Hanya Tommy Thomas buat keputusan jual kapal Equanimity kepada Genting Malaysia Bhd RM514 juta
10:10 Oct 22, 2022  |  By SabahKini2
Hanya Tommy Thomas buat keputusan jual kapal Equanimity kepada Genting Malaysia Bhd RM514 juta

Pasukan Petugas Penyiasat Tommy Thomas mendedahkan penjualan Equanimity hanya keputusan sepihak. Hanya Tommy! Mengapa selepas jual kepada Genting Malaysia Berhad pada April 2019 terus dapat pelepasan cukai RM4.8 pada julai 2019? Sangat musykil

Pendedahan terbaru pasukan petugas khas yang menyiasat memoir Tommy Thomas nampaknya mengesahkan apa yang dibangkitkan sebelum ini mengenai keraguan penjualan kapal layar super Equanimity RM514 juta. 

Keraguan dari sudut pelantikan peguam luar termasuk peguam firma sendiri Sitpah Selvaratnam mengurus kes Equanimity dan bagaimana Lim Guan Eng Menteri Kewangan PH memberi Pelepasan cukai sehingga RM4.8 bilion kepada pembeli Kapal Equanimity Genting Malaysia Bhd pada 4 Julai 2019.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengapa Tommy lantik firma sendiri, jual Equanimity RM514 juta kepada Genting balasannya pelepasan cukai RM4.8b! ]

Mengapa Tommy lantik firma sendiri, jual Equanimity RM514 juta kepada Genting balasannya pelepasan cukai RM4.8b!


Jual Equanimity hanya keputusan Tommy Thomas

Hari ini pasukan petugas khas mendedahkan keputusan menerima tawaran USD126 juta daripada bagi pembelian kapal layar super Equanimity nampaknya dibuat secara sepihak oleh peguam negara ketika itu, Tommy Thomas.

Tommy Thomas  “dengan segera menerima” tawaran Pengerusi Genting Lim Kok Thay untuk kapal layar super yang sebelum ini dimiliki ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.

Terbukti juga keputusan itu dilakukan tanpa merujuk kepada pemilik sah kapal ketika itu, Kumpulan 1MDB dan pemegang saham utamanya, Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

“Tiada juga rujukan dibuat kepada Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC), badan yang mengendalikan harta dirampas berhubung jenayah kewangan.

“Secara signifikan, penerimaan tawaran Genting itu tidak dibuat dengan syarat apabila diluluskan oleh Mahkamah Laksamana kerana ia penjualan kehakiman yang memerlukan pengesahan mahkamah itu.

“Berdasarkan apa yang tertulis, nampaknya penerimaan tawaran Genting sebanyak USD126 juta itu ialah keputusan sepihak yang dibuat oleh Thomas sendiri,” kata pasukan petugas itu dalam laporannya.

Pasukan itu menggesa agar pihak berkuasa menyiasat sama ada Thomas, sebagai peguam negara, mempunyai kuasa untuk menerima tawaran Genting tanpa merujuk perkara itu kepada 1MDB dan MOF Inc untuk kelulusan, atau NFCC.

NFCC, katanya ditubuhkan untuk menguruskan pengembalian aset 1MDB.

Pasukan penyiasat itu juga dicadangkan agar menyiasat jika terdapat kaitan antara penjualan Equanimity kepada Genting dengan penarikan balik permohonan semakan kehakiman terhadap menteri kewangan berhubung pembatalan insentif cukai bagi syarikat itu.

Pasukan petugas itu berkata, Genting sedang berusaha untuk membatalkan keputusan menteri kewangan (sebelum ini) yang memansuhkan insentif cukai dalam surat bertarikh 17 Dis 2014, dan deklarasi bahawa insentif itu hendaklah dikembalikan.

“Menteri kewangan, melalui Jabatan Peguam Negara menolak permohonan Genting dan telah menyediakan afidavit membangkang.

“Bagaimanapun, apabila penjualan Equanimity kepada Genting diluluskan oleh mahkamah, permohonan (semakan kehakiman) oleh Genting ditarik balik.

“menteri kewangan dalam surat bertarikh 4 Julai 2019, bersetuju untuk mengembalikan keputusan asal menteri kewangan (sebelum ini), di mana insentif pelaburan boleh dituntut atas semua pendapatan Genting yang dinyatakan diperoleh daripada satu sumber.”

Pasukan petugas itu berkata, pengembalian semula insentif cukai kepada Genting akan mengakibatkan Putrajaya kehilangan hasil dan syarikat itu memperoleh keuntungan kewangan yang sepadan.

Sejak dari dulu SPRM digesa menyiasat Tommy Thomas namun nampaknya mereka tidak pernah berbuat demikian. Sehingga pendedahan Pasukan Penyiasat Memoir Buku Tommy Thomas pun tak mungkin akan disiasat.

 

2 Comments