Kevin How tidak terlibat rasuah SDB bersama Datuk Peter Lim, Sunhylla Kaur
22:08 Aug 04, 2022  |  By SabahKini2
Kevin How tidak terlibat rasuah SDB bersama Datuk Peter Lim, Sunhylla Kaur

Selepas siasatan dan reman terhadap Sunhylla Kaur Kler dan Datuk Peter Lim bekas CEO SDB, bekas ahli lembaga pengarah SDB Kevin How telah beri keterangan dan beliau tidak ditahan. Beliau mengatakan bukan kuasa eksekutif memutuskan SDB.

Penahanan Sunhylla Kaur Kler bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) SDB Asset Management Sdn Bhd anak syarikat kepada Sabah Development Bank Berhad (SDB) bersama dua individu dan juga Datuk Peter Lim Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SDB telah membuka kisah rasuah sejak 10 tahun yang lalu.

Kes rasuah ini pernah menyebabkan Datuk Peter Lim ditahan SPRM tahun 2016 namun tidak menemui bukti ketika itu. SPRM juga telah menemukan rasuah  RM24 juta daripada pinjaman  RM294 juta yang diluluskan oleh SDB

Sunhylla Kaur Kler kini adalah Lembaga Pengarah Asia Digital Engineering Sdn Bhd anak syarikat Capital A (dulu AirAsia) yang juga pernah kontroversi mendapat pinjaman SDB RM300 juta di zaman Kerajaan Warisan.

 

Datuk Kevin How bukan pegawai eksekutif di SDB

Laporan sebelum ini menyatakan beberapa individu bekas pegawai SDB disiasat SPRM.  Turut dilaporkan ialah Datuk Kevin How bekas ahli lembaga pengarah SDB yang juga telah memberikan kerjasama kepada siasatan SPRM.

 

Bagaimanapun Kevin How dibebaskan tanpa perlu direman selepas memberikan keterangan bahawa beliau hanyalah Lembaga Pengarah dan bukan Ketua Pegawai Eksekutif yang mempunyai kuasa di SDB. Oleh itu Kevin How tidak terlibat dalam kes rasuah Sunhylla Kaur Kler dan Datuk Peter Lim.

[ARTIKEL BERKAITAN - Bekas CEO SDB, Pengarah anak Syarikat Capital A di reman SPRM rasuah RM24 juta pinjaman RM294 juta! ]

Bekas CEO SDB, Pengarah anak Syarikat Capital A di reman SPRM rasuah RM24 juta pinjaman RM294 juta!

Datuk Peter Lim dan Sunhylla Kaur Kler mengaut untung dalam kes rasuah ini.

 

Dapatan SPRM

Apa yang penting dalam kes ini SPRM telah membekukan sejumlah 22 akaun bank milik individu dan syarikat mempunyai kaitan dengan kes itu membabitkan jumlah kira-kira RM6.3 juta.

Pasukan siasatan juga berjaya mengesan wang kira-kira RM16.3 juta yang disimpan oleh Sunhylla Kaur Kler di negara jiran.

Kesemua wang berjumlah RM22.6 juta itu dibekukan untuk tindakan lanjut, dan operasi berkenaan masih giat dijalankan di sekitar Kuala Lumpur, Perak dan Sabah.

Semua usaha ini dilakukan oleh pasukan Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA) SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin.

 

 

1 Comment