KP Veterinar ditamat kontrak, bekalan ayam kembali stabil, syarikat 'kartel' bersedih
07:07 Jul 09, 2022  |  By SabahKini2
KP Veterinar ditamat kontrak, bekalan ayam kembali stabil,  syarikat 'kartel' bersedih

Ramai bersorak Ketua Pegawai ‘Kartel’ tidak disambung kontrak. Kartel daging, ayam & pengimport yang menjadi penjaga KP Veterinar bersedih. Tapi rakyat untung bekalan & harga ayam kembali stabil. Pelobi mahu teruskan legasi 'Kartel'

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dato' Dr. Norlizan Bin Mohd Noor telah ditamatkan kontrak 30 jun lalu yang sepatutnya tamat ogos ini.

Dr. Norlizan Bin Mohd Noor yang sepatutnya bersara ogos tahun 2021 disambung secara kontrak untuk menguruskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar namun menjadi liabliti kepada kerajaan. Beliau dilihat gagal melaksanakan tanggungjawab akhirnya apabila sibuk mengumpul peluang sebelum bersara.


Geng kartel bersedih namun ramai juga yang gembira

Isu kartel ayam dan kartel daging ‘Alana’ sebelum ini berpunca daripada kegagalannya sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang bersekongkol dengan kartel-kartel ini.

Isu harga ayam melambung, kelewatan membayar subsidi kepada penternak,  melindungi syarikat penternak tertentu dan kartel pengimport semuanya didalangi oleh Bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang ditatang penuh oleh syarikat kartel.

Dalam isu pembayaran subsidi kepada syarikat,  kartel pegawai Jabatan Veteriner dilaporkan hanya melayan syarikat-syarikat yang rapat dengan mereka. Jika tiada ‘kabel’ sampai bertanduklah bayaran subsidi diterima.Bayangkan RM700 juta subsidi tetapi berapa peratus saja diluluskan.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan SPRM wajar menyiasat pendapatan pegawai dan bekas pegawai Veteriner. Menurut sumber SPRM sendiri ramai Bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pegawai yang terlibat dengan kartel ayam dan daging kaya raya.

Pendek kata Ketua Kartel sebenar ialah Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kartel Pegawai JPV Vs kartel ayam, siapa punca sebenar masalah bekalan ayam?

[ARTIKEL BERKAITAN- Isu Boikot Ayam: KP Jabatan Veteriner lembap, MAFI jadi mangsa

Oleh itu dengan penamatan Dato' Dr. Norlizan Mohd Noor sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veteriner diharap akan mampu menyelesaikan masalah bekalan ayam dan daging di negara ini.

Hari inipun dilaporkan harga ayam semakin stabil kerana usaha berterusan Datuk Seri Ronald Kiandee Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bersama penternak dan pemain industri memastikan isu-isu berkaitan diselesaikan.

Para penternak ayam juga  mematuhi harga siling jualan ayam segar di peringkat ladang iaitu RM6 bagi setiap sekilogram seperti yang dikuatkuasakan kerajaan pada 1 Julai lalu.

Penternak menjual harga ayam segar kurang daripada kadar harga yang ditetapkan iaitu pada harga diantara RM5.85 ke RM5.95 sekilogram.

Peluang KP DVS baharu!

Dengan penamatan itu bermakna dua Timbalan Ketua Pengarah DVS iaitu Dr Suratan Kamarudin (TKP Pembangunan) dan  Dr Akma Ngah Hamid (TKP Kesihatan Veterinar mempunyai peluang.

Bagaimanapun di bawah Akta Fungsi Menteri 1969, Menteri mempunyai kuasa untuk memilih Ketua Pengarah atau pegawai lain yang sesuai untuk dimaklumkan kepada KSU MAFI dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) bagi jawatan itu tidak semestinya Dr Suratan dan Dr Akma. 

Tersalah pilih pegawai yang mempunyai hubungan dengan kartel ayam, daging dan syarikat pengimport, hala tuju Jabatan Perkhidmatan Veterinar tak ke mana dan kekal ditakuk lama.

Jika ada isu seperti isu ayam dan daging rakyat tidak akan menyalahkan penjawat awam seperti KP Veterinar tetapi Menteri MAFI dan Kerajaan memerintah.

Kartel Daging 'Alana' dilaporkan tidak senang duduk. 6 syarikat kartel Alana yang monopoli daging sejuk beku di negara ini pasti kepanasan dengan ketiadaan KP Veteriner kesayangan mereka Dato' Dr. Norlizan Mohd Noor. Jika dua TKP ini jika punya hubungan dengan kartel Alana maka kartel ini akan terus hidup lagi. 

 

11 Comments