Ewon Menteri KPLB sibuk menyamun projek, kini PH ‘Kencing Lagi’ harga tiket RM199 pulang Sabah, Sarawak
16:11 Nov 11, 2022  |  By SabahKini2
Ewon Menteri KPLB sibuk menyamun projek, kini PH ‘Kencing Lagi’ harga tiket RM199 pulang Sabah, Sarawak

PH-Warisan berkuasa, dilantik lagi Menteri KPLB. Apa Ewon Benedict buat di Sabah? Janji dicapati. Kini Ewon PH datang dengan 'kencing' baru janji turunkan harga tiket RM199. Dulu masa Menteri buat apa?

Nampaknya tidak cukup manifesto ‘kencing’ PH PRU-14 dan kini disambung manifesto PH PRU-15 seorang calon Pakatan Harapan di kerusi Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick menawarkan manifesto harga tiket penerbangan RM199 bagi perjalanan balik ke Sabah atau sebaliknya jika pakatan itu berjaya memerintah kerajaan.

Menurut Ewon Benedick bakal Presiden UPKO itu cadangan ini merupakan cadangan baharu yang lebih segar untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia.

"Itu sebabnya semasa kita menyediakan manifesto atau yang kita panggil tawaran 'kita boleh' PH untuk rakyat Malaysia, kita juga menuntut supaya beberapa perkara khas untuk Sabah dimasukkan sebab kita mahu melihat hak-hak Sabah ini dapat ditunaikan.

"Ini termasuklah kita menuntut dan mencadangkan supaya harga tiket penerbangan untuk rakyat Sabah dan Sarawak yang berada di Kuala Lumpur dan bila mereka balik ke negeri masing-masing.

"Bukan hanya musim pilihan raya tetapi ketika balik melawat ibu bapa di kampung perlu ada harga tetap, seragam untuk rakyat Sabah dan Sarawak, sebab itu kita mencadangkan harga RM199," katanya

Janji  ‘Kencing PH’

Namun berdasarkan kepada janji manifesto PH yang gagal ditunai pada PRU-14 janji tiket kapal terbang ini juga adalah janji ‘Kencing PH’ kerana ketika PH dan Warisan berkuasa sejak 22 bulan tidak ada pun usaha untuk menetapkan harga tiket kepada rakyat Sabah khususnya pelajar dan pensyarah.

Jika kita lihat suara MP PH dan Warisan di parlimen sejak Oktober 2018 pun bunyi mengenai isu tiket kapal terbang tidak dapat diatasi oleh PH. Itu ketika PH Warisan berkuasa.Boleh semak soalan parlimen mengenai tiket kapal terbang ketika PH berkuasa.

Ewon berkata dengan penuh yakinPH akan pastikan syarikat-syarikat penerbangan akan melaksanakan tawaran itu selepas berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan nanti.

"Sebagai bakal Presiden UPKO, saya akan duduk dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anthony Loke Siew Fook, Mohamad Sabu sebagai presiden parti-parti komponen PH yang lain, kami berempat inilah yang akan membuat keputusan besar PH dan ini adalah antara tawaran yang saya pastikan dilaksanakan oleh kerajaan PH," katanya.

Bagaimana Ewon begitu yakin sedangkan PH dan Warisan berkuasa pun mereka gagal memaksa syarikat penerbangan menurunkan harga tiket.

Setidakya ketika BN dan PN berkuasa Dato' Sri Ismail Sabri sebagai Menteri Kanan Pertahanan  terdapat usaha memberi diskaun harga tiket kepada pelajar, guru dan pensyarah 20 peratus bagi tiket penerbangan dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) untuk penerbangan domestik ke sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara selepas PKP. Diskaun diberikan untuk tempoh tertentu bagi perjalanan pulang semula ke sekolah atau IPT masing-masing.

 

Apa Ewon Benedict buat ketika jadi Menteri Kabinet Sabah

Apa Ewon Benedict buat ketika menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB)? Mengapa tak dapat laksana penetapan tiket kapal terbang RM199 ke Sabah? Bukankah ketika itu PH Warisan berkuasa. Setidaknya menggunakan peruntukan KPLB di bawah Ewon Benedict jika mahu melaksanakan kepada penduduk luar bandar.

