Empangan Nenggiri guna ‘Sukuk’ RM5B, Zafrul MOF, Menteri Sarawak biarkan Projek Pan Borneo Sabah tak siap!
00:07 Jul 15, 2022  |  By SabahKini2
Empangan Nenggiri guna ‘Sukuk’ RM5B, Zafrul MOF, Menteri Sarawak biarkan Projek Pan Borneo Sabah tak siap!

MRT 3 terbitkan sukuk lebih RM50B. Projek Empangan Nenggiri TNB terbitkan sukuk RM10B membiayai kos projek RM5B. Tapi Kerajaan Pusat batalkan 'Danainfra' Pan Borneo Sabah guna peruntukan pembangunan biasa yang entah bila siapnya Pan Borneo.

By Awang Batatar

Hasil minyak Petroleum dan minyak sawit Sabah penyumbang besar kepada negara namun sayang sekali hendak meluluskan  peruntukan Lebuhraya Projek Pan Borneo terpaksa merayu dan bertempik dengan kerajaan pusat.

Lebih menyakitkan apabila beberapa projek yang tidak pun menguntungkan negara jangka pendek atau melangsai hutang kerajaan seperti projek Transit Aliran Massa (MRT) Fasa 3 diberikan peruntukan lebih RM50 bilion yang dibiayai secara sukuk. Semuanya dengan hutang.

[ARTIKEL BERKAITAN- MOF luluskan MRT3 RM50B, Projek Pan Borneo, bekalan elektrik di Sabah lembap, adilkah Putrajaya? ]

Terbaru Negeri Kelantan yang KDNKnya sekitar 2.4 peratus dan bukanpun penyumbang sektor terbesar perlombongan termasuk industri petroleum-gas diluluskan peruntukan RM5 bilion Projek Hidroelektrik Nenggiri Gua Musang 300 megawatt (MW) untuk penjanaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) di Semenanjung Malaysia.

Ialah semuanya kerana Menteri dari Kelantan!. Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Dato' Sri Mustapa Mohamed memainkan peranan kelulusan itu. Jika mengharapkan semata Kerajaan Negeri PAS tak mungkin berlaku.

Sekali lagi pembiayaan Projek Hidroelektrik Nenggiri ini diluluskan secara hutang. Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengumumkan "SUKUK WAKALAH PROGRAMME" dalam Bursa Malaysia pada 5 April 2022, 2 dan 30 Jun 2022.

 

Sabah nak dapat peruntukan RM5bilion atau terbit sukuk apapun oleh TNB - SESB ibarat  jauh panggang dari api. Perkhidmatan SESB anak syarikat TNB itu terburuk di negeri Sabah lebih mengutamakan IPP. Suruhanjaya Tenaga Malaysia pula hanya mengutamakan Semenanjung sahaja, mereka tidak tahu keperluan sebenar rakyat Sabah. Sabah didiskriminasikan sebagaimana berlaku sebelum ini. Kuota Solar, tenaga dan lain-lain ini sepatutnya diserahkan kepada Kerajaan Negeri saja. Maka tidak hairanlah Sabah menuntut Suruhanjaya Tenaga Negeri sendiri menguruskan tenaga elektriknya.

Kita akan ulas isu peruntukan TNB dan pembiayaan Projek Hidroelektrik Nenggiri ini kemudian. Yang kita bangkitkan sikap anak tiri Kerajaan Pusat kepada Sabah.

Persoalan: Mengapa susah untuk memberi peruntukan kepada Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah?

Hakikatnya Sabah tertinggal jauh dengan Sarawak pembinaan Lebuhraya Pan Borneo ini.  Fasa 1 bagi Pan Borneo Sarawak sudah hampir siap manakala Pan Borneo Sabah tak sampai pun 60%.


Ini adalah laporan 2021. Hakikatnya kedudukan sekarang tak jauh beza selepas PDP ditamatkan.
Bezanya Sarawak dah hampir siap dan sudah beralih ke fasa 2.

