Tipu cukai jualan: Pegawai direman, Puan Sri Dr Liana Low BELL Group diburu, Salleh ‘Malaya’ bakal ditangkap!
05:05 May 20, 2022  |  By SabahKini2
Tipu cukai jualan: Pegawai direman, Puan Sri Dr Liana Low BELL Group diburu, Salleh ‘Malaya’ bakal ditangkap!

Dalang pegawai MOF khianat rasuah ditahan reman, CEO BELL Group Puan Sri Dr Lianah yang beri rasuah tipu cukai jualan minyak sawit masih diburu. Salleh 'Malaya' pula bakal ditangkap!. Siapa lagi?

Selepas ditahan SPRM, semalam seorang pegawai kanan MOF Sabah dan bekas pesara kerajaan direman selama tujuh hari bagi siasatan kes rasuah membabitkan cukai jualan minyak sawit bernilai ratusan juta di Sabah

Kedua-dua mereka dihadapkan ke hadapan majistret Stephanie Sherron Abbie yang membenarkan perintah reman diteruskan dari 19 hingga 25 Mei.

Pegawai  kanan Kementerian  Kewangan  negeri itu bersama seorang pesara kerajaan ditahan kira-kira jam 11 pagi pada Rabu (18 Mei), selepas mereka dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah

Bagaimanapun setakat ini pemilik syarikat Kilang Sawit Bell Sdn Bhd Lahad Datu anak syarikat BELL Corporation Sdn Bhd di asaskan oleh Dr Wong Kwi Lian atau Puan Sri Dr Liana Low belum ditahan kerana memberi alasan cuti sakit.

Datin Dr Wong Kwi Lian didapati membayar wang rasuah RM700,000 kepada pegawai MOF bagi memalsukan pendapatan  sebenar hasil minyak masak bagi mengelak cukai jualan negeri sejak tahun 2015.  

Dilaporkan Kerajaan Sabah mungkin kehilangan hasil cukai jualan minyak sawit antara RM150 juta dan RM200 juta daripada syarikat Kilang Sawit Bell Sdn Bhd sebuah syarikat semenanjung yang ibupejabatnya di Petaling Jaya dan memiliki beberapa kilang di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

Dengan hasil pendapatan tahunan lebih RM250 juta setahun dan keuntungan  lebih RM40 juta setahun sepatutnya Kilang Sawit BELL Sdn Bhd tiada masalah membayar cukai itu.

Rasuah Datin Dr Wong Kwi Lian @ Puan Sri Dr Liana Low

Terdapat sumber tertentu Puan Sri Dr Liana Low yang juga isteri mendiang Tan Sri Dato’ Low Boon Eng (Pemilik Southern Acids (M) Berhad) melobi pihak tertentu untuk mengelakkan dirinya daripada didakwa atau ditahan SPRM. Blog-blog dan portal tertentu dibayar berjuta untuk menutup kisah Puan Sri Dr Liana Low ini.

 

Imejnya bergelar Puan Sri terlibat dengan jenayah rasuah ini pasti memberi imej buruk  terhadap gelaran itu jika sekiranya Puan Sri ditahan reman atau didakwa dalam tempoh terdekat.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy berkata kes disiasat kerana meminta dan menerima rasuah mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Salleh ‘Malaya’ dan geng bakal ditangkap

Menurut SPRM lebih banyak tangkapan akan dibuat tidak lama lagi bukan hanya melibatkan Dr Wong Kwi Lian @ Puan Sri Dr Liana Low Syarikat Kilang Sawit BELL Sdn Bhd tetapi syarikat lain yang juga membuat penipuan cukai jualan di Sabah.

Pegawai MOF Sabah dan pesara dah ditangkap pastinya syarikat yang membayar rasuah juga tidak dapat melepaskan diri melainkan beberapa kes sebelum ini beberapa pemilik syarikat bertukar menjadi saksi kes untuk mendakwa pegawai atau bekas Menteri. Bagaimanapun dalam kes Dr Wong Kwi Lian @ Puan Sri Dr Liana Low BELL Group adalah tidak wajar melepaskan penjenayah yang menjadi punca Kerajaan Sabah rugi ratusan juta hasil cukai jualan minyak sawit.

Menurut sumber seorang lagi individu setanding Dr Wong Kwi Lian @ Puan Sri Dr Liana Low bergelar Datuk Salleh ‘Malaya’ membuat penipuan yang sama menggunakan beberapa syarikat kilang sawit di Sabah. Syarikat untung jutaan ringgit tetapi membuat pengisytiharan palsu mengelak membayar cukai jualan kepada Kerajaan Sabah.

Walauapapun berlaku Kerajaan Sabah harus mendapatkan semula semua cukai yang dilarikan dengan penalti dan denda maksimum kerana cukai ini adalah bertujuan untuk pembangunan negeri yang akan dinikmati oleh semua lapisan rakyat Negeri Sabah

 ARTIKEL BERKAITAN- Tipu cukai jualan: SPRM tahan pegawai MOF Sabah, Dr. Wong Kwi Lian pemilik BELL Group beri alasan sakit elak SPRM

 ARTIKEL BERKAITAN- Kilang Sawit Bell milik BELL Group pendapatan tahunan RM59.2 juta, bakal didakwa tipu cukai jualan di Sabah

 

 

 

 

 

 

 

3 Comments