Bekas Menteri, MP Warisan mengaku tak tahu surat bekas AG Tommy Thomas kepada Waris Sultan Sulu
04:07 Jul 20, 2022  |  By SabahKini2
Bekas Menteri, MP Warisan mengaku tak tahu surat bekas AG Tommy Thomas kepada Waris Sultan Sulu

Benarkah MP Warisan tak tahu? 3 Menteri termasuk Menteri Undang-Undang dan dua timbalan iaitu Azis Jamman di KDN & Isnaraissah Munirah. Mana mungkin Menteri Warisan tak tahu!. Ketika berkuasa mereka gagal mengurus isu tetapi iktiraf Sulu & Filipina

Bagaimana mereka sebagai Kerajaan tak tahu?

Ahli Parlimen (MP) Warisan mendakwa mereka tidak mengetahui surat yang dihantar oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas kepada kepada peguam keturunan Sulu.

Tommy menghantar surat kepada peguam Sulu pada 19 september 2019 sewaktu menjadi Peguam Negara ketika era pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memberi implikasi besar kepada negara, ia juga dikaitkan dengan rampasan dua aset Petronas yang berlaku di Luxembourg baru-baru ini.

Dua MP Warisan, Datuk Azis Jamman (Sepanggar) dan Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud) mendakwa mereka tidak mengetahui berhubung surat tersebut dan mempersoalkan sama ada ia mendapat kebenaran Kabinet semasa dihantar kepada peguam kerajaan Sulu tersebut.

“Malah surat daripada Tommy Thomas sebelum ini, kami tidak tahu dan dimaklumkan berhubung surat tersebut.

“Kami terkejut mengetahui ada surat yang dihantar bekas Peguam Negara berhubung isu ini,” kata Azis dalam sidang media


3 Menteri warisan termasuk menteri undang-undang PH tidak tahu surat Tommy Thomas?

Munirah juga mempersoalkan sama ada surat yang dikeluarkan Tommy tersebut dirujuk terlebih dahulu kepada Kabinet untuk dibincangkan sebelum dihantar kepada pihak Sulu.

“Kami juga ingin bertanya sama ada surat yang dia (Tommy) keluarkan itu mendapat mandat daripada Kabinet? Adakah dia melalui Kabinet? Adakah Kabinet mengetahuinya?” kata Munirah dalam sidang media sama.

Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat menolak usul bagi membincangkan isu rampasan aset Petronas di luar negara oleh waris kesultanan Sulu.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun semasa membuat keputusan tersebut berkata usul tersebut disebabkan undang-undang subjudis menghalang dewan daripada membahaskan perkara itu.

Azis Jamman dan Isnaraissah Munirah Majilis merupakan Timbalan Menteri Persekutuan daripada Parti Warisan manakala mendiang Datuk VK Liew bekas Menteri JPM (Undang-undang) ketika itu. Oleh itu jawapan mereka tidak mengetahui surat Tommy Thomas sangat tidak berasas. Mereka Menteri Kabinet dan kerajaan berkuasa.

Menteri Undang-undang JPM mendiang VK Liew. Tak mungkin Menteri Warisan
tak tahu surat Peguam Negara PH Tommy Thomas

 

Jadi cakap-cakap sekarang hanya ‘wayang’ memandangkan ketika Kerajaan PH – Warisan berkuasa mereka gagal menyelesaikan isu tuntutan Sulu dan Filipina malah mengiktiraf tuntutan itu.

[ARTIKEL BERKAITAN-  Tuntutan Waris Sulu: MP Warisan-PH tak perlu populis, semua punca kerana PH ]

 

Faktanya tuntutan Waris kesultanan Sulu atau apa juga terkait dengan Filipina adalah kerana kebodohan pemimpin PH dan Tommy Thomas yang nyata. Kerajaan sekarang terpaksa mencuci tahik-tahik PH dan Tommy Thomas.

18 Comments