Peter Anthony ditahan polis siasatan insiden rusuhan Tenom
01:11 Nov 07, 2022  |  By SabahKini2
 Peter Anthony ditahan polis siasatan insiden rusuhan Tenom

Peter ditahan tengah malam di balai Polis Karamunsing namun dibebaskan pada sebelah pagi selepas keterangannya diambil. Peter dan penyokongnya boleh didakwa kerana merusuh dalam jarak 50 meter dari pusat penamaan calon.

Presiden Parti Kesejahteraan Masyarakat Demokratik (PKDM) Datuk Peter Anthony ditahan polis yang menyiasat rusuhan di Tenom ketika penamaan calon semalam (5 November 2022).

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idrus Abdullah berkata polis sedang menyiasat kejadian itu dan menahan Peter malam tadi selepas laporan dibuat.

“Dia ditahan sekitar tengah malam di balai polis Karamunsing.

“Dia kemudian dibebaskan pada waktu pagi selepas keterangannya diambil,” katanya dalam satu kenyataan

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 24 (A) Akta Pilihan Raya 1954 kerana merusuh dalam jarak 50 meter dari pusat penamaan calon.

Hukuman maksimum jika sabit kesalahan ialah penjara dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Pada hari penamaan satu kekecohan berlaku di pekan Tenom selepas kertas pencalonan Peter ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Pencalonan Peter Anthony ditolak penyokong parti KDM merusuh ]

(VIDEO) Pencalonan Peter Anthony ditolak penyokong parti KDM merusuh

Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai ketika emosi memuncak selepas berita itu tersebar.

Peter sejak itu memohon maaf atas kejadian itu dan berkata bahawa gangguan itu disebabkan oleh cara tidak teratur kertas pencalonannya ditolak hanya selepas tempoh bantahan awal. Oleh itu penyokongnya hilang kawalan emosi berhadapan isu penolakan pencalonannya itu.

 

2 Comments