Akhirnya Kg Kapulu Tenom dan sekitarnya dapat bekalan elektrik April 2018
08:02 Feb 16, 2018  |  By SabahKini2
Akhirnya Kg Kapulu Tenom dan sekitarnya dapat bekalan elektrik April 2018

Rakyat Kg Kapulu Tenom dan sekitarnya pasti akan lebih bergembira apabila projek kroni Shafie Apdal ketika menjadi Menteri KKLW yang telah siap sejak tahun 2013 ini akan beroperasi tidak lama lagi

Dokumentari Sabahkini2 mengenai Kg Kapulu Tenom Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) – Menunggu Dalam Gelap mendapat respon dari netizen dan media massa. 

Rakyat Kg Kapulu Tenom dan sekitarnya pasti akan lebih bergembira apabila projek kroni Shafie Apdal ketika menjadi Menteri KKLW yang telah siap sejak tahun 2013 ini akan beroperasi tidak lama lagi. Gara-gara projek kroni Shafie Apdal rakyat Tenom menjadi mangsa. Selepas 4 tahun siapa tidak gembira.

Ansarap Korong, Pengerusi JKKK Kg Kapulu, Haji Ambarok, Ketua Kampung Kapulu Linda Kursus (pelajar matrikulasi), Esa Mangie (seorang ibu) dan penduduk kampung yang berani bersuara pasti bakal gembira apabila kenyataan mereka mengenai projek ini diambil perhatian oleh Menteri KKLW yang baru.

Menurut Jusdi Justin Pengurus Kawasan SESB Tenom masalah bekalan elektrik di Kampung Kapulu dan sekitarnya akan bakal selesai tidak lama lagi.

Beliau berkata projek pembekalan elektrik ke Kg Kapulu adalah di bawah kontrak yang dianugerahkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW). Talian dan pencawang elektrik 11kV telah siap sepenuhnya dan menunggu penyiapan pembinaan 2 buah Pencawang Pembahagian Utama (PPU) iaitu PPU Bahagia dan PPU Kemabong.

KKLW dan SESB mengalami masalah izin lalu dengan Sime Darby Plantation dan hanya dapat diselesaikan pada awal Januari 2018. Sebelum ini pihak Sime Darby telah menghalang sebarang kerja dilaksanakan sehingga masalah izin lalu diselesaikan.

“Kampung Kapulu ini akan mengambil bekalan dari PPU Kemabong. Status pembinaan PPU kini lebih kurang 75 % dan dijangka siap sepenuhnya (termasuk testing & commissioning) pada pertengahan April 2018”. katanya

Buat masa ini pihak SESB menjalankan progress meeting bersama kontraktor yang dilantik dua minggu sekali bagi memastikan projek disiapkan mengikut jadual.

 Terima kasih Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi yang peka dan berjuang sejak sekian lama isu-isu pembangunan di Tenom. Beliau terpaksa mencuci semua kerja-kerja tangan Shafie Apdal yang dilaksana di Tenom dari Projek Elektrik, Air dan Jalan Luar Bandar. 

Terima kasih kepada usaha dan Transformasi PM Najib membenteras rasuah, usaha YAB Ketua Menteri Sabah yang memberi kerjasama padu dan kepada Tan Sri Dzulkifli Ahmad Ketua Pesuruhjaya SPRM yang tegas sehingga menakutkan para penjawat awam, kontraktor dan pelaku rasuah. Kini terdedah saja kelemahan projek mereka cepat-cepat membetulkan semula. Mereja yang gagal akan dibawa ke pengadilan

Comment