SPRM digesa siasat semula salahguna kuasa Tommy Thomas bayar RM2 Juta kepada Firma Tommy dan kroni
17:05 May 17, 2020  |  By SabahKini2
SPRM digesa siasat semula salahguna kuasa Tommy Thomas bayar RM2 Juta kepada Firma Tommy dan kroni

Bulan ogos 2018 kecoh salahguna kuasa Peguam Negara lantik Sitpah Peguam firma Tommy Thomas bagi kes Equamimity. Mei 2019 kos guaman dibayar ialah RM2 juta kepada Sitpah dan kroni Tommy. Mohon SPRM buka semula

Sehari dua ini nampaknya PH dan bekas Peguam Negara Tommy Thomas menyerang kerajaan PN dan juga SPRM.

Ini berikutan Anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas tuduhan pengubahan wang haram (AMLA).

Riza tidak didakwa pecah amanah atau salahguna kuasa atau rompak seperti juga Jakel Trading, Naza, Institut Terjemahan & Buku Malaysia atau Bustari Yusuf yang memulangkan semula dana.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili pendakwaan, memberitahu mahkamah bahawa sejak tertuduh didakwa, Riza sudah beberapa kali mengemukakan permohonan representasi dan akhirnya diluluskan oleh Tommy Thomas bekas peguam negara.

Menurut Sri Ram melalui terma yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, Kerajaan Persekutuan akan menerima sejumlah wang bernilai jutaan ringgit.

Tommy Thomas menafikan beliau pernah meluluskan permohonan Riza Aziz itu. Bagaimanapun SPRM bertegas bahawa bekas peguam negara Tommy Thomas lantikan PH itulah yang telah bersetuju untuk membebaskan dan menyelesaikan kes Riza Aziz

[ARTIKEL BERKAITAN- Riza Aziz dilepas: SPRM bertegas Tommy Thomas buat keputusan setuju tawaran Riza ]

 Riza Aziz dilepas: SPRM bertegas Tommy Thomas buat keputusan setuju tawaran Riza


Pengesahan Peguam Negara – Tan Sri Idrus Harun

Idrus mengesahkan semenjak pertuduhan difailkan di mahkamah, Riza mengemukakan beberapa representasi ke Jabatan Peguam Negara melalui peguam cara penerbit filem itu, Tetuan Scivetti & Associates.

Kronologi seperti berikut;

18 Nov 2019- Peguam cara Riza menghantar surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk memohon agar semua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dikaji semula.

Surat representasi itu - antara lain - mencadangkan agar Riza menyerahkan haknya ke atas tiga hartanah yang disita oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dan memberi kerjasama untuk mengembalikan harta-harta tersebut atau nilainya kepada kerajaan Malaysia.

Hartanah tersebut adalah, seunit banglo di Beverly Hills, California; seunit pangsapuri di New York; dan seunit rumah bandar di London, United Kingdom.

Riza juga bersetuju agar wang yang dirampas daripadanya - dan menjadi hal perkara dalam satu kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur - dilucuthakkan kepada kerajaan Malaysia.

Riza juga bersedia membayar sejumlah kompaun selaras dengan peruntukan seksyen 92 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

19 Nov 2019- Minit Tommy Thomas - memohon pandangan daripada Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram, dan turut menyatakan berdasarkan cadangan-cadangan yang dinyatakan di atas, bersedia untuk memberi pertimbangan kepada representasi tersebut.

Gopal Sri Ram telah berjumppa dengan ketua pesuruhjaya SPRM ketika itu, Latheefa Koya - mencadangkan agar cadangan-cadangan yang dinyatakan di dalam representasi tersebut diterima oleh SPRM.

 

Dr Mahathir keliru?

Bagaimana Dr Mahathir boleh menjadi keliru dengan keputusan kes mahkamah pengubahan wang haram (AMLA)? Ia keputusan Tommy Thomas kesayangannya yang disusun oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan kepercayaannya Gopal Sri Ram.  Apakah Gopal Sri Ram U-Turn? Sepatutnya Dr Mahathir bertanya sendiri kepada Gopal Sri Ram.

Mungkinkah Dr Mahathir keliru sebagaimana beliau keliru hingga meletakkan jawatan PM dan menyebabkan kabinet PH lebur bersamanya?

SPRM perlu siasat Tommy Thomas

Memandangkan Tommy Thomas sudah mula menyerang Ketua Pesuruhjaya SPRM sudah tiba masanya SPRM menyerang balas dengan menyiasat semula salahguna kuasa Tommy Thomas ketika menjadi Peguam Negara melantik peguam syarikat guamannya Sitpah Selvaratnam daripada Tetuan Tommy Thomas mengendalikan kes Equamimity.

