Selepas Menteri Warisan Shafie Apdal pula tidak tahu surat Tommy Thomas kepada waris Sulu
10:07 Jul 22, 2022  |  By SabahKini2
Selepas Menteri Warisan Shafie Apdal pula tidak tahu surat Tommy Thomas kepada waris Sulu

3 Menteri Warisan termasuk VK Liew Menteri Undang-undang & Azis Jamman Timbalan Menteri KDN tapi tidak tahu surat Tommy Thomas. Kini Shafie Apdal yang sebelum ini iktiraf tuntutan Filipina pun tak tahu surat Tommy. Salah PH-Warisan tapi tuduh orang lain.

Satu persatu pemimpin Warisan masuk lubang bahawa PH dan Warisanlah punca cubaan tuntutan Waris Sulu kepada Sabah dan merampas aset Malaysia Petronas di luar negeri

Selepas pengakuan bekas Timbalan Menteri KDN Azis Jamman dan Timbalan MOSTI Isnaraissah Munirah Majilis yang mengaku tidak tahu surat bekas Peguam Negara PH Tommy Thomas kepada Waris Sulu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Bekas Menteri, MP Warisan mengaku tak tahu surat bekas AG Tommy Thomas kepada Waris Sultan Sulu ]

Menjadi Persoalan besar kerana Menteri Undang-Undang (JPM) Kerajaan PH ialah Datuk VK Liew Pengerusi Tetap Parti Warisan yang sebelum ini membebaskan Shafie Apdal dari tuduhan rasuah KKLW RM1.5 bilion. Belum dibicarakan sudah jadikan kes  ‘tiada tindakan lanjut’ (NFA) dan ‘kes untuk simpan’ (KUS).

Bagaimana Shafie Apdal Ketua Menteri, Menteri Undang-undang, 2 lagi Menteri kabinet termasuk dua timbalan Menteri tidak tahu?

Bagaimana Shafie dan Menteri Warisan tidak tahu surat ini?

Presiden Warisan Shafie Apdal berkata, beliau sendiri tidak tahu berkaitan surat bekas peguam negara Tommy Thomas yang didakwa ditulis dan dihantar kepada peguam mewakili Sulu, pada 2019.

Katanya, beliau bukan sebahagian daripada Kabinet kerajaan persekutuan pada ketika itu, dan tidak pernah dimaklumkan langsung berhubung surat terbabit.

“Saya juga tidak tahu pun, kalau dia (Kabinet) tidak tahu, lagi lah saya tidak tahu, mana kita tahu kalau dia (Tommy) keluarkan (surat), kita tidak tahu surat ini berlaku.

“Jangan tanya saya, tanyalah dia (Tommy), saya mana ada kuasa untuk memberi arahan kepada AG (peguam negara), kalaulah perdana menteri pun didakwa tidak tahu apa lagi ketua menteri, tanya Tommy Thomas,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Warisan.

Untuk rekod Menteri JPM (Undang-undang) kerajaan PH ialah Datuk VK Liew ( Mendiang)

Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna, berkata isu tuntutan Sulu harus segera ‘dihapuskan’ kerana perkara berkenaan sebenarnya tidak wujud.

“Sepatutnya, seperti mana dikatakan daripada awal, bila sudah ada referendum, bila sudah ada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kedaulatan negara ini harus dipertahankan, suara rakyat sudah ada, kerana kita sudah pun merdeka dan maknanya tiada lagi hak-hak orang lain menuntut wilayah Sabah ini.

Namun netizen mempersoalkan Shafie mengapa ketika menjadi kerajaan bersama Pakatan Harapan tidak menyelesaikan isu tuntutan Sulu dan membiarkan Tommy Thomas membuat surat ‘bodoh’ yang digunakan sebagai bukti kuat oleh Gonzalo Stampa tuntutan Sulu terhadap Sabah.

Bekas perdana menteri Najib Razak dalam tulisannya mendakwa surat yang ditulis Tommy itu menjadi punca aset Malaysia bernilai RM66 bilion di luar negara terancam.

“Notis saman timbang tara wakil Sulu dikemukakan secara rasmi kepada Malaysia pada Jul 2019 ketika kerajaan PH (Pakatan Harapan) bermaharajalela.

“Kekesalan Tommy Thomas berhubung tindakan kerajaan tidak membayar tuntutan Sulu berulang kali disebut dalam 297 perkara dalam penghakiman timbang tara berkenaan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman berkata semua tuntutan Sulu ini berkait rapat dengan kesilapan Shafie Apdal Ketua Menteri Warisan ketika itu yang melayan dan mengiktiraf tuntutan Filipina terhadap Sabah.

Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking yang juga Bekas Menteri Warisan (Menteri MITI) sepatutnya tahu surat Tommy Thomas atau membuat laporan polis kepada Tommy tidak wajar mendesak Ketua Menteri Hajiji Noor mengulas surat Tommy Thomas itu kerana bukan di bawah pemerintahannya.

Ini semua salah Kerajaan PH, PM Dr Mahathir, Menteri JPM VK Liew, Tommy Thomas dan Shafie Apdal Ketua Menteri.

Wan Junaidi Menteri (JPM) dan Kerajaan sedang menangani kes tuntutan Sulu akibat tindakan bodoh PH ini.

 

 

 

21 Comments