DPP SPRM Haresh Prakash Somiah kaki 'kawtim' atau dalang bocor kes rasuah di Sabah?
15:09 Sep 03, 2022  |  By SabahKini2
DPP SPRM Haresh Prakash Somiah  kaki 'kawtim' atau dalang bocor kes rasuah di Sabah?

Sekejab SPRM tuduh sekejab tarik kes. Apa sebenarnya DPP SPRM rancang? Atau sekadar wayang. Bagi kes pemimpin UMNO/BN mereka perang habis-habisan. DPP SPRM Haresh Prakash Somiah jelas jenis pembocor rahsia. Bapa & rakan PH pun diberi maklumat

Apa sebenarnya strategi Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)? Apakah arahan Azam Baki KP SPRM atau Peguam Negara?

Kes RISDA yang disiasat sejak tahun 2017, ditangkap reman, didakwa, akhirnya membebaskan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony daripada lima pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM8.75 juta.

Apa sudah jadi kepada SPRM? SPRM melacurkan siasatan mereka selama ini yang jelas Syarikat milik Peter Anthony Asli Jati Engineering Sdn Bhd menerima wang daripada syarikat milik Peter sendiri Budiman Juta Sdn Bhd.

[BACA LAGI - Mengapa DPP Haresh Prakash SPRM, AG ‘kawtim’ bebaskan Peter Anthony kes RISDA wang haram RM8.75 juta? ]

Mengapa DPP Haresh Prakash SPRM, AG ‘kawtim’ bebaskan Peter Anthony kes RISDA wang haram RM8.75 juta?

Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah memberitahu mahkamah, pihaknya menerima representasi Peter. Hanya representasi Peter dah bebas!

Begitu mudah jika bukan pemimpin UMNO/BN. Kemungkinan besar selepas ini kes Datuk Seri Bung Moktar pun tak mungkin akan dapat keadilan dalam perbicaraannya. Jawapan dah ada tidak perlu tunggu penghakiman.

SPRM Fail Rayuan batal Peter Anthony

Terbaru 18 Ogos lalu bagi menutup rasa malu SPRM itu Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen sebelum ini  yang membenarkan permohonan bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah, Peter Anthony bagi menggantung hukuman dan sabitan atas kesalahan menggunakan dokumen palsu.

Peter Anthony ADUN Melalap menfailkan permohonan untuk menggantung hukuman dan sabitan salah terhadapnya bagi membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan pada 1 Ogos lepas, hakim Azura Alwi membenarkan permohonannya selepas berpuas hati dengan alasan yang dinyatakan oleh pihak pembelaan.

Pada 26 Mei lepas, Azura menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 atau penjara 15 bulan terhadap Peter selepas didapati bersalah memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan sistem Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2014.

Pengurusan kes ini ditetapkan pada 4 Oktober ini.

Menjadi persoalan mengapa Haresh Prakash Somiah Timbalan Pendakwa Raya SPRM memilih cara ini? Semua tahu tertuduh mempunyai hak membuat rayuan dan biasanya rayuan tertuduh diterima. Jadi semua ini wayang Haresh Prakash Somiah 

 

Siapa Haresh Prakash Somiah?


Hari ini banyak kes-kes rasuah di Sabah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Haresh Prakash Somiah.

Beliau merupakan anak blogger di Sabah bernama Selvaraja Somiah pemilik blog selvarajasomiah. Juga pemilik Facebook Selvaraja Somiah. Bapanya sangat bangga dengan pencapaian anaknya Haresh Prakash Somiah.

Ada hubungan dengan DAP..

Lantaran itu banyak posting bapanya mengenai kes-kes rasuah di Sabah seperti Peter Anthony, Micheal P Ubu, Najib, Rosmah Mansur dan lain-lain lagi.

Kes bekas anak Syarikat Sabah Development Bank Berhad (SDB Asset Management) pada 20 Julai 2022 antara blogger mendedahkan awal ialah Selvaraja Somiah bapa kepada Timbalan Pendakwa Raya SPRM Haresh Prakash Somiah.

Pengakuan bapa mengenai anaknya di SPRM. 

Dari mana sumber awal itu? Jika bukan anaknya sebagai Timbalan Pendakwa Raya SPRM? 

Portal Sabahkini2 mendedahkan nama penuh Sunhylla Kaur Kler bekas CEO SDB Asset Management Sdn Bhd anak syarikat Sabah Development Berhad (SDB) pun pada 23 Julai 2022!.

[ARTIKEL BERKAITAN- Bekas CEO SDB, Pengarah anak Syarikat Capital A di reman SPRM rasuah RM24 juta pinjaman RM294 juta! ]

Bekas CEO SDB, Pengarah anak Syarikat Capital A di reman SPRM rasuah RM24 juta pinjaman RM294 juta!

Sebenarnya banyak rahsia pendakwaan atau mungkin maklumat SPRM didedahkan oleh Haresh Prakash Somiah kepada bapanya. 

Maka tidak hairan jika kes-kes rasuah di Sabah berprofil besar bocor dengan mudah kerana pegawai pendakwanya mudah memberi maklumat kepada pihak luar.

 

 

 


Bapa bersama Zaharin Yassin. Zahari baru-baru ini mendedahkan skandal
pegawai kanan SPRM.. 

 

 

 

 

 

23 Comments