Harga siling ayam, kadar subsidi penternak lebih munasabah diputus kabinet rabu ini
06:06 Jun 28, 2022  |  By SabahKini2
Harga siling ayam, kadar subsidi penternak lebih munasabah diputus kabinet rabu ini

Dr Ronald Kiandee Menteri MAFI maklum kegusaran rakyat dan pemain industri. Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara bawa cadangan lebih munasabah untuk diputuskan kabinet rabu ini. Begitu juga pemberian subsidi.

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara yang bersidang semalam mempertimbangkan cadangan penetapan harga siling ayam yang baharu serta kadar subsidi kepada penternak.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menerusi catatan di Facebooknya memaklumkan cadangan berkenaan akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet pada Rabu (29 Jun) sebelum diumumkan rabu.

“Harga kawalan baharu ini mengambil kira kepentingan penternak, pemborong dan peruncit bagi memastikan harga yang ditetapkan adalah munasabah bagi semua pihak.

“Bantuan tunai tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan oleh Perdana Menteri juga telah diambil kira,” katanya.

Turut sama dalam mesyuarat itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Ronald berkata mesyuarat berkenaan juga mengambil maklum mengenai status semasa bekalan makanan negara dan status harga barangan terpilih serta pelaksanaan intervensi pengukuhan sekuriti makanan negara.

Katanya, bekalan ayam diunjur kekal stabil dan mencukupi pada minggu keempat Jun, selain bekalan komoditi lain turut diunjur stabil dan mencukupi bagi menampung permintaan bulan semasa.

Selain itu, beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memaklumkan status terkini barangan harga terpilih dan tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap premis yang didapati tidak mematuhi pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum bagi Ayam dan Telur.

“Usaha sama rentas kementerian akan diteruskan untuk meminimumkan impak beban kos sara hidup rakyat.

“Kerajaan komited meneruskan usaha bagi memastikan kelangsungan dan kebolehcapaian bekalan makanan di pasaran dengan harga yang berpatutan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

Siling ayam bawah RM10.00? SUBSIDI LEBIH 0.60 SEN?

Menurut sumber harga siling yang akan dikenakan diantara RM 9 hingga RM10.50 sekilogram, meningkat berbanding RM8.90 yang dinikmati sehingga akhir Jun ini.

Dijangka penentuan harga maksimum ayam di peringkat ladang juga akan dinaikkan harga sehingga 7.10 berbanding harga RM 5.60 untuk sekilogram sekarang. Untuk rekod kos bagi penternak ialah RM6.80

Kerajaan juga akan meneruskan pemberian subsidi seperti yang dilaksanakan bagi membantu rakyat mendapatkan harga yang adil. Jika harga subsidi ayam sebelum ini RM0.60 perKg dijangka kerajan akan menaikkan bagi kadar subsidi menyeimbangkan dengan kos penternak yang meningkat kerana pelbagai faktor termasuk harga dedak yang tinggi.

Dengan peningkatan had siling serta penerusan pemberian subsidi ianya mewujudkan situasi menang-menang kepada peladang, pemborong, peruncit dan pengguna kata sumber itu lagi.

Bagi Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) terlalu banyak spekulasi tentang harga ayam selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan penamatan Penentuan Harga Maksimum Ayam baru-baru ini.

“Terlalu banyak spekulasi…ada yang kata harga ayam akan dipasarkan sehingga RM15 sekilogram. Ini semua mengarut.

“Sedangkan kami juga bimbang jika harga ayam terlalu tinggi, pengguna akan berhati-hati dalam berbelanja yang akhirnya kami juga yang rugi,” katanya

Terbaru spekulasi penentuan harga maksimum ayam dan telur ayam KPDNHEP berkuatkuasa 1 Julai hingga 1 September 2022 dibocorkan lebih awal mengundang resah kepada pemaiin industry dan Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia (FLFAM). Jika benar harga ladang RM6.10 bagi semenanjung maka jelas Menteri KPDNHEP Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mahu membunuh industri penternakan ayam.

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri KPDNHEP bunuh industri penternakan ayam ]

Kerajaan bernasib baik mempunyai Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menyelaras penetapan harga maksimum ayam dan pemberian subsidi bukannya KPDNHEP semata.

 

 

Comment