Bila berkuasa ‘kencing’ rakyat, semakan kehakiman MA63 40% hasil Sabah belum selesai tapi semua berlagak hero
17:07 Jul 10, 2022  |  By SabahKini2
Bila berkuasa ‘kencing’ rakyat, semakan kehakiman MA63 40% hasil Sabah belum selesai tapi semua berlagak hero

Menjelang PRU isu MA63 akan menjadi polemik. Siapa kerajaan berkuasa jangan 'capati' janji. PH-Warisan juga diberi peluang namun mereka juga 'kencing' rakyat. Sekarang semua jadi hero walaupun semakan kehakiman MA63 hasil 40% masih belum selesai

Isu Perjanjian Malaysia Baharu yang dicadangkan oleh Mohamad Hasan terus dibincangkan oleh pemimpin Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju.Polemik perang mulut terus berpanjangan saling tuding-menuding antara satu sama lain. Apa maksudnya? tanda-tanda PRU-15 semakin dekat.

Turut memberi respon Menteri JPM (Hal Ehwal Sabah Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang tidak bersetuju kerana katanya tanpa MA63 tiada perlembangaan Malaysia. Namun cadangan ini dipersetujui Timbalan Ketua Menteri Dr Jeffrey Kitingan dengan syarat Sabah untung. 

Tidak cukup itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga turut menolak cadangan dan menganggapnya sebagai “mengarut”.

Bagi Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pula menyebut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang baharu sepatutnya tidak perlu dibangkitkan sama sekali. Ia seperti memulakan langkah untuk membatalkan perjanjian yang telah dipersetujui sekian lama antara Sabah, Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu semasa pembentukan Malaysia. Jelasnya lagi rundingan antara kerajaan negeri dan pusat berhubung MA63 ketika ini berjalan dengan baik terutama dalam usaha mengembalikan syarat-syarat perjanjian yang telah terhakis serta memenuhi tuntutan kedua-dua negeri itu termasuk yang terkandung di dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

Bagaimanapun hanya hari ini Presiden PBS Maximus Ongkili sedikit u-turn bersetuju mencadangkan agar perjanjian tambahan kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dipertimbangkan untuk menggabungkan semua ketidakpatuhan dan janji yang tidak dipenuhi dalam perjanjian asal.

Semakan kehakiman MA63- pemberian khas peruntukan 40 peratus kepada Sabah

Sekalipun awal jun lalu Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) memfailkan semakan kehakiman, susulan penerbitan warta persekutuan mengenai geran khas kepada Sabah yang dilihat tidak selari dengan hak negeri itu dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

SLS memohon satu pengisytiharan antaranya bahawa kegagalan Kerajaan Persekutuan untuk melakukan kajian semula kedua dalam 1974 dengan kerajaan negeri merupakan satu kemungkiran dan menyalahi tanggungjawabnya di bawah Perkara 112D, Klausa (1), (3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan.

Namun daripada Menteri JPM, Timbalan Ketua Menteri dan pemimpin politik lain terus berbincang mengenainya tanpa menunggu apa keputusan mahkamah berhubung semakan MA63 itu.

Menteri JPM sendiripun sepatutnya memaklumkan sebahagian dari perkara MA63 telah dibawa ke mahkamah dan biarlah mahkamah memutuskannya.

Kerajaan Sabah ambil maklum semakan kehakiman

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sebelum ini berkata Kerajaan Sabah mengambil maklum mengenai permohonan Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) bagi semakan kehakiman berhubung isu pemberian khas peruntukan 40 peratus kepada Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Katanya kerajaan negeri melihat inisiatif SLS daripada sudut positif yang tidak berpihak dan berpolitik dalam kepentingan bersama aturan pelembagaan ketika Sabah terlibat dalam pembentukan Malaysia pada 1963.

"Kerajaan Sabah telah dan akan terus dan bersungguh-sungguh menuntut hak 40 peratus serta lain-lain hak dan kepentingan Sabah dengan Kerajaan Persekutuan," katanya 10 jun lalu.

Bagi Sabah jelas, Kerajaan Negeri tidak pernah menggugurkan satupun malah akan terus menuntut dan berusaha untuk mendapatkan semua hak-hak Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk hak untuk mendapat 40 peratus daripada pungutan hasil cukai oleh Kerajaan Persekutuan di Sabah.


Oleh itu mengapa isu Perjanjian MA63 terus dipolemikkan? Apakah tidak perlu menunggu keputusan mahkamah?