Portal Sabahkini2 pernah mendedahkannya pada bulan Ogos 2018 mengenai salah laku Tommy Thomas ini. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Kes Equanimity : Peguam Negara Lantik Firma Guaman miliknya Tommy Thomas ]

[ARTIKEL BERKAITAN-  Equanimity: Konflik Kepentingan Firma Tommy Thomas, Mengapa AG tidak lantik firma ZICO?

Sekalipun ketika tu Tommy Thomas membuat penafian kerana kepentingan atas alasan kepakaran undang-undang admiraliti atau undang-undang perkapalan ia masih tidak berasas kerana terdapat firma guaman lain masih boleh melakukannya.

 Equanimity: Konflik Kepentingan Firma Tommy Thomas, Mengapa AG tidak lantik firma ZICO?

Turut dilantik ialah kroni Tommy Thomas, Jeremy Joseph dan Ong Chee Kwan.


Jeremy Joseph dibayar RM1.6 juta

Ong Chee Kwan  -  dibayar RM360,000

Pelantikan peguam Sitpah Selvaratnam bagi menuntut kapal persiaran mewah, Equanimity menimbulkan bantahan daripada pelbagai pihak ketika itu seperti Sekretariat Peguam Muda Pemuda Umno yang diketuai Nik Saiful Adli Burhan yang mempersoalkan Sitpah berkhidmat di firma undang-undang yang diasaskan Peguam Negara, Tommy Thomas. Nik Saiful mendakwa lantikan ini menyebabkan konflik kepentingan.

Salim Bashir Bhaskaran yang juga pengerusi Majlis Peguam Selangor ketika itu turut proses pelantikan Sitpah yang penuh kepentingan. Tommy Thomas sendiri mengaku melantik Sitpah secara peribadi.

"Di sini Tommy Thomas sebagai Peguam Negara mengatakan bahawa dia secara peribadi melantik Sitpah. Beliau (Sitpah) sepatutnya dilantik oleh orang lain selain daripada Peguam Negara. Ia sama ada oleh Peguam Cara, atau oleh firma perundangan Jeremy Joseph, " katanya

Menurut Tommy Sitpah dilantik secara pro bono atau berkhidmat secara percuma. Namun benarkah?


RM15.5 juta kos pengurusan kapal layar mewah, Equanimity

Pada 6 Mei 2019 Tommy Thomas mengumumkan kos RM15.5 juta yang ditanggung oleh kerajaan PH selepas merampas dan menjual kapal layar mewah, Equanimity sehingga terjualnya dengan harga AS$126 juta kepada anak syarikat Genting Malaysia Berhad.

Perbelanjaan-perbelanjaan berkenaan diperincikan seperti berikut:

  • Berlabuh di Pelabuhan Klang - RM407,000
  • Berlabuh di Pangkalan Tentera Laut Langkawi - RM0
  • Kos operasi (yuran, gaji, insurans, makanan, pembaikan, penyelenggaraan) - RM12.7 juta
  • Perkhidmatan penilai dan pentaksir bebas - RM400,000
  • Yuran guaman bagi Tetuan Joseph & Partners (selaku peguam cara) - RM1.6 juta
  • Ong Chee Kwan (peguam) - RM360,000
  • Tetuan Holman Fenwick Willan (peguam asing) - RM40,000
  • Sitpah Selvaratnam (peguam utama) - RM0 [Atas Kertas]

Ini bermakna jumlah yuran guaman dibayar kepada kroni Tommy Thomas ialah RM2,000,000,00 iaitu firma Tetuan Joseph & Partners, Ong Chee Kwan dan Tetuan Holman Fenwick Willan

Ini termasuk RM400,000 untuk perkhidmatan penilai dan pentaksir nilai kapal Equanimity.

Sekalipun Sitpah Selvaratnam dicatatkan sebagai mengendalikan kes ini secara pro- bono ia hanyalah alasan di atas kertas kerana bayarannya dibayar oleh Tetuan Joseph & Partners dalam nilai RM 1.6 juta itu. SPRM wajar menyiasat akaun tetuan itu jika terdapat bayaran konsultan kepada Sitpah Selvaratnam dan firma guaman Tommy Thomas.

Tiada siapa dalam dunia ini mahu berkhidmat sebagai peguam pakar secara percuma!. Wayang bolehlah.

Datuk Seri Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM ‘alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’! Kalau mahu lawan dan tanam, tanam betul-betul.

12 Comments