GPS tolak kerjasama PH terutama DAP- Abdul Karim
11:10 Oct 30, 2022  |  By SabahKini2
GPS tolak kerjasama PH terutama DAP- Abdul Karim

GPS masih ingat kezaliman PH menganggu dan membatalkan projek Sarawak. Tiada kerjasama PH-DAP. GPS lebih selesa kerjasama BN, PN atau mana-mana parti kecuali DAP-PH!

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menegaskan lebih selesa membentuk gabungan dengan mana-mana parti kecuali Pakatan Harapan (PH) terutama DAP kata Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang yakin GPS boleh menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berkata, GPS rapat dengan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang telah bersama-sama membentuk kerajaan sebelum ini.

“Saya sangat yakin bahawa GPS akan menang besar pada PRU15, dan akan membantu memastikan kerajaan seterusnya adalah kerajaan yang stabil.

“Sebarang tawaran bagi pembentukan kerajaan nanti kita serahkan kepada Premier Sarawak serta pemimpin-pemimpin tertinggi dari empat komponen parti dalam GPS,” kata Abdul Karim.                     

Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan berkata, berdasarkan pemerhatian adalah agak sukar untuk satu-satu parti menang majoriti bagi menubuhkan kerajaan selepas PRU15 nanti.

Justeru katanya, kerajaan akan dibentuk melalui gabungan beberapa parti dan GPS bakal memainkan peranan besar dalam penubuhan kerajaan baharu.

Mengimbau kembali PRU14 kata Abdul Karim, PH telah memenanginya dan telah menganggap GPS sebagai pembangkang.

“Kita (Kerajaan Sarawak) diganggu dan banyak projek telah dibatalkan. Kita masih ingat semua ini.

“Pada masa ini kita rapat dengan semua parti politik kecuali PH,” jelas Abdul Karim.

 

GPS rasa penghinaan DAP-PH 

Pada penghujung tahun 2019 rakyat Sarawak tentu tak lupa  tentang penghinaan Lim Guan Eng Menteri Kewangan itu kononnya Kerajaan Negeri Sarawak masih berhutang lebih daripada RM2.5 bilion kepada kerajaan Persekutuan dengan tunggakan hutang hampir RM50 juta. Oleh kerana Sarawak mempunyai rizab yang begitu besar bayarlah hutang dahulu kepada kerajaan Persekutuan. 

Lim Guan Eng selaku Menteri Kewayangan PH beliau mengecam dan menuduh Kerajaan Sarawak bakal muflis dalam tempoh  3 tahun  jika perbelanjaan Sarawak RM11b dibuat setiap tahun kerana ia boleh menghabiskan rizab negeri mencecah RM30 bilion. Sarawak berang dengan tuduhan bodoh Lim Guan Eng seolah-olah Sarawak tidak punya pendapatan tinggi setiap tahun. Belanjawan Sarawak adalah bajet LEBIHAN atau surplus sebanyak lebih RM120 juta setiap tahun. Cukai SST Minyak Petroleum Sarawak sahaja lebih RM3b setiap tahun.

 

 

 Lagi..

 [ARTIKEL BERKAITAN- Loretto SUA Warisan mengaku Guan Eng, PH punca Shafie Apdal gagal Ketua Menteri

ARTIKEL BERKAITAN - PH tidak dapat tunai janji beri 40 peratus hasil pendapatan negeri Sabah- Guan Eng

ARTIKEL BERKAITAN - Bila berkuasa ‘kencing’ rakyat, semakan kehakiman MA63 40% hasil Sabah belum selesai tapi semua berlagak hero

ARTIKEL BERKAITAN - Lupa Warisan-PH paling teruk, kini Guan Eng mengencing di Sabah lagi 

 

 

 

1 Comment