jambatan gantung musnah begitu juga jambatan lain

Sebelum tular, 22 April lalu Ahli Parlimen P.182 Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup turun padang
sendiri melihat kerosakan.

 

Itu belum lagi keputusan segera yang dibuat oleh YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Mohd Noor mengarahkan Pegawai Daerah Keningau untuk melaksanakan projek jambatan gantung itu. Sementara belum siap pembelian bot untuk mengangkut penduduk di kampung itu segera dilakukan. Ketua Menteri menggunakan kuasanya secara segera tanpa perlu menunggu peruntukan JKR Pusat.

Bagaimanapun satu yang mungkin perlu difikirkan oleh Pejabat Daerah atau kontraktor yang melaksanakan projek jambatan gantung buatlah spesifikasi jambatan yang kukuh, rekabentuk dan penggunaan bahan binaan yang selamat. Dah siap buatlah pemeriksaan berkala dan penyelenggaraan pencegahan kerosakan.

Kontraktor Pan Borneo bina jambatan gantung cap ayam

Sumber rapat kerajaan berkata pembinaan jambatan gantung di Kg Nangkawangan itu dibina oleh kontraktor bukan calang-calang juga kerana sekarang sedang melaksanakan satu pakej projek pembinaan Jalan Pan Borneo dengan kos lebih RM264 juta.

Tak kan jambatan gantung untuk penduduk dan anak-anak sekolah ke SK Nangkawangan tu dibina sekadar bina atau ‘Cap Ayam’. Ambil untung pun biarlah tapak jambatan kukuh. Air banjir sekali lalu saja dah runtuh.

Kontraktor ni sangat terkenal dan di zaman Shafie Apdal Ketua Menteri, Kontraktor ni dikenali rapat sebagai kroni ‘Shafie Apdal’ dan Warisan. Sebut nama syarikat dah tahu kroni siapa.

Janganlah rendahkan status kontraktor bertaraf Pan Borneo tu. Kalau ya pun rapat dengan Pegawai selenggaraan JKR Sabah tu berpada-padalah. Cukuplah mengejar keuntungan. Kontraktor ni sapa kerajaan pun tetap untung. 

Jika melibatkan keselamatan nyawa pasti lebih memeningkan. Mungkin wajar dengan banyak kali berlaku di Sabah maka kerajaan negeri disarankan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas kadar segera melibatkan hal-hal kecemasan rakyat.

JKR, PBT perlu daftarkan, memeriksa seterusnya membuat penilaian tahap keselamatan terhadap kesemua struktur jambatan gantung yang ada di negeri Sabah (sama ada digunakan untuk aktiviti harian atau pun bagi tujuan rekreasi dan pelancongan) bagi memastikan peristiwa yang tidak diingini berulang. Hari ini mungkin beribu jambatan gantung di luar bandar. Hanya tunggu runtuh, rosak atau musibah dan tular saja baru bertindak.

Nasib jambatan runtuh kerana banjir besar bagaimana jika anak-anak murid itu jatuh di jambatan yang usang, rosak atau tak cukup spesifikasi itu?

Hari ini setakat aduan rakyat di kawasan pegawai agensi ‘sampahkan’ saja. Jika tular di media sosial dan dihakimi rakyat biasanya akan lebih cepat diselesaikan. Kerana itu rakyat memilih laman sosial.

Yang ada jawatan di kampung seperti Ketua Kampung, Penghulu, Pengerusi Jawatankuasa penduduk, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM)  dan lain-lain buatlah kerja. Paling tidak buat laporan segera kepada pihak berwajib jangan tunggu tular..

Kg Nangkawangan yang cantik

SK Nangkawangan yang lengkap kemudahan 

 

Cuma nak ke Kg Nangkawangan memang jalan mencabar..

1 Comment