[VIDEO] Pindah pegawai Jabatan Air, JKR tidak berfungsi aniaya rakyat kata Bung Moktar
00:07 Jul 20, 2022  |  By SabahKini2
[VIDEO] Pindah pegawai Jabatan Air, JKR tidak berfungsi aniaya rakyat  kata Bung Moktar

Ada Pegawai JANS dan JKR tidak amanah. Jurutera daerah 3 hari tidak datang pejabat. Susah jumpa. Rakyat teraniaya. Oleh itu Pegawai perlu diambil tindakan dipindahkan jika tidak beri manfaat.

Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memberi amaran kepada pegawai di bawah kementeriannya akan diambil tindakan jika tidak menjalankan tugas untuk rakyat.

Menjelaskan perkara itu, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, memang terdapat tangki air tidak berfungsi dan itu menyebabkan bekalan air di kawasan tidak mencukupi.

"Berkaitan penglibatan pegawai Jabatan Air, tidak dapat saya nafikan apabila manusia ini lebih dari seorang dan ramai, sebagai pelaksana itu sendiri (ada yang) tidak amanah dengan tanggungjawabnya.

"Sebab itu, saya telah beri amaran melalui penerangan jelas kepada setiausaha kementerian, mana-mana pegawai kita yang didapati tidak berfungsi, tidak beri manfaat kepada rakyat, tarik dia dari kawasan itu dan pindahkan di mana orang tidak boleh jumpa dia," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Assaffal P Alian (Warisan-Tungku) berhubung jadual catuan air tidak efisien yang dilakukan oleh pegawai Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Beliau turut mengakui ada menerima laporan bahawa pegawai di bawah kementeriannya ada yang tidak melaksanakan tugas mereka.

"Dia (pegawai) jadi penganiaya kepada rakyat, ini saya jelaskan. Ini memang saya akan lakukan termasuk Jurutera daerah Jabatan air dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebab saya terima laporan daripada orang ramai terdapat (DE) jurutera daerah tiga hari tiada di pejabat, tidak boleh jumpa orang.

"Mana boleh, ini saya kata rosakkan imej kementerian. Saya jenis manusia suka tolong rakyat, jangan aniaya saya," katanya.

Berdasarkan komen-komen netizen terhadap kenyataan Bung itu ramai bersetuju Jurutera Air dan JKR yang gagal menjalankan fungsinya perlu dipindahkan.

Jurutera selenggaraan jalan seperti Ir Max Chong misalnya mengundang kemarahan ramai apabila jalan seliaan JKR teruk. Kontrak konsesi dibayar tetapi projek tidak dilaksanakan. Malah terdapat projek jalan hantu atau jalan tidak wujud tetapi dibayar oleh Kerajaan Negeri.

Untuk rekod berjuta telah dibayar kepada konsesi kroni Warisan sebelum dan sebulan selepas Pilihanraya Negeri Sabah secara tergesa-gesa walaupun tahu Amanah selenggara jalan tidak dilaksanakan.

 

 

ARTIKEL KOLEKSI - JKR SABAH 

Rujukan Artikel Kegagalan Pegawai JKR Selenggaraan jalan boleh dibaca di sini.

[link alternatif bagi pembaca talian maxis ialah sabahkini2.net & Sabahkini2.org]

 

26 Jun 2022- Rakyat marah jalan 'Sangat Teruk', Bung Moktar digesa buang Max Chong JKR selesai jalan Sabah
https://sabahkini2.org/en/news/4803/skandal-mara-corp-azam-kp-sprm-kata-tak-tutup-kes-tapi-pegawai-undang-undang-mara-yakin-bebas/view

 7 Mac 2022 - Selenggaraan Jalan JKR Sabah 'Sangat Teruk', SPRM tidur, kerajaan rugi RM145.1 juta bayar konsesi di 1755 ‘Jalan Hantu’
https://sabahkini2.org/en/news/4675/selenggaraan-jalan-jkr-sabah-sangat-teruk-sprm-tidur-kerajaan-rugi-rm1451-juta-bayar-konsesi-di-1755-jalan-hantu-/view

22 Jan 2021- Jalan Zon Utara Teruk, Tapi kroni Peter ‘Sinaran Mewah’ kontrak RM325 juta di Lido Avenue Kondo terus kaya!
https://sabahkini2.com/en/news/3453/jalan-zon-utara-teruk-tapi-kroni-peter-sinaran-mewah-kontrak-rm325-juta-di-lido-avenue-kondo-terus-kaya/view

