Proksi ditangkap! Mengapa Ketua Kartel Tender JPNS Datuk Sangkar Rasam Pengerusi MPN Sabah tidak direman SPRM?
15:10 Oct 16, 2022  |  By SabahKini2
Proksi ditangkap! Mengapa Ketua Kartel Tender JPNS Datuk Sangkar Rasam Pengerusi MPN Sabah  tidak direman SPRM?

SPRM menangkap dan mendakwa kontraktor terlibat dalam kartel tender JPNS. Lebih RM50 juta ketirisan. Namun Dalang Ketua Kartel Tender Datuk Sangkar Rasam yang kini Pengerusi MPN Sabah bebas dari ditahan & reman.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah setiap tahun berjaya menangkap kartel tender Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS). Tahun 2019 saja media melaporkan seramai 25 individu merangkumi pemilik dan pengurus syarikat ditahan di Sabah bagi siasatan berkaitan pemalsuan dokumen dan mengemukakan penyata bank palsu bagi mendapatkan tender Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dari tahun 2016 hingga 2018.

Pada Mac 2022 media melapor Seramai 19 kontraktor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai mengemukakan penyata bank palsu kepada Jabatan Pendidikan Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN-  5 Mac 2022: SPRM tahan 19 kontraktor tapi pegawai dalang kartel tender Lembaga Perolehan Sabah masih bebas? ]

[ARTIKEL BERKAITAN- 16 Jan 2019 : SPRM tahan 25 individu tipu tender Jabatan Pendidikan Sabah

 

SPRM tahan 25 individu tipu tender Jabatan Pendidikan Sabah

 

Suspek yang ditangkap pula berusia antara 24 hingga 53 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu, Sabah terdiri daripada lelaki dan Wanita yang nama mereka digunakan dalam syarikat.

Penyata bank palsu yang ditipu pula bernilai lebih RM49 juta sebagai dorongan untuk memasuki tender beberapa sekolah di seluruh Sabah.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy  mengesahkan semua mereka disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan. Beliau berkata, semua suspek terdiri daripada 10 lelaki dan wanita.

SPRM Sabah memaklumkan sebelum ini menahan seramai 39 kontraktor dipercayai mempunyai modus operandi sama, membabitkan nilai kontrak berjumlah lebih RM80 juta, pada 2020, manakala melakukan sebanyak 132 pertuduhan di Mahkamah Khas Rasuah di Sabah, tahun 2021.

 

Mengapa dalang kartel tender kekal bebas?

Persoalan besar mengapa dalang sebenar tender membekal makanan ini bebas bersama dengan pegawai JPN yang terlibat dalam  Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah atau teknikal JPNS?

Sumber mengatakan ketua kartel tender Jabatan Pendidikan Negeri Sabah ialah Datuk Sangkar Rasam bekas Penolong Kanan Kokurikulum SMK Nabawan II yang memonopoli tender membekal makanan bermasak di lebih 60 sekolah di Sabah. Kabelnya dalam JPNS dan agensi kerajaan menjadikan dia ketua kartel menyusun tender di Sabah.

Datuk Sangkar Rasam  kini merupakan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Keningau dan Pengerusi MPN Sabah yang kaya raya hasil projek membekal makanan sekolah.


Datuk Sangkar Rasam kini orang kepercayaan Anwar Ibrahim
yang dilantik Pengerusi MPN Sabah. Dengan wangnya beliau berjaya singkirkan Christina Liew

Semua kontraktor yang ditangkap SPRM seperti dilaporkan di atas merupakan budaknya dan kroni yang dibayar secara bulanan menggunakan nama mereka. Semua tender Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) itu menggunakan dokumen palsu dan mengemukakan penyata bank palsu. 


Datuk Sangkar Rasam sepatutnya direman tapi bebas

Sangkar Rasam turut dipanggil SPRM Sabah kerana terlibat dengan kartel tender namun kerana terdapat pegawai SPRM di Bahagian siasatan SPRM maka Sangkar Rasam diselamatkan dengan membayar sejumlah wang lebih RM200 ribu kepada pegawai siasatan SPRM.

Inilah yang berlaku. Sepatutnya Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy dan Azam Baki KP SPRM mengambil tindakan tegas mengapa Datuk Sangkar Rasam bebas tetapi anak-anak buahnya ditangkap SPRM malah didakwa di Mahkamah Khas Rasuah.

SPRM Sabah juga sepatutnya menangkap pegawai dalaman di JPNS yang dibayar rasuah oleh  Datuk Sangkar Rasam bagi memenangkan tendernya.

SPRM Sabah tidak mungkin dapat menangani penipuan kartel tender JPNS ini jika pegawai yang menguruskan teknikal tender bersubahat dengan kartel kontraktor  dikuasai Sangkar Rasam tidak ditangkap.

Masalah ini akan terus berulang setiap tahun kerana kartel tender yang memegang lesen seperti Datuk Sangkar Rasam telah menyusun semua tender membekal makanan kantin, bermasak di Pejabat Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Lihatlah sekarang Datuk Sangkar Rasam bebas berleluasa di luar sebagai Pengerusi MPN Sabah menggunakan wangnya untuk membayar rasuah kepada pegawai malah pegawai siasatan SPRM untuk membebaskannya.

Tan Sri Azam Baki KP SPRM dan Datuk S Karunanithy  Pengarah SPRM Sabah perlu beri penjelasan perkara ini kepada rakyat bagaimana Datuk Sangkar Rasam orang yang ditahan SPRM sebagai dalang kartel tender dibebaskan SPRM. Pengawai SPRM bersekongkol juga wajib disiasat.

Rakyat Sabah perlu tahu siapa dalang kartel tender yang menguasai projek membekal makanan di seluruh Sabah.

Di harap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga menyiasat akaun serta pendapatan Datuk Sangkar Rasam yang dikatakan mempunyai wang haram jutaan ringgit untuk kempen PRU-15nya. 

 

8 Comments