GAJI MARA CORP RM967,355.76: Peguam Negara cuba tangguh atau tutup kes?
10:05 May 16, 2022  |  By SabahKini2
GAJI MARA CORP RM967,355.76: Peguam Negara cuba tangguh atau tutup kes?

31 Mac lalu Azam Baki KP SPRM kata pegawai MARA Corp salah guna kuasa gaji hampir RM1 juta bakal didakwa. Namun sekarang bulan Mei bila nak dakwa? Pegawai bayar elaun melampau tanpa kelulusan BOD. Apa sudah jadi? Peguam Negara nak tangguh atau tutup kes?

Isu kontroversi pegawai MARA yang menerima gaji RM967,355.76 februari lalu nampaknya belum selesai lagi. Bukan itu sahaja mereka dibenarkan meneruskan khidmat dan mungkin dibayar tinggi seperti sebelum ini.

Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki pada 31 Mac lalu mengesahkan tiga suspek pegawai MARA Corp berkenan akan dituduh di mahkamah secepat mungkin. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Tiga pegawai Mara Corp akan dituduh dalam masa terdekat - KP SPRM

SPRM sudah melengkapkan dan menyerahkan hasil siasatan tiga pegawai Mara Corporation Sdn Bhd (Mara Corp) yang terlibat salah guna kuasa dan salah urus syarikat kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

"Kita telah melengkapkan siasatan mengenai dakwaan salah guna kuasa dan salah urus Mara Corp dan telah kemukakan kepada AGC sebelum ini. Jadi, kita akan tunggu keputusannya tidak lama lagi.

"Saya percaya keputusannya nanti akan berakhir dengan pertuduhan kepada pihak yang kita cadangkan. Yang terbabit itu tiga orang, namun kita serahkan kepada AGC untuk menghalusinya lagi sama ada tiga dipertuduhkan atau sebahagian daripadanya," katanya.

Itu apa yang dikatakan oleh KP SPRM. Namun apa terjadi sekarang? Apa sudah jadi? Bulan April sudah berlalu kini sudah masuk pertengahan bulan Mei. Pendakwaan belum dilakukan. Sumber berkata terdapat desas-desus ada pihak sedang berunding dengan Pejabat Peguam Negara untuk menutup kes itu. Siapakah mereka?

Peguam Negara tidak wajar melengahkan kes ini. Rakyat sewajarnya tahu selepas dikejutkan dengan rompakan gaji ‘Wang Rakyat’ hampir RM1 juta setahun oleh Pegawai MARA yang dipinjamkan kepada MARA Corp.

MARA Corp rugi selepas lima Pegawai iaitu  Noor Irwan Marmin (Gred E52) dibayar RM 269,723.80,  Rizal Abd Gani (Gred 44- RM207,069.00), Iskandar Zainudin (Gred 44- RM 152,738.48), Mohd Faizal Mat Top (Gred 44- RM168,022.32) dan  Mohd Firdaus Zubir (Gred 44- RM169,802.16) dibayar secara melampau tanpa kelulusan Lembaga Pengarah.

Gila! Irwan dibayar RM 269K, hampir RM 1 Juta bayar elaun 5 Pegawai MARA Corp Gred 44-55

Jika Peguam Negara tidak mendakwa kes ini ia memberi mesej tidak baik pegawai Kerajaan yang dipinjamkan kepada GLC (Gaji Double) sewenangnya boleh mencuri wang rakyat melalui elaun melampau. Memandangkan semua pegawai ini masih terus diberi peluang menyambung perkhidmatan mereka di MARA Corp dan tentunya bayaran tinggi terus dikekalkan. 

 

[ARTIKEL BERKAITAN- Gila! Irwan dibayar RM 269K, hampir RM 1 Juta bayar elaun 5 Pegawai MARA Corp Gred 44-55

[ARTIKEL BERKAITAN- Fokus SPRM 5 Pegawai MARA RM967,355.76

 

 

2 Comments