Tuntutan Waris Sulu: MP Warisan-PH tak perlu populis, semua punca kerana PH
22:07 Jul 18, 2022  |  By SabahKini2
Tuntutan Waris Sulu: MP Warisan-PH tak perlu populis, semua punca kerana PH

Isu Tuntutan Waris Sulu sudah dijawab kerajaan. Tuntutan Sulu telah ditolak, rayuan Malaysia diterima. Telah menjadi kes mahkamah tidak perlu dibahaskan. Aset Malaysia juga dilindungi. Warisan - PH wayang saja wal hal PH lah punca iktiraf Filipina- Sulu

Tiba-tiba bekas Menteri PH- Warisan berlagak berjuang membawa usul tuntutan waris Kesultanan Sulu kepada Sabah. Apakah ketika PH berkuasa dan beberapa pemimpin Warisan tuntutan Filipina dan Kerajaan Sulu tidak pernah ada? Mengapa ketika itu tidak pernah diselesaikan?

Sedangkan punca tuntutan Waris Kesultanan Sulu ialah gara-gara surat bekas Peguam Negara PH, Tommy Thomas yang diutus kepada Paul Cohen dan pihak timbang tara Dr Gonzalo Stampa

[ARTIKEL BERKAITAN- Surat Peguam Negara PH Tommy Thomas 2019 punca tuntutan RM63 bilion Waris Sultan Sulu terhadap Sabah ]

Surat Peguam Negara PH Tommy Thomas 2019 punca tuntutan RM63 bilion Waris Sultan Sulu terhadap Sabah

Semuanya susulan keputusan tuntutan kes waris Kesultanan Sulu mahkamah di Sepanyol dan diarahkan untuk bayar gantirugi sebanyak RM63 bilion kepada keturunan Sultan Sulu mac lalu.

Terbaru laporan Waris kesultanan Sulu cuba merampas dua anak syarikat gergasi minyak Malaysia Petronas iaitu di Azerbaijan (Shah Deniz) Petronas South Caucasus, yang dilaporkan bernilai AS$2 bilion.

Petronas menafikan tuntutan waris kesultanan Sulu itu bahawa tiada asetnya yang terjejas memandangkan dua anak syarikatnya itu telah dilupuskan kepada syarikat Rusia LUKOIL.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kesultanan Sulu cuba rampas aset Azerbaijan, namun Petronas sahkan telah jual kepada syarikat Rusia ]

Kesultanan Sulu cuba rampas aset Azerbaijan, namun Petronas sahkan telah jual kepada syarikat Rusia

 

Jawapan Menteri JPM

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menjelaskan Mahkamah Rayuan Paris pada 12 Julai telah membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia untuk menggantung penguatkuasaan Final Award bertarikh 28 Februari 2022 yang telah dikeluarkan oleh Dr. Gonzalo Stampa (Perintah Penggantungan).

“Perintah Penggantungan itu adalah hasil daripada pelbagai tindakan perundangan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia bermula daripada tuntutan tersebut difailkan bagi menamatkan segala tuntutan dan memastikan agar kepentingan, kekebalan kedaulatan dan kedaulatan Malaysia sentiasa dilindungi dan terpelihara.

“Oleh itu, kesan daripada Perintah Penggantungan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan Paris pada 12 Julai 2022 tersebut, Final Award tidak boleh dikuatkuasakan di mana-mana negara sehingga keputusan muktamad oleh Mahkamah Paris berkenaan dengan permohonan pembatalan Final Award yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia,” katanya.

Berikutan kejayaan mendapatkan Perintah Penggantungan Final Award, Kerajaan sedang membuat persiapan yang rapi untuk pendengaran bagi pembatalan Final Award yang mana tarikh pendengarannya belum ditetapkan.

Katanya, kerajaan juga  akan terus mengambil semua langkah yang sewajarnya termasuk tindakan perundangan untuk menamatkan segala tuntutan Sulu dan mempastikan agar kepentingan, kekebalan kedaulatan dan kedaulatan Malaysia sentiasa dilindungi dan terpelihara.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mahkamah Rayuan Paris gantung tuntutan Sulu ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Aset dan kedaulatan negara masih terpelihara

 

Usul tergempar tuntutan Sulu tidak perlu

Oleh itu apa masalah usul tergempar pemimpin Warisan- PH itu ditolak oleh speaker?

Menteri JPM yang bertanggungjawab dengan Parlimen dan undang-undang sudah membuat penjelasan tentang isu yang kini dalam proses rayuan oleh kerajaan Malaysia.

Tidak dapat dinafikan Parlimen merupakan forum untuk membahaskan isu penting seperti yang dibangkitkan. Secara khususnya perkara yang melibatkan kedaulatan negara dalam hubungan antarabangsa perlu mendapat mandat Parlimen. Namun  apa yang sedang berlaku dengan tuntutan Waris Kesultanan Sulu terhadap kerajaan Malaysia perlu dilihat dalam kerangka yang lebih besar.

Kerajaan sudah memberi penjelasan dan  tindakan yang sewajarnya sedang dibuat untuk membela tuntutan tersebut. Oleh kerana tuntutan Waris Kesultanan Sulu sedang dirayu pastinya pasukan Peguam Negara perlu mengkaji banyak sudut dan menimbangkan pelbagai isu agar sebarang pendekatan yang bakal diambil tidak tersalah langkah. Dalam tempoh kritikal ini strategi amat penting dan tidak wajar terdedah kepada pihak lawan.

Isu sekarang bukanlah suatu yang hendak dilakukan dalam konteks perjanjian antarabangsa atau menentukan dasar luar negara yang memerlukan mandat Parlimen.

Pada peringkat ini adalah untuk membela terhadap tuntutan Kerabat Kiram dan melindungi aset Malaysia  di luar negara.

Speaker sangat wajar memainkan peranan menenangkan ahli Parlimen bahawa suatu kertas putih boleh dibentangkan pada masa yang sesuai agar tidak memprejudiskan kes pembelaan di Mahkamah.

Ahli Parlimen juga wajar memberi kepercayaan kepada pasukan Peguam Negara untuk bersiap siaga dan berpuas hati dengan penjelasan Menteri berkenaan.

Sebarang pandangan dalam keadaan yang sedang kritikal sebegini tidak semestinya hanya saluran perbahasan usul tergempar sahaja pendekatan terbaik.

Sebenarnya pemimpin Warisan ni wayang saja wal hal ketika mereka menjadi kerajaan 22 bulan mereka siap bekerjasama dan mengiktiraf tuntutan Filipina terhadap Sabah.

 

[ARTIKEL BERKAITAN-  Filipina kekal tuntut Sabah dan Kerajaan negeri bantu warga Filipina tanpa dokumen di Sabah ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Dulu Warisan demi Filipina sekarang berdrama desak Filipina gugur tuntutan ke atas Sabah

 


Dari Filipina kepada waris sulu Kerajaan Warisan
sebelum ini iktiraf mereka. 

 


Note: Ketika Isnaraissah Munirah Ahli Parlimen Kota Belud jadi timbalan Menteri dulu apa dia buat? Ada kuasa. Apa dia buat mengenai Sulu dan Filipina? Tiada jawatan baru sekarang dia meroyan. Ketika jadi timbalan dia hanya tahu skandal dengan suami orang dan pegawai khasnya

 

 

19 Comments