Sabahan di LHDN: Dari CEO hingga Lembaga Pengarah, Darell Leiking Warisan tidur ke?
03:07 Jul 12, 2022  |  By SabahKini2
Sabahan di LHDN: Dari CEO hingga Lembaga Pengarah, Darell Leiking Warisan tidur ke?

Tidak perlu melalak. Siapa kata orang Sabah tiada dalam LHDN? Dulu CEO, Timbalan dan BOD. kini masih ada timbalan CEO dan pengarah. Hanya perlu ganti tempat konsultan swasta kouta Sabah kosong selepas Datuk Afendi Hamdan disingkir pro PH-Warisan.

‘Kalau tak bodoh bukan pemimpin Warisanlah’. Tiba-tiba hari ini Timbalan presiden Warisan Darell Leiking menggesa kerajaan negeri Sabah mencontohi Sarawak dan menamakan calon untuk menganggotai ahli lembaga Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Leiking berkata bahawa mempunyai ahli lembaga yang berbakti dan bertanggungjawab dari negeri itu akan memberikan "keadaan keadilan" kepada rakyat Sabah, terutamanya berhubung tuntutannya untuk mengembalikan bahagian hasil cukainya daripada negeri itu.

Leiking mendesak ketua menteri Hajiji Noor harus "melakukan perkara yang betul sekarang dan mencadangkan pelantikan segera orang Sabah sebagai ahli lembaga LHDN, jika dia belum berbuat demikian".


Orang Sabah – Pengurusan tertinggi LHDN

Apa Darell Leiking lupa? Orang Sabah dah sentiasa ada dalam Lembaga Pengarah LHDN malah pada zaman Najib PM6 telah melantik Dato’ Sri Dr Sabin Samitah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif /Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri sejak tahun 2016.

 

Sebelum ini: CEO LHDN, BOD dan Timbalan CEO asal Sabah

 

Cuma Sabin yang berasal dari Ranau itu dilihat berpaling tadah kepada PH, mengikut telunjuk Lim Guan Eng malah sempat menyertai Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah ketika itu. Sumbangan terbesar beliau kepada PH termasuk mengheret Najib berhubung hal cukai. Ketika itu kalau mahu selamat jawatan semua mesti demi ‘Lim Guan Eng’.

Hanya oktober 2021 Dr Sabin  Samitah ditamatkan kontrak lebih awal dan digantikan dengan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian)Datuk Mohd Nizom bin Sairi.

Carta terbaru LHDN

Ketika ketua-ketua jabatan ramai orang Semporna, Datuk Hajam Lajah Alam 
juga berpeluang kembali ke Sabah.

 

Malah dulu Datuk Dr Sotimin Muhalip (Orang Sabah) Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) kini dilantik Timbalan Ketua Pengawai Eksekutif (Operasi Percukaian). Mungkin Darrel Leiking lupa Dr Sotimin Muhalip dianugerahkan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) gelaran ‘Datuk’  pada 6 oktober 2018 sama tarikh dengan PGDK yang diterimanya.

Turut menjadi pegawai kanan LHDN ialah Datuk Hajam Bin Lajah Alam (Orang Semporna) sebagai Pengarah Jabatan Perisikan dan Profiling LHDN sebelum diminta pindah oleh Shafie Apdal sebagai Pengarah LHDN Sabah hingga sekarang. Bukan calang orang bahagian perisikan dan kini mengetuai LHDN Sabah. Hajam bukanlah orang yang suka sangat dengan Shafie Apdal walaupun sekampung tetapi dia bijak mengikut arus menempatkan kedudukannya bergelar Pengarah

Manakala seorang bekas pemimpin lalang sebagai Ahli Lembaga Pengarah LHDN ialah Datuk Hj M Afendi Datuk Hj Hamdan CEO Raffcomm Sdn Bhd mewakili Konsultan Swasta. Siapa tak kenal Datuk Afendi ni? Dari bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Sandakan kepada geng PKR-PH seterusnya menyokong Warisan. Saifuddin Nasution ketika sebagai Menteri KPDNHEP memberi RM38 juta hasil projek e-info SSM termasuk projek Francais TEALIVE di 300 rangkaian Kedai Mesra seluruh Malaysia. Beliau bernasib baik masih kekal di LHDN sehinggalah disingkirkan dalam BOD LHDN.

Menyingkirkan Datuk Hj M Afendi Datuk Hj Hamdan adalah wajar!Dia pengkhianat mengapa nak terus beri tempat?


Sentiasa kenyang.Dari BN, PH, Warisan, PN

Sebagai CEO LHDN, Timbalan CEO, Pengarah Perisikan, Ahli Lembaga Pengarah LHDN dan Pengarah LHDN Sabah tak mungkin mereka tak membantu Sabah!

Jadi gesaan Leiking agar mengikut pengumuman Sarawak menyerahkan nama calonnya untuk menduduki lembaga LHDN untuk apa? Jika orang Sabah dari BOD hingga pengurusannya ada di dalam.

Pemimpin Warisan gunakan ‘kabel’ LHDN

Soalan yang patut ditanya oleh Darreel ialah bukankah Shafie dan beberapa bekas pemimpin Warisan seperti Datuk Peter Anthony menggunakan Dato’ Sri Dr Sabin Samitah CEO LHDN, Datuk Dr Sotimin Muhalip dan Datuk Hj M Afendi Datuk Hj Hamdan untuk menyelamatkan mereka dari projek 4 konsesi jalan JKR yang disiasat SPRM dan LHDN?

Bukankah Shafie yang ‘request’ dengan Sabin agar pindahkan Datuk Hajam Lajah Alam Pengarah Perisikan itu ke Sabah sebagai Pengarah? Tak ada isu pula kerajaan GRS mahu menukar pengarah. Semuanya ok diteruskan kerajaan GRS.

Sekarang hanya yang kosong ialah pengganti Ahli Lembaga Pengarah LHDN Datuk Hj M Afendi Datuk Hj Hamdan wakil konsultan swasta saja. Jawatan kouta Sabah ini pasti diisi tak perlu Warisan melalak.

Tak perlu tunjuk gesaanlah memang akan isi pun kekosongan itu.

Isu MA63 tuntutan hasil 40% tak ada kena mengena dengan pegawaipun. Ini pentadbiran. Kalau benar ketika Kerajaan Warisan berkuasa 26 bulan sudah pasti Dato’ Sri Dr Sabin Samitah sebagai CEO LHDN dan Datuk Hj M Afendi Datuk Hj Hamdan sangat menguntungkan Sabah 

Apakah Darrel takut dengan task force yang bakal ditubuhkan oleh MOF dan LHDN? Dulu boleh kawtim kini tidak boleh lagi.


Sebenarnya Shafie, Warisan, Darell takut dengan task force LHDN -MOF yang diwujudkan 

 

 

2 Comments