Elak ditahan SPRM Puan Sri Diana Bell Group runding bayar cukai tertunggak, penalti
00:07 Jul 26, 2022  |  By SabahKini2
Elak ditahan SPRM Puan Sri Diana Bell Group runding bayar cukai tertunggak, penalti

Episod baru tipu Cukai Jualan Negeri minyak sawit Sabah. Tidak mahu ditahan SPRM maka berunding sanggup membayar semua cukai tertunggak & Penalti. SPRM sepatutnya menang persepsi awam panggil Pn Sri Diana dan anaknya.

Tangkapan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung rasuah dan pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah nampaknya terhenti selepas 3 individu termasuk seorang bekas Bendahari Koperasi KOPEKS ditahan.

Pemilik Kilang Sawit BELL Puan Sri Dr Liana Low atau Dr Wong Kwi Lian yang sepatutnya hadir siasatan SPRM sehingga hari ini masih menggunakan alasan ‘sakit’ dalam masa sama berbangga dirinya kebal dari tindakan undang-undang.

Sepatutnya SPRM memanggil anak Puan Sri Diana,  Sam D’Bel Low Kok Sun salah seorang Pengarah di Bell Group. Jadi tidak timbul alasan sakit atau tidak untuk bantu siasatan. SPRM sepatutnya meraih sokongan awam agar kes ini diselesai. 

Terbaru Puan Sri Dr Liana Low  cuba berunding dengan Kerajaan Negeri dan SPRM untuk dia membayar lebih RM 3 juta tunggakan cukai beserta penalti agar dia tidak perlu disiasat  SPRM lagi. Mereka bersetuju menggira semula cukai-cukai yang mereka tipu kepada Kerajaan Sabah.

Nampaknya misteri penipuan Cukai Jualan minyak sawit mentah tidak akan selesai sekalipun SPRM menangkap dalang  pegawai MOF Sabah dan pesara yang menerima rasuah RM700 ribu. Setakat ini tiada pendakwaan dibuat kepada mereka. Kes ini akan hanya lebih panjang dan membuka siastan kepada kes penipuan lain. 

Jika SPRM bersetuju  menerima rundingan Puan Sri Dr Liana nampaknya budaya gejala rasuah Dr Liana Low dan Bell Group akan ini berterusan di MOF pada masa mendatang. Dengan keuntungan syarikat kilang Bell Sdn Bhd melebihi RM40 juta setahun bukan satu masalah mereka membayar rasuah.

Kerajaan rugi berbilion ringgit kerana penipuan syarikat kilang sawit di Sabah. Cukai Jualan Minyak Sawit Mentah menyumbang sebanyak RM810 juta atau 17.2 peratus kepada Sabah.

Rakyat Sabah menunggu apa keputusan Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy  sama ada memanggil Puan Sri Dr Liana atau bersetuju dengan rundingan.

 [ARTIKEL BERKAITAN- Tipu cukai jualan: Puan Sri Diana Low BELL Group yakin kebal SPRM, tidak akan ditangkap ]

  [ARTIKEL BERKAITAN- Kilang Sawit Bell milik BELL Group pendapatan tahunan RM59.2 juta, bakal didakwa tipu cukai jualan di Sabah

  [ARTIKEL BERKAITAN- Tipu cukai jualan: Pegawai direman, Puan Sri Dr Liana Low BELL Group diburu, Salleh ‘Malaya’ bakal ditangkap!

 

 

 

 

 

1 Comment