Tipu cukai jualan: Selepas BELL Group, Datuk Salleh 'Malaya' diburu SPRM
14:07 Jul 26, 2022  |  By SabahKini2
Tipu cukai jualan: Selepas BELL Group, Datuk Salleh 'Malaya' diburu SPRM

Selepas Puan Sri Diana BELL Group kini Datuk Salleh Malaya pula diburu susulan penipuan cukai jualan Sabah. Sabah rugi RM100 juta kerana Datuk Salleh Malaya. Kerajaan Sabah mesti tuntut semula cukai

Sabahkini2 sebelum ini mendedahkan mengenai pemilik syarikat Kilang Sawit Bell Sdn Bhd Lahad Datu anak syarikat BELL Corporation Sdn Bhd di asaskan oleh Puan Sri Dr Liana Low yang merompak jutaaan ringgit hasil Sabah kerana menipu cukai jualan Sabah.

3 ditangkap SPRM iaitu Pegawai MOF dan pesara kerajaan yang punya ‘kabel’ besar di MOF Sabah.

Menurut sumber seorang lagi individu setanding Puan Sri Dr Liana Low bergelar Dato’ Salleh ‘Malaya’ membuat penipuan yang sama menggunakan beberapa syarikat kilang sawit di Sabah. Syarikat untung jutaan ringgit tetapi membuat pengisytiharan palsu mengelak membayar cukai jualan kepada Kerajaan Sabah.

 [ARTIKEL BERKAITAN- Tipu cukai jualan: Pegawai direman, Puan Sri Dr Liana Low BELL Group diburu, Salleh ‘Malaya’ bakal ditangkap! ]

 

 

 

Siapa Dato’ Salleh Malaya?

Nama sebenarnya Dato’ Salleh bin Isa beralamat di Jalan Cekal 2 Taman Sri Lambak Kluang Johor. Jawatan beliau dalam syarikat adalah sebagai Pengarah Urusan Tradelift Indopalm Industries Sdn. Bhd. Jawatan dan syarikat biasa digunakan Dato’ Salleh Malaya di laman media sosial. Semakan di SPR Dato' Salleh ini mengundi di Parlimen Sembrong. Namun aktif berniaga di Sabah.

 

Sejak 2007 lagi Datuk Salleh Malaya atau DSM telah memalsukan Laporan Cukai Jualan di mana maklumat pemprosesan dan penjualan Minyak oleh kilang sawit untuk pengisytiharaan cukai jualan minyak sawit mentah telah di ubahsuai. Hanya 30 % diisytiharkan untuk pembayaran cukai kepada MOF  sehingga siasatan oleh SPRM tahun 2021

Cukai ini adalah cukai 7.5% daripada harga minyak sawit yang dihasilkan oleh pekebun-pekebun dan ladang di negeri sabah di bayar kepada MOF sabah.

Namun dilaporkan DSM telah berkomplot dengan Pegawai MOF Sabah sejak sekian lama.

Ada banyak syarikat di bawah kawalannya. Namun paling terkenal DSM dilaporkan menyewa syarikat Kilang Sawit Waris Selesa Sdn Bhd sejak tahun 2007. Bagaimanapun semua urusniaga dilakukan oleh ssyarikat miliknya Tradelift Indopalm Industries Sdn. Bhd

 

 

Syarikat Tradelift Indopalm Industries Sdn. Bhd digulung kerana banyak hutang
Kalau ikut jualan tahunan ialah RM277 juta.

 

 

Hasil  duit  curi cukai inilah sebelum ini DSM gunakan untuk menambah kapasiti kilang dan membayar harga buah dengan harga yang tinggi berbanding dengan kilang-kilang yang lain.  

DSM juga mempunyai beberapa syarikat lagi  yang digunakan untuk membuat penipuan itu  antaranya ialah Bumimas Sawit Sdn Bhd, Jeneri Palm Oil Sdn Bhd dan Ditali Sdn Bhd. Semua syarikat ini menjadi proksi kepada DSM.

Modes operandi DSM ialah hanya membina syarikat, berhutang dan kemudiannya syarikat digulungkan. Tujuan paling penting adalah  merompak hasi Bumi Sabah.

Semua syarikat menggunakan nama proksi namun pemegang sahamnya ialah Dato’ Salleh Malaya. Proksi syarikat pula  tidak  tahu menahu mengenai operasi syarikat. Mereka hanya diberikan elaun bulan atas nama syarikat itu.

Dalam kes Kilang Sawit Waris Selesa Sdn Bhd, DSM dilaporkan menipu pemilik kilang iaitu Datuk Miller Fibronus Munang apabila berhutang dengan pelbagai pihak.

 


Salleh Isa (Salleh Malaya) menjadi pemegang saham syarikat Waris Selesa Kilang Sawit Sdn Bhd

Sejak 2012 DSM telah berhutang dan tidak membayar buah sawit yang dihantar oleh pekebun-pekebun kecil dan ladang di Sabah. Banyak pusat pengumpulan buah tidak mendapat bayaran selepas dihantar ke Kilang Sawit Waris Selesa.

Antara Kawasan-kawasan terlibat adalah Sandakan, Beluran, Telupid, Sukau, Lahad datu, Tungku, Kunak, Kg Paris, Kalabakan dan Semporna. Alasan DSM tidak membayar hutang ialah syarikat digulung dan kini dibawah kendalian liquidator.

Berapa juta yang dirompak Dato' Salleh Malaya dalam penyelewengan cukai jualan? Menurut sumber hampir RM100 juta dicuri oleh Dato’ Salleh Malaya.

Beliau sering menggunakan nama-nama polis tertentu kononnya dia menaja haji atau mempunyai kabel polis. Maka tiada siapa berani mengusiknya hingga kini.

 

Pastinya syarikat Bumimas Sawit Sdn Bhd, Jeneri Palm Oil Sdn Bhd, Ditali Sdn Bhd dan lain turut menjadi mangsa.

Kini Kerajaan Sabah mahu mengutip semula cukai yang ditipu oleh syarikat-syarikat ini bertahun-tahun. Syarikat milik Dato' Salleh Malaya isytihar cukai palsu bagi mengelak cukai sebenar yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan Sabah.

LHDN dan SPRM wajar menjejaki ke  mana wang itu di Sembunyikan. Sebagaimana BELL GROUP Lahad Datu, Dato' Salleh Malaya juga wajib diburu. 

 

 

10 Comments