Terbaru Veteran DAP Lim Kit Siang pula menggesa agar hubungan persekutuan dan negeri dikaji semula untuk mewujudkan desentralisasi dan autonomi yang lebih besar daripada Putrajaya.

Lim berkata Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)  bukan hanya memanfaatkan Sabah dan Sarawak tetapi semua negeri di Semenanjung juga.

“Tidak dinafikan bahawa dalam lebih enam dekad pembinaan negara, terdapat terlalu banyak penumpuan kuasa di tangan kerajaan persekutuan dengan mengorbankan kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan.

Apakah kenyataan Lim Kit Siang hanyalah wayang DAP sahaja? Ikhlaskah Lim Kit Siang dan DAP?

DAP cakap tak serupa bikin

Sebelum PH berkuasa Lim Guan Eng dan DAP membuat pelbagai janji kepada rakyat Sabah Sarawak. Jika PH berkuasa kononnya Sabah dan Sarawak akan diberi autonomi, MA63 ditunaikan termasuk pemberian hasil 40peratus hasil negeri.

Janji ini masih terngiang-ngiang di telinga rakyat Sabah Sarawak.


Apa terjadi selepas PH - Warisan berkuasa? 7 bulan selepas itu Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan ketika itu mengatakan tidak dapat menunaikan janji itu atas alasan Kerajaan Persekutuan  tidak ada cukup wang untuk berbuat demikian. Namun ketika Guan Eng menjadi Menteri Kewangan beliau meluluskan RM46 bilion projek Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Pulau Pinang ataupun Penang Transport Masterplan (PTMP). Lebih teruk Menteri Kewayangan itu membatalkan peruntukan Projek Pan Borneo lebih RM21bilion (tiada sukuk) menyebabkan projek itu tertangguh hingga kini menggunakan peruntukan pembangunan yang lembap. 

Begitu juga janji Warisan mereka cakap pandai tetapi ketika berkuasa mereka terlalu taat kepada Dr Mahathir PM7. Tiada satupun kejayaan besar MA63 Warisan. Semuanya telah diluluskan di zaman Kerajaan BN lagi.Warisan hanya kaki 'Claim' saja. Royalti yang mereka bising-bising pun di depan mata Shafie Dr Mahathir perlekehkan. GST dihapuskan, hutang PH naikkan, duit Petronas PH jarah sehingga lebih RM80b setahun.

Shafie hanya mampu tersengih sebelah Dr Mahathir bila Dr Mahathir kata No Royalti-lindungi Petronas

Bukan itu saja ketika  Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewayangan PH beliau mengecam dan menuduh Kerajaan Sarawak bakal muflis dalam tempoh  3 tahun  jika perbelanjaan Sarawak RM11b dibuat setiap tahun kerana ia boleh menghabiskan rizab negeri mencecah RM30 bilion. Sarawak berang dengan tuduhan bodoh Lim Guan Eng seolah-olah Sarawak tidak punya pendapatan tinggi setiap tahun. Belanjawan Sarawak adalah bajet LEBIHAN atau surplus sebanyak lebih RM120 juta setiap tahun. Cukai SST Minyak Petroleum Sarawak sahaja lebih RM3b setiap tahun.

Hendak baiki sekoleh daif pun Lim Guen Eng mengugut agar Kerajaan Sarawak bayar hutang kepada kerajaan pusat terlebih dahulu. Kerajaan Sarawak dah bayar RM700 juta pun Lim Guan Eng tak mahu luluskan peruntukan sekolah daif. Begitulah angkuhnya Menteri Kewangan PH ketika itu.

Apa kesan langsi DAP kepada rakyat Sarawak? DAP dan PKR kalah teruk dalam PRN Sarawak 2021!



Jadi apabila Shafie Apdal, Lim Guan Eng atau bapaknya Kit Siang dan pemimpin PH menunjuk pandai mengenai apa saja hal MA63 dan projek pembangunan jangan lupa kesombongan mereka ketika berkuasa. Mereka sudah diberi peluang namun gagal melaksanakannya. Cukuplah kencing PH berbau hancing. Jangan terpedaya lagi.

Kerajaan dan menteri yang berkuasa jangan lupa jadikan pengajaran. Jangan berlagak macam DAP, PH dan Warisan dah hilang kuasa baru terhegeh-hegeh bercakap mengenai MA63. Buat kerja jangan cakap saja.Keutamaan ialah keuntungan kepada Sabah dan Sarawak. 

Comment