Dulu Rina Adun Kukusan nafi, dakwa difitnah kini keluar Warisan lompat PHRS
20:06 Jun 05, 2022  |  By SabahKini2
Dulu Rina  Adun Kukusan nafi, dakwa difitnah kini keluar Warisan  lompat PHRS

Tahun 2021, 15 Adun Warisan dilaporkan bakal keluar namun kini 6 Adun keluar termasuk Rina. Rina menafi dan menuduh portal memfitnahnya namun kini semua benar belaka.Satu persatu adun menafi akhirnya keluar..

KOTA KINABALU: Selepas didedahkan dan menafikan keluar Warisan oktober 2021 akhirnya ADUN Kukusan, Rina Jainal mengumumkan keluar daripada Warisan bagi menyertai Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS).

[ARTIKEL BERKAITAN- Rina Adun Kukusan bakal keluar Parti Warisan?

“Dengan berat hati, saya mengumumkan keluar daripada Warisan berkuat kuasa hari ini selepas lebih lima tahun berjuang di dalamnya bermula akar umbi sehingga ke peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri).

“Saya juga mengumumkan peletakan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Naib Ketua Wirawati Sabah dan Ketua Wirawati Kalabakan berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau turut menyatakan untuk menyertai PHRS berkuat kuasa hari ini bagi bersama-sama kepimpinan PHRS di bawah pimpinan Presiden, Tan Sri Liew Yun Fah untuk meneruskan perkhidmatan kepada rakyat.

Sebelum ini, dilaporkan 15 wakil rakyat Warisan bakal keluar parti namun setakat ini lima wakil rakyat Warisan bertindak keluar parti iaitu Hassan A. Gani Pg Amir (Sebatik); Datuk Dr. Yusof Yaacob (Sindumin); Ahli Parlimen Lahad Datu merangkap ADUN Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi; Datuk Peter Anthony (Melalap) dan Datuk Nuil Juatim (Limbahau).

[ARTIKEL BERKAITAN - Seperti Dr Yusof, Adun Kukusan, Kunak pula nafi tinggalkan Warisan

Rina Jainal juga mengecam Sabahkini2 kononnya memfitnah dirinya bersama Adun Warisan lain.

Selepas lima ADUN Warisan itu keluar parti, Warisan kini memiliki 18 kerusi DUN dan blok pembangkang tinggal 26 kerusi manakala blok kerajaan termasuk ADUN Bebas dan ADUN Dilantik mempunyai 52 kerusi.

Satu kerusi DUN masih kosong susulan penyandangnya Manis Muka Mohd. Darah meninggal dunia pada 17 November 2020.

 

1 Comment