KSU MOSTI tamat khidmat 20 Ogos, kini ‘Pau’ duit pegawai adakan Majlis Persaraan KSU!
22:08 Aug 08, 2022  |  By SabahKini2
KSU MOSTI tamat khidmat 20 Ogos, kini ‘Pau’ duit pegawai adakan Majlis Persaraan KSU!

Tamat perkhidmatan. Tiada lagi sambungan kontrak sebagai KSU. Daripada KPKT dibuang & terselamat di MOSTI. Kini bakal bersara. Sekarang KSU tengah sibuk mengutip wang sumbangan Majlis Persaraannya 20 & 24 Ogos ini daripada pegawai. MyStep pun kena 'pau'!

Isu dalam penjawat awam tidak pernah berakhir. Selepas KSU paling kanan dalam PTD iaitu Datuk Zurinah binti Pawanteh, KSU Kementerian Tenaga & Sumber Asli dipindahkan ke  Jawatan Penempatan Khas JPA (Pool) serta-merta kerana tidak sebulu dengan Menteri  Tenaga & Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan kini polemik isu herdik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Shafiq Abdullah pula tular di laman sosial.

Satu jawatankuasa diwujudkan oleh menyiasat antara KPPA dengan Pegawai Kanan Imigresen di KLIA.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Zuki pula telah disambung kontrak sebagai KSN jadi tidak timbul lagi spekulasi mengenai apa yang berlaku di KLIA kepada KPPA kerana desas-desus  lobi jawatan KSN itu.

KSU-KSU yang kontroversi sejak Zaman PH dipindahkan ke negeri -negeri seperti Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad bekas KSU KPDNHEP ke  SUK Perlis dan Dato' Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus ke SUK Pulau Pinang. Hanya Datuk Isham Ishak KSU yang pernah disiasat SPRM kini masih bertugas sebagai  KSU Kementerian Pengangkutan.

KSU MOSTI tamat khidmat!

Seorang lagi KSU yang bakal menamatkan khidmat pada bulan ini ialah Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Dilantik sebagai KSU KPKT pada mac 2020 menjadikan Datuk Zainal tidak begitu disenangi oleh Datuk Zuraida Kamaruddin Menteri kerana sering engkar arahannya dan tidak membantu gerak kerja Menteri di KPKT.

Pelantikan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan baharu bermula 1 September 2021 memendekkan lagi khidmat Datuk Zainal Abidin di KPKT.


Zainal Abidin di KPKT dari Mac 2020 sehingga Oktober 2021..sebulan selepas
Reezal masuk beliau ditendang keluar dari KPKT

Reezal Merican Naina Merican memohon kepada Tan Sri KSN, KSU baharu kerana melihat cara kerja Datuk Zainal Abidin lebih pro PH dan tidak membantu Menteri.Beliau tidak mempercayai Datuk Zainal.

Akhirnya Datuk Zainal Abidin dilemparkan pula ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sebagai KSU pada awal oktober 2021. Zainal terselamat di MOSTI. Sekali lagi dilaporkan beliau membawa perangai yang sama di MOSTI. Lupa diri, bekerja secara acuh tak acuh dan merasakan KSU lebih besar di MOSTI berbanding Menteri.

Kini beliau menghabiskan sisa-sisa baki terakhir di MOSTI dan amat pasti tidak akan disambung lagi sebagai KSU.

Ditolak dari KPKT selamat di MOSTI

Menteri MOSTI Datuk Seri Dr Adham Baba sewajarnya tidak menyambung khidmat KSU ini kerana dilaporkan beliau sedang berhempas pulas melobi pelbagai pihak menyambung khidmatnya.

Pegawai keluar duit demi Majlis Persaraan KSU- Datuk Zainal Abidin Abu Hassan

Terbaru sempena Majlis Persaraannya bulan ini KSU mengarahkan pegawai dan kakitangan MOSTI menanggung  kos Majlis Persaraannya.  Dua majlis bakal diadakan iaitu 20 Ogos bersama Staf kementerian manakala 24 Ogos dengan pegawai-pengurusan atasan. 

Dilaporkan Pegawai atasan MOSTI diminta membayar RM150.00, pegawai lain RM70.00 dan staf sambilan MyStep pun diminta bayar RM30.00. KSU ni kata tiada peruntukan jadi staf MOSTI terhutang budi kepadanya perlu bayarlah sebagai sumbangan. Selamatlah duit kerajaan.

Lokasi hotel majlis persaraan KSU belum ditentukan tetapi khabarnya bagi pengurusan atasan akan diadakan di hotel mewah di Putrajaya.

Apapun netizen mengucapkan selamat bersara buat Datuk Zainal Abidin Abu Hassan. Penggantinya diharap bukan dari rakan sebulu Zainal atau PH. 

 

1 Comment