‘Katak’ Sabah pertama selepas RUU Akta Anti Lompat, ADUN Bandau lompat Warisan tanding Parlimen Kota Marudu
22:10 Oct 15, 2022  |  By SabahKini2
‘Katak’ Sabah pertama selepas RUU Akta Anti Lompat, ADUN Bandau lompat Warisan tanding Parlimen Kota Marudu

Semuanya pakatan Wetrom Bahanda dengan Shafie Apdal di belakang tabir. Sudah dijangka. Akhirnya Presiden Warisan tunjukkan hipokrasinya lompat parti. Orang lain lompat dia marah, pemimpin lain lompat ke partinya 'Syukur'. Itulah Warisan. Pelopor katak!

 
Pengumuman Wetrom Bahanda.

Hipokrasi Warisan terserlah hari ini selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau, Wetrom Bahanda yang jua Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri dilaporkan keluar daripada Bersatu dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menyertai Warisan.

Nampaknya katak pertama Sabah sudah di depan mata selepas RUU Anti Lompat diluluskan. Warisanlah partinya.

Menurut sumber semuanya dirancang oleh Warisan agar Wetrom Bahanda mengumumkan lebih awal sebelum Presiden Warisan Shafie Apdal akan mengumumkan secara rasmi perkara itu.

Penyelaras KDM Warisan Unity Matunggong, Jominit Kobuhi, berkata Wetrom mengumumkan perkara itu dalam satu majlis bersama penyokongnya di Matunggong, pagi tadi.

“Ya memang betul, dia umum di hadapan penyokongnya di sebuah dewan kebudayaan di Matunggong.

“Apapun kita tunggu pengumuman atau kenyataan rasmi daripada pucuk pimpinan Warisan,

Semuanya hanya satu sebab Wetrom mahu bertanding sebagai calon Parlimen Kota Marudu atas tiket Warisan untuk menentang GRS atau Presiden PBS Datuk Seri Maximus Ongkili.

Terdahulu, tular di media sosial mengatakan Wetrom keluar daripada GRS untuk menyertai Warisan. Turut menyaksikan Wetrom bersama penyokongnya menunjukkan simbol jari “W” yang sinonim dengan Warisan.

 

Hipokrit Shafie, Warisan RUU Anti Lompat

Warisan pelopor parti katak

Semua sudah dijangka jika Warisan. Belum pun pembuangan undi PRU-15 maka kata melompat lebih awal. Sebelum ini bukan main Shafie Apdal temberang melaungkan RUU Anti Lompat di Dewan Rakyat dipercepatkan, mendesak lagi Kerajaan Negeri Sabah agar diluluskan di DUN Sabah dan bermacam-macam lagi cabaran berbaur ugutan.

Paling teruk julai lalu Shafie berkata partinya jadi mangsa wakil rakyat lompat parti wal hal dia yang memulakan semua itu sejak Mei 2018. Kononnya lompat parti berkumpulan bukan lompat parti. Malah ketika berkuasa berapa ramai pemimpin BN diugut lompat parti. Semua ini fakta-fakta yang tidak boleh dinafikan.

[ARTIKEL BERKAITAN- RUU Lompat Parti: Shafie kata 2018, 6 adun bukan lompat parti sebab dibuat secara berkumpulan! ]

Hipokritnya Presiden Warisan

Rupanya PRU-15 ini Warisan merancang lebih awal agar Adun, MP atau pemimpin parti lain keluar parti lebih untuk menjadi calon Warisan. Inilah yang berlaku kepada Wetrom Warisan memancingnya lebih awal.

Kerana itu Presiden Warisan Shafie Apdal ketika ditemui media dalam satu program parti di Papar berpura-pura tidak mengaku atau mengesahkan tindakan Wetrom itu. Semuanya telah disusun lebih awal agar tidak ketara lompatan katak itu daripada Presiden Warisan.

Tidak malukah Warisan? Berkokok menentang pemimpin lompat parti tetapi dalam masa sama merancang mencuri pemimpin GRS untuk calon Warisan. Kita akan lihat apa pengakuan Shafie Apdal. 

Warisan mendakwa hanya 5 negeri mereka bertanding. Jika Sabah 25 kerusi pun atau 1 di Labuan menang pun bukan Shafie dan Warisan boleh memerintah pun kerana perlukan 140 kerusi berbanding 222 kerusi.

Apa maksudnya? Shafie akan terus bekerjasama dengan parti Malaya atau tuannya dari Pejuang GTA Dr Mahathir Mohamad juga. Semua mudah diramal. Namun siapa hairan dengan Wetrom Bahanda. Dia YB cari makan. Dari UMNO ke Bersatu kini ke Warisan. Dia memang katak sejati.

 

35 Comments