PHEDNP nafi kad palsu, Warisan dalang kad Digital Warga Asing?
11:10 Oct 10, 2022  |  By SabahKini2
PHEDNP nafi kad palsu, Warisan dalang kad Digital Warga Asing?

PHEDNP dah nafi kad palsu Kad Digital Warga Asing yang disebarkan dalam laman sosial. Namun kad palsu sedemikian bukan baru sejak di zaman Kerajaan Warisan penyokongnya gemar berbuat demikian malah bekas Timbalan Menteri KDN beri sokongan kepada syarikat.

Nampaknya isu kad palsu datang lagi. Sejak pengumuman kerajaan akan mewujudkan data pendigitalan warga asing bermacam-macam kad palsu diwujudkan oleh pelbagai pihak untuk menjana keuntungan.

Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDNP) ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengeluarkan apa‐apa kad identiti terhadap golongan warga asing di Negeri Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan atau di mana-mana sahaja sama ada di dalam atau di luar negara.

Setakat ini dua kenyataan media dikeluarkan oleh Setiausaha PHEDNP penafian itu dibuat berikutan dengan isu Kad Digital Warga Asing ‐Pemastautin Bukan Warganegara Jabatan Ketua Menteri dan Kementerian Dalam Negeri yang tular melalui laman media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mutakhir ini.

Nampak sangat kad palsu

PHEDNP memohon kerjasama semua pihak untuk tidak mempercayai dan menghentikan penyebaran perkara ini sekiranya ada menerimanya dan melaporkan kepada Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan melalui WhatsApp (+6088-369403) atau Emel ([email protected]) jika berlaku perkara ini.

Kad Warga Asing PTI perkara biasa Kerajaan Warisan

Mungkin para penyokong masih terbawa-bawa dengan perangai lama dan cara design lama kad-kad Warisan sehingga terdesak untuk menggunakan kad-kad palsu itu menyerang Kerajaan GRS-BN.

Di zaman Kerajaan Warisan kad-kad seumpama ini perkara biasa dijadikan oleh penyokongnya untuk meraih keuntungan. Daftar dan boleh jual. Malah ada syarikat tajaan bawah Azis Jamman bekas Timbalan Menteri KDN mendapat sokongan untuk membuat kad-kad warga asing ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan! Syarikat MMC tipu PSS pernah dapat surat sokongan Timbalan Menteri ]

Mengejutkan! Syarikat MMC tipu PSS pernah dapat surat sokongan Timbalan Menteri

Bukan itu saja ditemui 127 Helai surat permohonan sokongan kelulusan mendaftar permit dan Kad Pengenalan MYPR Kepada Datuk Mohd Aziz Jamman (Tim.Menteri Dalam Negeri) ditemui di premis Areney Enterprise Kg Air Kota Kinabalu didalangi oleh Pegawainya PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN SEPANGGAR, ALAM MESRA.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sindiket Dokumen 'Projek IC' guna nama Timbalan Menteri KDN terbongkar!]

 

 

Sabahkini2 banyak melaporkan insiden kad-kad seumpama ini di zaman kerajaan Warisan. Oleh itu kepakaran kad-kad palsu bukan menghairankan jika digerakkan oleh para pendokong Warisan yang kemaruk isu untuk memerangkap Kerajaan GRS- BN. Borang dan kad mereka tidak banyak berbeza ketika Warisan berkuasa.

 

Selepas ini kalau muncul design kad-kad yang buruk ni tiada lain mesti pendokong Warisan yang kemaruk sekarang. Hanya Geng Warisan buat kad-kad begini. Kalau tahu siapa yang viralkan buat laporan polis atau Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDNP) nombor seperti di atas. 

  

 

 ARTIKEL BERKAITAN- 

7 Bukti Kerajaan Warisan utamakan PTI mengapa Darell Leiking nafi dan tidak ambil tindakan?

Azis Jamman lupa Warisan pemberi 'Projek IC' kepada PTI di Sabah

 

 

3 Comments