Semua tahu selepas BN kalah PRU-14 pada Mei 2018. Selepas saja PH Kerajaan Pusat dan Warisan Kerajaan Negeri PH membatalkan projek Pan Borneo Ssabah terlebih dahulu. Syarikat Borneo Highway PDP Sdn Bhd yang telah dilantik sebagai “Project Delivery Partner” mengurus dan menyelia projek itu ditamatkan khidmatnya pada penghujung September 2021. Alasan Lim Guan Eng Menteri Kewangan dan Kerajaan Warisan ialah model PDP bagi lebuh raya di bahagian Sabah menelan kos lebih tinggi kepada syarikat kroni dan perlu digantikan semula  dengan model kontraktor siap guna daripada JKR sendiri. 

Namun sangat ironis pada 3 Disember 2019, Menteri KKRM ketika itu Baru Bian mengumumkan pelantikan semula 11 kontraktor, 12 perunding Pan Borneo Sabah yang ditamatkan oleh PH-Warisan sebelum ini. Maksudnya pembatalan PH-Warisan selepas PRU-14 ialah sebagai tanda ugutan mahu 'kawtim' semula atau syarikat ditukar.

 

Lagi ironis Syarikat 'Chong Babi' beri dana kepada Warisan dan PH..

Pada 6 Februari 2020  Lim Guan Eng mengumumkan penamatan perjanjian PDP Pan Borneo yang kononnya telah menjimatkan duit kerajaan RM3.1 bilion. Implikasi kewangan telah dikurangkan 14 peratus dari sebelum ini. Tapi benarkah? Kos terus meningkat. Pengurangan kos itu hanya mimpi PH disiang hari sebagai alasan membatal PDP Pan Borneo Sabah. 

PDP sebelum ini KPI sudah melebihi 50% di mana dua pakej telah pun siap seterusnya yang lain perlu dipantau. Di bawah PDP kerajaan menerbitkan sukuk melalui melalui Dana Infra Nasional Berhad (DanaInfra). 

Lebih malang pembatalan PDP Sabah turut membatalkan sekali Dana Infra Nasional Berhad ini tanpa mendapatkan sukuk atau bon semasa zaman kerajaan Warisan-PH. Akhirnya Pan Borneo Sabah mengalami masalah pembiayaan.

Sebaliknya Sarawak bernasib baik pembatalan PDP dibuat PH tetapi mereka sudah mendapatkan sukuk atau bon untuk projek itu. Menteri KKR dari Sarawak Baru Bian itu telah tahu Sarawak punya pembiayaan berbanding Sabah jadi akhirnya Sabah jadi mangsa. 

 

Tanya 11 syarikat yang dilantik sekarang. Kos pembinaan Pan Borneo Sabah jimat tak?

 

Akhirnya apa jadi? baki 20 lagi pakej di bawah projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) (Bukan RMK11) bawah peruntukan pembangunan.  Jika Pan Borneo mendapat peruntukan Bajet RM1 bilion setiap tahun agak-agak berapa tahun lagi diperlukan untuk menyiapkan kerja-kerja Pan Borneo Sabah? Jika 1 tahun satu bilion 20 pakej memerlukan lebih 20 tahun lagi menyiapkan pakej ini. 

Kebodohan apakah yang  dibuat oleh Kerajaan Warisan Shafie Projek Pan Borneo Sabah ini? Warisan PH Sabah mengikut telunjuk Lim Guan Eng dan Baru Bian membatalkan PDP dan Danainfra tanpa fikir!. Siapa jadi mangsa jika bukan Rakyat Sabah sekarang.

Formula baru Lim Guan Eng dan Shafie Apdal untuk menyiapkan Pan Borneo Sabah adalah Fomula 'Shit' 'Fuck' menyusahkan rakyat. Mengurangkan kos projek 'kepala hotak'! 

Menteri Sarawak kekalkan Pan Borneo Sabah peruntukan pembangunan

Menteri GPS dari Sarawak nampaknya konsisten 'membelasah' Sabah agar projek pembangunan tak sepesat Negeri Sarawak. Mereka tidak pernah mahu menolong Sabah. Sama ada mereka menteri BN, PH, PN dan sekarang gabungan baru PM Ismail Sabri. Wajah mereka tetap sama.  Jika Baru Bian PH berjaya batalkan PDP Sabah bersekali peruntukan DanaInfra,Fadilah Menteri GPS sekarang apa kurangnya. 

