Deraf penghakiman Najib bocor polis panggil pegawai mahkamah
15:08 Aug 25, 2022  |  By SabahKini2
Deraf penghakiman Najib bocor polis panggil pegawai mahkamah

Ketua Polis Putrajaya A Asmadi Abdul Aziz, berkata pihaknya setakat ini merakam percakapan pengadu iaitu pihak Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah serta pegawai komunikasi korporat

Polis akan memanggil beberapa individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung deraf penghakiman Mahkamah Persekutuan terhadap Najib Razak, yang bocor, semalam.

Ketua Polis Putrajaya A Asmadi Abdul Aziz, berkata pihaknya setakat ini merakam percakapan pengadu iaitu pihak Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah serta pegawai komunikasi korporat.

Katanya, setakat ini, pihaknya menerima dua laporan yang dibuat di daerah berkenaan.

“Keterangan beberapa lagi orang akan diambil bagi membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Seksyen 203 Kanun Keseksaan,” katanya

Terdahulu, A Asmadi dilaporkan berkata, pihaknya telah membuka siasatan berhubung kebocoran deraf penghakiman dalam tiga rayuan Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan itu yang dimuat naik oleh portal Raja Petra Malaysia Today

[ ARTIKEL BERKAITAN - “Najib's Razak SRC Appeal: The Judgement” ]

Laporan polis dibuat oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah berkaitan deraf yang dimuat naik Raja Petra. Pejabatnya juga mengesahkan kebocoran dokumen itu.

Pejabat Ketua Pendaftar sahkan Deraf penghakiman kes Najib bocor lebih awal!

Sangat mengejutkan dua jam sebelum penghakiman Deraf telah keluar dan didapati Ketua Hakim Negara juga membacakan deraf yang hampir sama yang menyebabkan timbul keraguan mengenai sistem kehakiman di negara kita.

Kebocoran deraf itu lebih awal memberi mesej sangat buruk seolah-olah keputusan penghakiman Najib itu telah dibuat lebih awal.

3 Comments