12 Feb 2021- Konsesi 'Peter' AK Setia Bina RM400 juta: Rakyat Keningau, Tambunan, Nabawan, Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu dapat apa?
https://sabahkini2.org/en/news/3508/konsesi-peter-ak-setia-bina-rm400-juta-rakyat-keningau-tambunan-nabawan-beaufort-sipitang-kuala-penyu-dapat-apa/view

3 Mac 2021- SPRM serbu JKR Daerah, Konsesi ‘Peter’ Gagal di Jalan Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu pula terbongkar!
https://sabahkini2.com/en/news/3563/sprm-serbu-jkr-daerah-konsesi-peter-gagal-di-jalan-beaufort-sipitang-kuala-penyu-pula-terbongkar/view

22 Nov 2021- Mengejutkan! RM154.5 juta dibayar kepada 4 konsesi kroni Peter Anthony, Ir Max Chong JKR selepas PRN Sabah
https://sabahkini2.com/en/news/4287/mengejutkan-rm1545-juta-dibayar-kepada-4-konsesi-kroni-peter-anthony-ir-max-chong-jkr-selepas-prn-sabah/view

25 Nov 2021- Skandal JKR: Kerajaan Sabah rugi RM145.1 juta bayar 1755 ‘Jalan Hantu’ kepada konsesi kroni
https://sabahkini2.com/en/news/4298/skandal-jkr-kerajaan-sabah-rugi-rm1451-juta-bayar-1755-jalan-hantu-kepada-konsesi-kroni/view

2 Ogos 2021 - Skandal JKR parah! 4 konsesi ‘kroni’ ditamat kontrak prestasi teruk dilantik semula laksana projek, mana SPRM?
https://sabahkini2.org/en/news/3943/skandal-jkr-parah-4-konsesi-kroni-ditamat-kontrak-prestasi-teruk-dilantik-semula-laksana-projek-mana-sprm/view

1 Jun 2021- Dalang Pegawai JKR Skandal RM1.5B Punca MOF Sabah ambil alih projek selenggaraan jalan?
https://sabahkini2.com/en/news/3779/dalang-pegawai-jkr-skandal-rm15b-punca-mof-sabah-ambil-alih-projek-selenggaraan-jalan/view

12 Feb 2021- Konsesi 'Peter' AK Setia Bina RM400 juta: Rakyat Keningau, Tambunan, Nabawan, Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu dapat apa?
https://sabahkini2.com/en/news/3508/konsesi-peter-ak-setia-bina-rm400-juta-rakyat-keningau-tambunan-nabawan-beaufort-sipitang-kuala-penyu-dapat-apa/view

23 Feb 2021-Dalang Pegawai JKR bayar konsesi ‘kroni’ ratusan juta terbongkar! SPRM digesa siasat
https://sabahkini2.org/en/news/3541/dalang-pegawai-jkr-bayar-konsesi-kroni-ratusan-juta-terbongkar-sprm-digesa-siasat/view

14 Feb 2020- Terbaru! Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah bersekongkol rasuah beri syarikat kroni lebih RM1.5B tanpa tender
https://sabahkini2.com/en/news/2543/terbaru-peter-anthony-pengarah-jkr-sabah-bersekongkol-rasuah-beri-syarikat-kroni-lebih-rm15b-tanpa-tender/view

19 Feb 2020-Skandal JKR RM1.5B: Mengejutkan! Kroni Peter Anthony dalam kes Michael Ubu RISDA diberi ratusan juta kontrak
https://sabahkini2.com/en/news/2552/skandal-jkr-rm15b-mengejutkan-kroni-peter-anthony-dalam-kes-michael-ubu-risda-diberi-ratusan-juta-kontrak/view

22 Feb 2020- Kantoi 'LOA' AK Kontraktor, AK Setiabina RM725 juta terdedah, Pengarah JKR Ugut Pegawai?
https://sabahkini2.com/en/news/2554/kantoi-loa-ak-kontraktor-ak-setiabina-rm725-juta-terdedah-pengarah-jkr-ugut-pegawai/view

4 Mac 2020- Skandal JKR RM1.5B: Peter Anthony beri projek syarikat kroni, mana SPRM?
https://sabahkini2.com/en/news/2607/skandal-jkr-rm15b-peter-anthony-beri-projek-syarikat-kroni-mana-sprm/view

 

 

Comment