Abang Johari tidak lupa ugutan Guan Eng minta bayar hutang RM2.3 bilion sebelum baiki sekolah daif Sarawak
05:10 Oct 18, 2022  |  By SabahKini2
Abang Johari tidak lupa ugutan Guan Eng minta bayar hutang RM2.3 bilion sebelum baiki sekolah daif Sarawak

Mendakwa Kerajaan GPS bakal muflis dalam 3 tahun & mengugut Kerajaan GPS bayar terlebih dahulu hutang RM2.352B sebelum bantuan kerajaan Persekutuan membaiki sekolah-sekolah daif disalurkan ke Sarawak.

Dendam dan kebencian GPS kepada Lim Guan Eng DAP dan PH masih belum pudar dari ingatan kesan pemerintahan 22 bulan Pakatan Harapan.

Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata tidak pernah lupa bagaimana bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng DAP itu meminta kerajaan negeri sarawak membayar terlebih dahulu hutang sebanyak RM2.352 bilion sebelum bantuan kerajaan Persekutuan membaiki sekolah-sekolah daif disalurkan ke negeri itu.

Premier Sarawak itu berkata, pembinaan dan menaik taraf sekolah adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan namun sekiranya infrastruktur itu sangat daif maka kerajaan negeri akan membantu.

”Sebab itu ketika pemerintahan PH dahulu, kita minta mereka supaya membangunkan sekolah-sekolah yang telah dipersetujui kerajaan terdahulu sebelum PH. Tetapi semuanya dibatalkan.

“Saya telah dicabar oleh Menteri Kewangan ketika itu yang telah meminta Sarawak membayar pinjaman terlebih dahulu kepada kerajaan PH. Memang kita ada pinjaman, ini adalah satu pengaturan dan kita bayar mengikut jadual.

“Kerajaan Sarawak telah menyahut cabaran tersebut dengan membayar awal RM1 bilion kepada kerajaan pusat,” katanya sesi Townhall bersama anak-anak Sarawak dalam program ‘Lan Berambeh’ 2022, baru-baru ini.

Guan Eng seakan mengugut bahawa proses perolehan dan perbelanjaan fasa pertama projek membaik pulih sekolah daif di Sarawak sebanyak RM350 juta akan disegerakan sebaik sahaja kerajaan negeri membayar hutang mereka.

Abang Johari berkata, tiada kerajaan negeri yang akan melakukan sebanyak yang dilakukan kerajaan negeri sarawak itu dalam tempoh yang singkat demi kepentingan pelajar dan rakyatnya. Kerajaan GPS membayar hutang itu.

Bukan itu sahaja Lim Guan Eng mengecam dan menuduh Kerajaan Sarawak bakal muflis dalam tempoh  3 tahun  jika perbelanjaan Sarawak RM11 bilion dibuat setiap tahun kerana ia boleh menghabiskan rizab negeri mencecah RM30 bilion. Sarawak berang dengan tuduhan bodoh Lim Guan Eng seolah-olah Sarawak tidak punya pendapatan tinggi setiap tahun. Belanjawan Sarawak adalah bajet LEBIHAN atau surplus sebanyak lebih RM120 juta setiap tahun. Cukai SST Minyak Petroleum Sarawak sahaja lebih RM3b setiap tahun.

 

Sarawak akhirnya memberi tunjuk jalan kepada DAP dan PH apabila Pakatan Harapan (PH) mengalami kekalahan terburuk dalam sejarah penyertaan mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, hanya menang dua daripada 82 kerusi Dewan Undang Negeri (DUN) 

PRU-15 kali ini pasti memberi jalan sukar buat PH di Sarawak di 31 kawasan Parlimen mereka.

 

1 Comment