Skandal MARA Corp: Azam KP SPRM kata tak tutup kes tapi Pegawai Undang-undang MARA yakin bebas
11:06 Jun 15, 2022  |  By SabahKini2
Skandal MARA Corp: Azam KP SPRM kata tak tutup kes tapi Pegawai Undang-undang MARA yakin bebas

KP SPRM sebelum ini kata kes bakal didakwa namun senyap. Kini KP SPRM sahkan sekali lagi kes tidak pernah ditutup & menunggu pendakwaan AGC. Rupanya terdapat perundingan Pegawai Undang-undang MARA & Pegawai AGC untuk menutup kes. Apakah rakyat tak kisah?

Kekal siasat

Desas-desus isu kontroversi pegawai MARA yang menerima gaji RM967,355.76 bakal digugurkan oleh pejabat Peguam Negara sudah dibangkitkan pertengahan Mei lalu. Seorang pegawai MARA yang bakal dituduh iaitu Iskandar Zainudin (Gred 44) yang juga peguam MARA Corp dikatakan akses dengan bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara untuk menutup kes mereka.

Sekalipun sebelum ini pada 31 Mac lalu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki mengesahkan tiga suspek pegawai MARA Corp berkenan akan dituduh di mahkamah secepat mungkin namun kelewatan  pertuduhan itu mencetuskan persoalan besar.

SPRM yakin 5 pegawai kanan MARA iaitu Noor Irwan Marmin (Gred E52) dibayar RM 269,723.80,  Rizal Abd Gani (Gred 44- RM207,069.00), Iskandar Zainudin (Gred 44-RM 152,738.48) , Mohd Faizal Mat Top (Gred 44- RM168,022.32) dan  Mohd Firdaus Zubir (Gred 44- RM169,802.16) sudah lengkap disiasat serta punya kes kukuh terlibat salah guna kuasa dan salah urus syarikat menyeleweng duit rakyat

Gila! Irwan dibayar RM 269K, hampir RM 1 Juta bayar elaun 5 Pegawai MARA Corp Gred 44-55

Kini hanya menunggu pendakwaan Jabatan Peguam Negara (AGC).

[ARTIKEL BERKAITAN- Tiga pegawai Mara Corp akan dituduh dalam masa terdekat - KP SPRM

[ARTIKEL BERKAITAN- GAJI MARA CORP RM967,355.76: Peguam Negara cuba tangguh atau tutup kes?

Semalam portal Malaysia Gazette membangkitkan semula mengenai cubaan menutup kes pegawai MARA Corp itu mendedahkan sumbernya bahawa Jabatan Peguam Negara mungkin tidak meneruskan pendakwaan atau  ‘bakal’ menggugurkan kes terhadap mereka.

Bagaimanapun Tan Sri Azam Baki Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menafikannya.

Katanya SPRM sudah mencadangkan beberapa nama kepada Jabatan Peguam Negara untuk dituduh susulan siasatan berhubung salah guna kuasa dan salah urus syarikat MARA Corporation (MARA Corp).

Azam Baki menegaskan tiada sebarang makluman diterima pihaknya berhubung pengguguran tiga individu yang disiasat dalam skandal integriti MARA Corp itu.

"Kita sudah cadangkan nama untuk dituduh dan setakat ini kita tidak mempunyai makluman daripada Jabatan Peguam berhubung kes yang tak dituduh.

"Jadi saya tiada komen mengenai perkara itu (pengguguran tiga nama individu disiasat SPRM)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Media SPRM semalam.

 

‘Kabel’ di Jabatan Peguam Negara

Pendedahan sumber itu mesti mempunyai asas kebenarannya apabila dilaporkan Iskandar Zainudin Group General Counsel Mara Corp - pegawai undang-undang yang menguruskan MARA Corp sedang berunding dengan pegawai Bahagian pendakwaan AGC sejak Mac lalu menggunakan pegawai dan pemimpin tertentu untuk menggugurkan kes ini.

Ketua Pengarah MARA Datuk Azhar Abdul Manaf juga dikatakan mengambil maklum usaha Iskandar Zainudin yang juga pegawai undang-undang MARA berhubung 5 pegawai MARA secara pinjaman bergaji ‘Double’ ini

Siapakah pegawai pendakwaan yang dirunding oleh pihak atasan MARA dan Iskandar Zainudin? Ketua Bahagian Pendakwaan Dato’ Haji Nik Suhaimi Nik Sulaiman pasti tahu pegawai AGC yang terlibat.

Nik Suhaimi Nik Sulaiman merupakan bekas  Penasihat Undang-undang Kerajaan Pakatan Harapan Selangor dan Timbalan Pendakwa Raya di  pejabat Peguam  Negara. Banyak juga maklumat dikaitkan dengan Nik Suhaimi Nik Sulaiman mengenai kecenderungan beliau di pejabat Peguam Negara. Namun walau siapapun dia beliau dan  pegawainya sepatutnya bertindak atas kertas pendakwaan SPRM itu.


Ketua Bahagian Pendakwaan Dato’ Haji Nik Suhaimi Nik Sulaiman

 

Bahagian ini sangat penting di pejabat Peguam Negara. Jika pegawai cenderung sokongan kepada mana-mana pihak
maka habislah pihak yang dituduh

 

Namun tidak dapat dipastikan siapakah Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan yang diarahkan oleh Nik Suhaimi Nik Sulaiman menguruskan kes ini sehingga terlewat lebih 3 bulan sejak Mac lalu.

Apa yang diberitahu ialah Ketua Pengarah MARA Datuk Azhar Abdul Manaf dan Iskandar Zainudin  yakin pejabat Bahagian Pendakwaan Peguam Negara akan menggugurkan kes itu. Bukan lagi rahsia malah pengurusan MARA juga dimaklumkan mengenai usaha Iskandar Zainudin itu.

Kenyataan Tan Sri Azam Baki Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam menyangkal tuduhan kes digugurkan mengesahkan  kes salahguna kuasa itu wujud. 

Jika Peguam Negara tidak mendakwa kes ini ia memberi mesej tidak baik pegawai Kerajaan yang dipinjamkan kepada GLC yang sewenangnya boleh mencuri wang rakyat melalui elaun melampau.

Semua pegawai MARA ini sekarang tidak digantung dan berkhidmat seperti biasa di MARA dan MARACorp seolah-olah tiada apa yang berlaku dan tentunya bayaran gaji tinggi terus dikekalkan sehingga kontrak tamat.

Seperti kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada februari lalu kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Pegawai Majlis Amanah Rakyat (Mara) setelah selesai siasatan terhadap lima pegawai kanan agensi berkenaan yang didakwa terlibat dengan penyelewengan dan salah guna kuasa.

Katanya dia tidak mahu campur tangan bagi memastikan siasatan oleh pihak berkuasa dapat dijalankan secara telus. 


Menteri KPLB dan KP MARA sampai bila?

Namun sekarang dah 15 Jun 2022 hampir 4 bulan kes ini tertangguh. Pegawai sepatutnya dipindahkan bukan dikekalkan berkuasa apabila ada kes. Pengerusi MARA Corp  Datuk Othman Aziz pula terus menggunakan 5 pegawai ini walaupun kes masih berjalan.

Jika Peguam Negara tidak menyelesaikan pertuduhan ini, ia akan menyebabkan kes tertangguh lagi dan 5 pegawai sebebasnya dilindungi oleh pegawai atas MARA seolah-olah tiada salah laku berlaku sedangkan siasatan dan kenyataan KP SPRM kes rasuah salahguna kuasa berlaku.

 

21 Comments