Teruknya! KP MARA lantik pegawai ‘Skandal MARA Corp’ Pemangku Pengarah Perundangan MARA
15:10 Oct 08, 2022  |  By SabahKini2
Teruknya! KP MARA lantik pegawai ‘Skandal MARA Corp’ Pemangku Pengarah Perundangan MARA

Apa sudah jadi? Group General Council Iskandar yang terlibat skandal salah guna kuasa MARA Corp bersama CEO, Pengarah Kewangan yang didakwa di mahkamah kini dilantik Pengarah Bahagian Perundangan MARA. Untuk apa? Selamatkan pegawai didakwa?


Kredit: Berita Bernama

Selepas hampir 4 bulan kes dakwaan salah guna kuasa dan salah urus membabitkan lima pegawai kanan Mara yang dibayar hampir RM1 juta tertangguh akhirnya hanya dua pegawai yang didakwa.

‘Kawtim’ dan ambil ramai-ramai wang bayar elaun untuk diri sendiri tetapi yang didakwa pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Noor Irwan Marmin, 44 dan Rizal Abdul Ghani Pengarah Kewangan Korporat Kumpulan MARACorp.

[ARTIKEL BERKAITAN- CEO, Pengarah Kewangan MARA Corp didakwa lulus elaun sendiri RM87,09.75 ]

Iskandar Zainudin Group General Council penasihat undang-undang MARA Corp yang menyediakan Proposal for Extension of MARA's Secondment Officers of MARA Corporation Sdn Bhd untuk 5 pegawai termasuk dirinya tidak didakwa.

CEO, Pengarah Kewangan MARA Corp didakwa lulus elaun sendiri RM87,09.75

Sama ada Iskandar Zainudin ‘kawtim’ dengan pegawai pendakwaan Pejabat Peguam Negara tidak mengapa tapi keputusan Menteri dan KSU Kementerian Pembangunan Luar Bandar ialah menggantung semua pegawai yang terlibat.

Namun apa sudah jadi kepada Datuk Azhar Manaf Ketua Pengarah MARA bukan saja tidak menggantung pegawai terlibat sebagaimana arahan Menteri KPLB tetapi memberi pula Iskandar Zainudin Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan sebagai pemangku jawatan Pengarah Bahagian Perundangan MARA bermula 6 oktober 2022 menggantikan Puan Siti Hajar Abd Khalid yang akan bersara 22 Januari 2023.

Surat yang tular membuktikan ada sesuatu yang tidak betul mengenai Datuk Azhar Manaf.

Untuk apa? Sebagai percubaan kenaikan pangkat atau bakal melindungi rakan-rakan  pegawai MARA Corp yang sedang didakwa di mahkamah sekarang? Iskandar Zainudin  sebelum ini memaklumkan dia akan menyelamatkan kawannya yang didakwa dan sangat yakin dua pegawai itu tidak bersalah. Ini sangat tidak betul seorang pegawai yang mengambil elaun ‘curi’ sebagaimana CEO dan Pengarah Kewangan tetapi menjadi Pengarah Perundangan.

Apa mesej yang Datuk Azhar Manaf KP MARA mahu tunjukkan?

Julai lalu Noor Irwan Marmin pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (memangku) MARA Corporation Sdn. Bhd. didakwa telah meluluskan Internal Memo, Payroll And Contract Engagement Payment berjumlah RM46,218.75 untuk dirinya.

Manakala Rizal Rizal Abdul Ghani Pengarah Kewangan Korporat Kumpulan MARA Corp didakwa turut meluluskan memo yang sama bagi bulan September, Oktober, November, Disember 2021 dan Januari 2022 berjumlah RM40,875 sebagai bayaran elaun memangku untuk dirinya.

Semuanya dilakukan  tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah MARA Corporation Sdn. Bhd oleh sekumpulan pegawai MARA Gred 41 hingga 52.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan! RM29 ribu elaun 7 pegawai tapi 5 Pegawai curi duit MARA Corp tanpa kelulusan Lembaga Pengarah!]

Bagaimanapun senarai yang didedahkan sebelum ini lebih mengejutkan berbanding daripada apa yang didakwa di mahkamah kepada dua pegawai MARA Corp. Sebenarnya MARA Corp perlu menanggung hampir RM1 juta setahun menggaji Pegawai MARA sejak Julai 2020 hingga Januari 2022. RM967,355.76 dibelanjakan untuk Pegawai MARA Corp ini!.

1. Noor Irwan Marmin (Gred E52) dibayar RM 269,723.80
2. Rizal Abd Gani (Gred 44) dibayar RM207,069.00
3. Iskandar Zainudin (Gred 44) dibayar RM 152,738.48
4. Mohd Faizal Mat Top (Gred 44) dibayar RM168,022.32
5. Mohd Firdaus Zubir (Gred 44) dibayar RM169,802.16

 

 

Iskandar Zainudin sepatutnya didakwa di mahkamah namun mungkin secara teknikal hanya CEO dan Pengarah Kewangan MARA Corp yang menandatangi dokumen kelulusan elaun, 3 pegawai lagi hanya menerima wang itu. Sepatutnya mereka dituduh kerana bersubahat  kerana tanpa pakatan mereka tak mungkin pembayaran secara salah itu dibuat bersama. Jika Iskandar sepatutnya didakwa mengapa Datuk Azhar KP MARA melantiknya sebagai pemangku Pengarah Bahagian Perundangan? Kes CEO dan Pengarah Kewangan MARA Corp masih berjalan dan ia tidak sepatutnya berlaku. 

 

2 Comments