[VIDEO] Bukti Anwar tiada pilihan perlu tunai janji laksana MA63 selepas dilantik PM-10
15:11 Nov 29, 2022  |  By SabahKini2
[VIDEO] Bukti Anwar tiada pilihan perlu tunai janji laksana MA63 selepas dilantik PM-10

Sebelum ini Anwar banyak berjanji mahu tunaikan MA63 termasuk dalam kempen PRU15 baru-baru ini. Kini Anwar jadi PM10. Anwar tiada pilihan lagi beliau wajar menunaikan perjanjian sebagaimana janji beliau melaksanakannya jika berkuasa. Kini masanya!



Ucapan Anwar di Sabah PRU-15 berjanji tunaikan MA63. 

Ada orang kata "daripada UMNO Anwar datang kepada UMNO Anwar kembali". Begitulah drama penentuan siapa menjadi PM selepas Yang Dipertuan Agong menitahkan Anwar Ibrahim menjadi PM ke 10 kerana Anwar mempunyai jumlah mencukupi melalui sokongan BN dan GPS.

Tan Sri Muhyiddin akhirnya gigit jari bersama dengan keangkuhan dan kesombongannya.PN terlepas peluang menjadi PM sekalipun ‘Geng 10 BN’ diketuai Hishammudin memulakan gerakan mendapatkan 10 SD menyokong Muhyiddin. RUU Akta Anti Lompat parti nampaknya menyelamatkan BN dari dimusnahkan oleh kumpulan ‘Traitor’. MCA dan MIC komponen BN yang menandatangani SD 'pintu belakang' itu juga nampaknya 'U-turn' menyokong Anwar Ibrahim.

Anwar PM 10

Susulan daripada pelantikan Anwar semua parti selepas itu menyuarakan sokongan kepada Anwar Ibrahim. Ini termasuk parti-parti kecil dan bebas yang sebelum ini didapati memberi sokongan SD kepada Muhyiddin. 

Namun apapun terjadi Anwar Ibrahim sudah menjadi PM 10 bukan ‘PM Tepi’ lagi. GPS dan GRS parti dominan daripada Borneo memberi sokongan kepada Anwar. Oleh itu sebagaimana janji Anwar dalam kempennya di Sabah ialah menunaikan MA63 dan segala tuntutan kewangan Negeri khususnya pemberian hak 40 peratus hasil cukai negeri.

Kerajaan GPS dan GRS di Sarawak Sabah tidak kisah siapa Perdana Menteri tetapi memberi keutamaan Kerajaan Pusat menunaikan janji mereka.

Ketika kempen PRU-15 di Kimanis dan Papar Sabah Anwar Ibrahim secara berani berkata jika dia PM dan PH memerintah beliau akan berjanji akan menunaikan MA63 kerana katanya itu merupakan perjanjian bapa kemerdekaan dan pemimpin Sabah terdahulu.

 

Hak Sabah - Tunai janji MA63

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor turut menaruh keyakinan kerjasama erat Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri.

Kerajaan Sabah memberi jaminan akan bekerjasama dan memberi sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk manfaat dan kebaikan bersama.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum ini berkata usaha menunaikan hak-hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) antara kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Anwar perlu dilaksanakan segera.

Pengalaman luas Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini akan mampu membawa kebangkitan ekonomi yang sangat diperlukan untuk rakyat dan pembangunan seluruh negara pada masa depan,” katanya

Jeffrey Kitingan Timbalan Ketua Menteri berharap akan ada keputusan muktamad berkaitan tuntutan mengembalikan hak Sabah bawah kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Menurut  Jeffrey antara perkara utama untuk diberikan perhatian kerajaan persekutuan ialah tuntutan negeri itu berkaitan hak kewangan.

“Saya kenal sangat perdana menteri yang baharu ini dan beliau juga kenal saya, termasuk tahu mengenai tuntutan kita.

“Saya berharap dengan kerjasama negeri dan persekutuan ketika ini, kita akan dapat melihat keputusan yang baik berkaitan tuntutan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia,” katanya

Kitingan yang juga Ahli Parlimen Keningau berkata, antara hak kewangan dituntut Sabah ialah pengembalian 40% hasil dikutip kerajaan persekutuan dari negeri itu dan 10% cukai eksport petroleum.

Timbalan pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata, walaupun Sabah ketika ini menerima RM120 juta setahun daripada cukai eksport dan eksais, ia berhak menerima 10% daripada cukai eksport produk petroleum yang dianggarkan mencecah RM10 bilion setahun.

“Oleh itu, Sabah sepatutnya menerima kira-kira RM1 bilion setahun (cukai produk petroleum),” katanya.

Tuntutan hak kewangan, khususnya pengembalian 40% hasil dikutip kerajaan persekutuan di Sabah antara perkara dituntut dalam rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) antara kerajaan negeri dan persekutuan.

Kegagalan kerajaan sebelum ini membuat keputusan berhubung rundingan itu menyebabkan harapan kini disandarkan kepada kerajaan perpaduan pimpinan Anwar.

Kitingan sebelum ini menyatakan sokongannya kepada Anwar sebagai perdana menteri ke-10 dan kerajaan perpaduan diketuainya.

Beberapa pemimpin seperti Datuk Seri Anifah Aman Presiden PCS juga menyatakan sokongan lebih awal kepada Anwar Ibrahim kerana berjanji mahu menunaikan MA63 kepada Sabah.

 

2 Comments