Apa kejayaan terbesar Datuk Ewon Benedick? Kejayaan pertama lompat parti pada 12 Mei 2018 dia dan Presiden UPKO khianat BN melompat ke Warisan membentuk kerajaan? Presidennya Madius Tangau lingkup di Kiulu!.

Kejayaan kedua Ewon Benedick ‘pau’ projek di kementeriannya dan juga Kementerian Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter melalui projek 4 konsesi selenggaraan jalan di Kawasan PBT. Sabahkini2 pernah mendedahkan penglibatan Ewon Benedict Projek Selenggara Jalan Dumpiring Kebidahan yang kos terlalu tinggi. Mark up gila -gila!.

[ARTIKEL BERKAITAN- Bukti Menteri Warisan, UPKO 'Curi' Duit Rakyat! Jalan 2.3KM, Kos RM1.06 juta 1KM, Rakyat dapat jalan teruk ]

Bukti Menteri Warisan, UPKO 'Curi' Duit Rakyat! Jalan 2.3KM, Kos RM1.06 juta 1KM, Rakyat dapat jalan teruk

‘mark up’ harga gila-gila

Menteri, kontraktor, proksi dan kroni

Susulan pendedahan itu Ewon mahu menyaman Sabahkini2 sejak januari 2021. Tetapi hakikatnya semua kenal siapa Ewon. Dia hanya utamakan dirinya sendiri. Dia kenyang rakyatnya susah.Terbaru dia nak lawan Presiden UPKO Madius Tangau sebagai Presiden sebab merasakan hanya dia YB UPKO yang menang.

 

Kejayaan ketiga Ewon ialah menolong bosnya Shafie Apdal memberi dokumen kepada warga asing dan projek IC. Selepas dilaporkan Shafie Apdal dan kerajaan Warisan membantu mendapatkan MyKad kepada warganegara yang berkahwin pendatang asing ketika itu tular pula mengenai surat arahan Datuk Seri Shafie kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Ewon Benedick untuk mendapatkan maklumat senarai kampung serta pulau-pulau terpencil untuk maklumat Jabatan Pendaftaran Negara.

[ARTIKEL BERKAITAN: Projek IC 2: Shafie bantu dapatkan MyKad yang kahwin pendatang asing]

[ARTIKEL BERKAITAN: Menteri UPKO akur arahan 'Projek IC' Shafie Apdal ]

 

Surat bertarikh 9 Ogos 2018 rujukan KPLB: 100-10/149 ( ) dari Kementerian Luar Bandar Sabah (KPLB) kepada semua pegawai daerah dan penolong pegawai daerah kecil itu dikatakan adalah arahan dari Shafie Apdal untuk membantu Jabatan Pendaftaran atas alasan mengatasi kelewatan pendaftaran kelahiran dan kematian di Sabah yang tinggi

 

Susulan penularan surat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memohon data kampung dan pulau terpencil di media sosial, Menteri Pembangunan Luar Bandar Ewon Benedick berpura-pura terpaksa mengarahkan kementeriannya memberi kenyataan media berhubung perkara itu.

Malah Ewon Benedick terpaksa meminta penjelasan daripada Pengarah JPN Sabah Datuk Ismail Ahmad, Setiausaha Tetap KPLB Abu Bakar Abdul Latif dan Timbalan Setiausaha Tetap KPLB Sabah Sualim Sanan berkaitan surat yang kononnya disalah anggap. Betapa paniknya Ewon Benedick ketika itu. 

Projek IC: Arahan Shafie dan Warisan, Menteri UPKO kini Panik!


Sehinggalah PSS cuba dilaksana atau 20 bulan Kerajaan Warisan berkuasa UPKO hanya sibuk menolong Warisan menjayakan projek IC, IMM13 dan  PSS. 

Ini saja yang mampu Ewon Benedict mampu buat di Sabah dan kini mahu pula datang ke Penampang sebagai Ahli Parlimen Penampang? Bolehkah beliau menunaikan janji atau hanya 'KENCING PH' lagi. 

Comment