Kemaruk beli Adun Bandau, 2 ADUN GRS nafi keluar parti, DAP gelar Warisan hipokrit!
20:10 Oct 17, 2022  |  By SabahKini2
Kemaruk beli Adun Bandau,  2 ADUN GRS nafi keluar parti, DAP gelar Warisan hipokrit!

Selepas berjaya beli Wetrom Bahanda strategi Warisan kini menyebar propaganda lompat parti. Bagaimanapun dinafikan adun. Pengerusi DAP Sabah Datuk Poon Ming Fung menggelarkan Shafie dan Warisan parti hipokrit

Selepas berjaya membeli Adun GRS Bandau yang kemaruk mahu bertanding Parlimen Kota Marudu kini pemain warisan cuba memainkan isu kononnya 4 lagi Adun GRS bakal menyertai mereka.

Nama yang disebut ialah Datuk Rubin Balang, Ruddy Awah, Masiung Banah dan Ghani Yassin. Setakat ini secara lisan semua Adun itu menafikannya bagaimanapun secara rasmi Ruddy Awah dan Masiong Banah telah memberikan kenyataan mereka.

Sebelum itu Warisan juga menularkan gambar kononnya Hajiji Ketua Menteri dan Bung Moktar mengadap TYT Sabah untuk membubarkan Dun namun semua gambar dan berita itu adalah berita lama tahun 2020.

Misi Warisan ialah satu menyibukkan pemimpin GRS itu sibuk menjawab isu-isu yang berkaitan dengan Adun menjelang PRN-15 yang dijangka bakal diadakan 19 November nanti. Warisan juga pastinya bakal berdepan isu-isu besar yang akan berlaku tidak lama lagi kesan bekas pemerintahan teruk 2 tahun mereka. 

 

Dua Adun nafi

Setakat hari ini dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menafikan secara menafikan secara rasmi menyertai Warisan.

ADUN Pitas, Ruddy Awah berkata, dakwaan yang tular itu langsung tiada asasnya kerana beliau tidak pernah berhubung dengan sesiapa sejak beberapa hari ini.

Beliau juga mempunyai jawatan sekarang selaku Pembantu menteri sains, teknologi dan inovasi Sabah itu berkata tiada alasan untuk keluar dan  tetap bersama dengan GRS serta menyokong penuh kepimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya (dakwaan keluar GRS) kerana tidak pernah pun saya berbincang mengenai perkara ini, tiba-tiba nama saya ada di situ.

“Saya tidak pernah ke Kota Kinabalu sejak beberapa hari ini, saya juga tidak berhubung dengan sesiapa.

“Ingin saya tegaskan di sini, saya tetap bersama GRS, Bersatu dan bersama Ketua Menteri Hajiji Noor, malah saya turut hadir pada program GRS di Kota Marudu dan Matunggong, baru-baru ini,” katanya

Sementara itu, ADUN Kuamut Masiung Banah dalam satu kenyataan, hari ini, turut menafikan perkara itu dan menegaskan yang beliau kekal menyokong GRS.

“Saya tetap berpendirian teguh dan menyokong kepimpinan Hajiji selaku pengerusi GRS.

“Secara logiknya, macam mana saya keluar GRS sedangkan saya masih ADUN Bebas, saya tidak menyertai mana-mana parti dalam GRS, saya cuma anggota mesra GRS,” katanya.

Masiung yang juga pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) berkata, isu berkenaan mungkin sengaja diviralkan oleh pihak tidak bertanggungjawab susulan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Saya hanya mengetahui perkara itu apabila pegawai komunikasi dan media saya, Yussof Imbang menghubungi saya lewat malam, semalam,” katanya.

Nampaknya propaganda Warisan ini menular disokong lagi oleh portal milik Warisan yang menyiarkannya.

Khabar angin itu hadir sehari selepas ADUN Bandau Wetrom Bahanda mengumumkan keluar daripada Bersatu dan GRS untuk menyertai Warisan.

 

DAP kata Shafie Warisan Hipokrit

ADUN N.56 Tanjong Papat merangkap Pengerusi Democratic Action Party (DAP) Sabah Datuk Poon Ming Fung @ Frankie menerusi satu kenyataan peristiwa lompat parti Adun Bandau Wetrom Bahanda ke Warisan membuktikan betapa hipokritkan Warisan.

Bagaimana parti Warisan sebelum parti yang turut menyokong Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dilaksanakan tetapi menunjukkan sikap buruk.

Frankie berkata, betapa hipokritnya parti yang menggunakan sentiment parti tempatan pada masa yang sama melakukan perkara yang sebaliknya.

"Saya bertanya kepada diri saya sendiri bagaimanakah Anti Lompat Parti boleh digalakkan selepas Parlimen pada 28 Julai 2022 mengundi dan menyokong Rang Undang-undang Anti Lompat Parti  malah Parti tempatan Sabah Warisan turut mengundi dan menyokongnya " kata Frankie.

 

 

3 Comments