Mengejutkan! Bukan Undi18 pengundi Sabah melonjak naik 574,120 kerana “Projek IC” Warisan 2018-2020?
15:10 Oct 18, 2022  |  By SabahKini2
Mengejutkan! Bukan Undi18 pengundi Sabah melonjak naik 574,120 kerana “Projek IC” Warisan 2018-2020?

Luar biasa daftar pemilih terbaru dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mendedahkan peningkatan sebanyak 53.9% (atau 574,120) pengundi baharu daripada 1,064,686 pada 2008 kepada 1,638,806 pada 2022. Bukan Undi 18 tetapi 'Projek' IC Warisan 2018-2020

Parti Maju Sabah (SAPP) menggesa pihak berkuasa melancarkan siasatan terhadap lonjakan jumlah pengundi secara mendadak di Negeri Sabah.

Ini susulan jumlah daftar pemilih terbaru yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mendedahkan peningkatan sebanyak 53.9% (atau 574,120) dalam pengundi baharu, daripada 1,064,686 pada 2008 kepada 1,638,806 pada 2022.

Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee mendakwa lonjakan itu mungkin disebabkan oleh bilangan pengundi yang “meragukan” yang tinggi yang berpunca daripada skandal “Projek IC”.

Katanya, statistik Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa sebahagian besar kenaikan itu bukan disebabkan Undi18 tetapi berlaku antara 2018 dan 2020 semasa Kerajaan Warisan.

“Saya masih ingat insiden kebakaran tidak kurang 20 penempatan setinggan di seluruh Sabah dalam tempoh enam bulan Warisan dan sekutunya mengambil alih Kerajaan Negeri Sabah.

“Saya juga teringat kerajaan Warisan memberitahu dunia bahawa setinggan yang kehilangan rumah mereka dalam kebakaran akan diberikan tanah dan dokumen pengenalan diri mereka diganti. Tertanya-tanya adakah sebahagian besar peningkatan pengundi ada kaitan dengan kejadian kebakaran di penempatan setinggan?,” Jelas Yong dalam kenyataannya semalam.

Menurutnya, sehingga hari ini, tiada penjelasan rasmi mengenai kejadian kebakaran di kawasan penempatan setinggan.

“Adalah mustahil jumlah pengundi meningkat begitu tinggi kerana Sabah dilanda pandemik Covid-19 dari Mac 2020 sehingga sekarang dan ditambah lagi sekatan berpanjangan iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada ketika itu,” katanya.

Umum mengetahui di zaman Warisan berkuasa banyak usaha pemberian dokumen dan projek IC dilakukan malah sanggup memberikan sebuah pulau penempatan untuk PTI.

[ARTIKEL BERKAITAN- PTI diberi dokumen dan Pulau Penempatan jika kemasukan beramai-ramai- Shafie Apdal ]

[ARTIKEL BERKAITAN- 20 bulan Kerajaan Warisan: Strategi dan kronologi menjayakan Pas Sementara Sabah (PSS) demi PTI!

[ARTIKEL BERKAITAN- Azis Jamman lupa Warisan pemberi 'Projek IC' kepada PTI di Sabah

 

Projek IC 2: Shafie bantu dapatkan MyKad yang kahwin pendatang asing

 Azis Jamman lupa Warisan pemberi 'Projek IC' kepada PTI di Sabah

4 Comments