Jika Fadillah berjuang menolong Sabah pasti dia boleh menggunakan kuasanya di bawah Akta Fungsi Menteri 1969 demi rakyat Sabah. Tapi sayang dia hanya hangat-hangat tahi ayam.

 

27 Mei 2022 Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof bertegas baki 19 pakej kerja Fasa Satu Pan Borneo Sabah dilaksana guna peruntukan pembangunan kerajaan sedia ada. Tiada Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI), tidak ada sukuk atau bon seperti yang dicadangkan oleh kerajaan negeri bagi mempercepatkan projek itu

"Tiada lagi (keperluan PFI). Sekarang ini sedang dimuktamadkan melalui Kementerian Kewangan berkenaan kaedah pelaksanaan dan perolehan. Anggaran bila mula (dilaksanakan), sekarang ini tengah dimuktamadkan," kata Fadillah 

Bila nak muktamad? 

Nampak tak? Kalau peruntukan Sabah Menteri dari Sarawak sukar buat keputusan. Ialah Sarawak PDP sebelum ini dah kenyang dengan peruntukan Danainfra. Jadi apa dia peduli dengan Negeri Sabah. Malah Sarawak sedang 'move' ke Pan Borneo Fasa 2. Disamping mereka membalun peruntukan pembangunan lain mereka juga sedang melahap peruntukan Pan Borneo Fasa 2.

Lagi menyedihkan selepas disemak ke MOF tiada satupun paper Sukuk Pan Borneo Sabah diangkat oleh MOF. 

Nak tunggu Tengku Zafrul Menteri Kewangan dan Dato' Sri Mustapa (JPM-EPU) buat keputusan? sampai kiamat mereka tak akan tolong Sabah. 

Jika Pemimpin Sabah sama ada Menteri Kabinet, MP, Adun atau pemimpin PH tak sedar perkara ini dan kita tidak melawan apa yang berlaku di depan mata kita akan terus dibodohkan. Cukuplah Warisan PH membodohkan rakyat Sabah 22 bulan jangan ditambah lagi sekarang.

Kita mahu ADUN Sabah melawan membangkitkan perkara ini dalam sidang DUN dan jika tak selesai juga bawa ke Dewan rakyat. Tak kira apa jadi. lawan tatap lawan! Jika MRT boleh dapat RM50 bilion dan Empangan Nenggiri RM5 bilion dengan cara menerbitkan 'Sukuk' mengapa Pan Borneo Sabah tidak dapat menggunakan cara sama? Lantaklah kerajaan pusat nak berhutang mana, Sabah utamakan projek ada bajet dan siap. Kamu nak hutang mana itu kamu punya pasal kamu fikirkan. Kerajaan setiap 5 tahun pilihanraya dan boleh bertukar bila-bila masa tapi rakyat kekal disitu.

Kalau Penjawat awam atau Pegawai Kerajaan tak mahu dengar cakap rakyat, kita 'babikan' mereka sekali, korek salah laku rasuah mereka yang 'kawtim' kontraktor. Heret mereka ke mahkamah. 

Hallo kepada Kerajaan Persekutuan dan Menteri KKR Sarawak. Yang salah Kerajaan PH Warisan 22 bulan rakyat Sabah sudah 'babikan', tumbangkan Warisan, jadi jangan sampai rakyat Sabah 'babikan' kerajaan pusat sekarang.

Semakin lambat Projek Pan Borneo yang sepatutnya siap penghujung 2022 maka semakin susahlah rakyat Sabah berhadapan kerosakan jalan itu. Pan Borneo menyebabkan bencana alam banjir, kerosakan, kehilangan harta benda, jalan tidak selamat, kemalangan berlaku malah kematian dalam tempoh jalan itu dibina. Jangan cakap mengenai selenggara jalan semua itu 'memang babi'. JKR Sabah lemas dalam pelukan wang ringgit. Pegawai selenggara jalan 'Ir Max Chong' dah kena suap kaya raya. 

 

ARTIKEL PAN BORNEO- [VIDEO] Projek ‘Chong Babi’ Jalan Sipitang - Beaufort RM1.3B gagal, jadi ‘Jalan Neraka’, lori hantu ancam nyawa rakyat! ]

 


.

 

4 Comments