Drama perebutan kerusi PRU-15
09:10 Oct 31, 2022  |  By SabahKini2
Drama perebutan kerusi PRU-15

Protes PRU-15 atas alasan banjir namun PH dan pembangkanglah sekarang paling rancak mengumumkan calon. BN pula masih menunggu sehingga 1 November sebelum diumumkan.

Kisah alasan banjir PRU-15 nampaknya sudah tidak timbul lagi. Ironisnya parti yang menentang pula paling sibuk mengumumkan sana sini kerusi yang mereka bertanding. BN yang membubarkan parti masih bertenang.

Minggu ini nampaknya drama perebutan kerusi dan pergaduhan bertanding pilihanraya tidak dapat dielakkan. Tak kira parti apa. PKR, DAP, Amanah, MUDA, PSM, GTA dan Warisan semuanya penuh drama terutamanya penyandang kerusi sebelum ini yang terpaksa berpindah atau digugurkan.

Pengumuman PKR misalnya mendapat respon daripada Tian Chia dan rakan-rakannya yang tidak dicalonkan dalam PRN kali ini.

Begitu juga kerusi DAP. Perak DAP dan Amanah berebut kerusi DUN Changkat Jong. Di Kampar pula penyokong PH tolak calon DAP yang langsung tiada sumbangan ketika jadi ADUN Keranji dulu. Wong Tack Ahli Parlimen Bentong mengumumkan sebagai calon bebas kerana tempatnya diambil alih Adun DAP Syefura Young.

Kerusi parlimen Tapah milik PKR tapi MUDA umum calon pengasas penerbit buku Dubook Mutalib Othman sebagai calon MUDA. Kecohlah Rafizi Timbalan Presiden PKR yang memberi amaran kepada MUDa jangan memandai umum sebelum diselesaikan.

Di Kedah, Pengerusi Amanah Phahrolrazi kena pecat sebab tak puas hati kerusi parlimen Jerai diberi kepada DAP. Belum masuk isu bekas Penyandang Parlimen Sepang Hanifa Maidin digugurkan sebagai calon.

Di Melaka, Rafiq Naib Presiden BERSATU keluar dari parti sebab merajuk kerusi parlimen Tangga Batu diberi kepada PAS. Beliau perlu bertanding di Bagan Datuk melawan Zahid Hamidi Presiden UMNO.

Di Sabah perebutan antara kerusi GRS dan BN tetap berlaku kini perbincangan sedang dibuat sebelum keputusan diumumkan mengenai pembahagian kerusi GRS-BN. Warisan pula sudah tentu yang digugurkan melakukan protes. 

Drama pergolakan komponen PH menghiasi cerita politik minggu lepas.

Dan kini minggu ini bermula 31 Oktober kemungkinan besar drama daripada pemimpin BN yang tidak dicalonkan pula menjadi berita. Desas-desus ada namun itulah lumrah pemimpin politik dan parti yang tidak tercalon biasa tidak berpuas hati. Presiden BN dikatakan merombak 70 peratus calon PRU-15 kali ini.

Sukar memuaskan hati semua orang tetapi keputusan perlu dibuat.

Seperti kata peribahasa Melayu ‘Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga’. Biar gaduh awal dulu namun selepas diputuskan pucuk pimpinan siapa calon semua pemimpin harus focus kepada pengundian dan kempen. Bukan ‘Cah Keting’.

 

 

3 Comments