GRS tidak goyah, Adun Bandau keluar parti 'Jilat' Shafie pelopor parti 'katak'
10:10 Oct 17, 2022  |  By SabahKini2
GRS tidak goyah, Adun Bandau keluar parti 'Jilat' Shafie pelopor parti 'katak'

Tindakan Datuk Wetrom Bahanda sudah dijangka. Sudah ada jawatan masih kemaruk kerusi parlimen. Begitu juga Shafie dan Warisan yang hipoktrit semua tahu pelopor parti 'katak' Mei 2018 itu. Kini parti katak Warisan tunjuk wajah semula.

Susulan keluarnya Adun Bandau dari Bersatu dan GRS demi mengejar tawaran jawatan pelopor parti ‘katak’ Warisan bertanding di Parlimen Kota Marudu, Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dilaporkan tidak goyah dengan tindakan itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau yakin GRS tidak tergugat dengan ADUN Bandau Datuk Wetrom Bahanda yang didakwa keluar dari Bersatu dan GRS, menyertai parti Warisan.

“GRS tidak goyah dengan tindakan ADUN Bandau itu, saya melihat GRS ini satu gabungan yang agak kuat dan diterima oleh rakyat, oleh itu saya yakin kekuatan itu masih utuh di Kota Marudu ini.

“Bagaimanapun, pihak kita belum lagi menerima perletakan beliau daripada Bersatu, saya sebagai ketua pimpinan Bersatu Negeri belum menerima sebarang surat lagi tetapi kita telah melihat daripada media sosial nampak macam begitu lah.

“Justeru, apa pun, saya yakin bahawa satu bahagian Kota Marudu ini akan tetap wujud dan tetap berjuang bersama-sama parti-parti komponen GRS di Kota Marudu ini. Seperti yang saya nyatakan bahawa penyokong ahli-ahli Bersatu di Kota Marudu ini akan tetap menyokong calon GRS yang akan diletakkan di sini,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Jelajah GRS Parlimen Kota Marudu

Tindakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Wetrom Bahanda itu sudah dijangka kerana selama ini beliau memang ‘katak’ tegar sentiasa bertukar parti demi kepentingannya.

Sumber juga telah mendedahkan tentang rundingan, dan perjumpaan Datuk Wetrom Bahanda sebelum ini yang nekad mahukan kerusi Parlimen Kota Marudu jika kerusi GRS-BN dah disahkan kepada PBS beliau mahu menentang Maximus Ongkili.

Hanya Parti Warisan yang boleh memberi tempat untuknya oleh itu sekalipun RUU Akta Anti Lompat diluluskan di Parlimen maka beliau boleh melompat lebih awal di DUN menyertai Warisan.

Warisan Parti Hipoktrit

Shafie dan Warisan sebelum ini sangat nekad dengan mencabar RUU Akta Lompat Parti segera diluluskan dan dibentang di Dun Sabah. Beliau juhga menyalahkan parti lain kerana Adun dan Ahli Parlimennya melompat ke parti lain. Katanya beliau mangsa dan perlu segera diputuskan RUU Akta Anti Lompat.

Namun belum pun PRU-15 beliau memancing Datuk Wetrom Bahanda kerana percaya Warisan tidak punya calon sesuai di Kota Marudu maka perlukan Datuk Wetrom Bahanda.

Rakyat kini nampak siapa parti hipokrit dan lebih jujur. Warisan lah pelopor pemimpin 'katak' sejak mereka merampas kuasa pada 18 Mei 2018. Merekalah kerajaan pintu belakang dengan membeli semua Adun BN. Rakyat tidak pernah lupa.Warisan tidak pernah menjadi mangsa dia hanya mendapat karma dari perbuatannya.

[ARTIKEL BERKAITAN- ‘Katak’ Sabah pertama selepas RUU Akta Anti Lompat, ADUN Bandau lompat Warisan tanding Parlimen Kota Marudu


Warisan pelopor 'katak'

 

389 Comments