Pernyataan Awam: KPPA beri amaran kepada Ketua Jabatan gagal kawal pegawai bawahan
11:08 Aug 10, 2022  |  By SabahKini2
Pernyataan Awam:  KPPA beri amaran kepada Ketua Jabatan gagal kawal pegawai bawahan

Ketua Jabatan yang didapati gagal menjalankan pengawasan ke atas pegawai bawahannya, hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya & tidak bertanggungjawab, & dia boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah peraturan 3C(2)

Selepas Kabinet mengarahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat isu membabitkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah yang didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai Jabatan Imigresen kini Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dilantik mempengerusikan Jawatankuasa siasatan itu.

Tiga lagi anggota jawatankuasa itu ialah Ketua Polis Negara,  Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani; Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam  Baki. 

Peguam Negara juga dilaporkan bertemu Pegawai Imigresen James Lee hari ini bagi mendapatkan gambaran insiden itu.

Walauapapun yang berlaku insiden ini wajar disiasat termasuk CCTV di KLIA yang boleh membuktikan insiden kekasaran atau tengking oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Bukan hanya serangan sepihak.

Umum mengetahui insiden seumpama itu melibatkan pegawai imigresen bukan baru kerana sebelum ini pernah berlaku. Sabahkini2 pernah menyiarkan aduan dan insiden yang kecoh tahun 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Terbukti Ketua Pengarah Jabatan Imigresen dan CUEPACS ‘Double Standard’ kerana tiada tindakan kes itu sehingga sekarang malahan Pegarah Imigresen ‘pengherdik’ dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah di sebuah agensi.

[ARTIKEL BERKAITAN- Isu KPPA : Jabatan Imigresen, KPISM, CUEPACS jangan 'Double Standard' Kes Pengarah Imigresen hina pegawai ditutup! ]

Terbaru Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah KPPA menghantar surat pekeliling baharu kepada semua ketua jabatan bertarikh 8 ogos 2022 mengingatkan penjawat awam mengenai PERINGATAN BERKAITAN ARAHAN LARANGAN MEMBUAT PERNYATAAN AWAM OLEH PEGAWAI AWAM

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.7.2.10 berhubung Peraturan Berkaitan Pernyataan Awam Oleh Pegawai Awam. Pekeliling ini adalah selaras dengan Peraturan- peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993j sedia ada yang masih berkuatkuasa. Manakala surat edaran ini dikeluarkan bertujuan untuk menegaskan dan meningkatkan kefahaman serta menghapuskan kekeliruan dalam kalangan pegawai awam dan pihak-pihak Iain yang berkepentingan”

Katanya seseorang pegawai awam yang ditegur sama ada oleh orang awam atau penyelia atau rakan sejawat atau pegawai atasan yang berpunca dari penyampaian perkhidmatan yang kurang memuaskan tidak sepatutnya bertindakbalas dengan melakukan provokasi kepada pihak yang membuat teguran. Provokasi yang melampau bagi meraih perhatian umum atau dijadikan bahan viral boleh disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan budaya kerja pegawai awam serta bertentangan dengan peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa.

Ketua Pengarah juga menegur sikap Ketua Jabatan yang gagal mengawal pegawai bawahannya. Dan mereka perlu bertanggungjawab mengenainya.

“ Peraturan 3C (1) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] juga meletakkan tanggungjawab ke atas seorang Ketua Jabatan untuk menjalankan kawalan dan pengawasan pegawai di bawah seliaannya serta mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera yang mungkin bagi apa- apa pelanggaran peruntukan di bawah Peraturan tersebut.

Mana-mana Ketua Jabatan yang didapati gagal menjalankan pengawasan ke atas pegawai bawahannya, hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti yang diperuntukkan di bawah peraturan 3C(2).”

Dalam kes Pegawai Imigresen ini didapati Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Dato' Sri Khairul Dzaimee Daud, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia antara dalang menyebarkan maklumat teguran KPPA itu sehingga digunakan oleh  Khairil Niza Presiden Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) menyerang habis-habisan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam tanpa memberi peluang KPPA memberi penjelasan berhubung isu tular itu.

 

Kerosakan telah berlaku ia memberi implikasi kepada nama baik perkhidmatan awam dan Kerajaan. Menyebarkan berita palsu, membuat tohmahan atau fitnah melibatkan pegawai awam yang Iain sehingga membelakangkan tugas awam demi mencapai kepentingan atau agenda peribad jelas bertentangan dengan  Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993].

 

 

 

 

2 Comments