Ahmad Hassan Warisan lembap! 'Pilihlah Yang Baharu' Armizan Majukan Papar
18:11 Nov 14, 2022  |  By SabahKini2
Ahmad Hassan Warisan lembap! 'Pilihlah Yang Baharu' Armizan Majukan Papar

Ahmad Hassan jadi MP Papar sibuk tunjuk kekayaan Shafie Apdal. Kemudian sentiasa hilang dan gagal majukan Papar. Apa dia buat ketika jadi MP? Zaman Warisan PH batalkan projek di Papar. Papar mundur. Kini'Pilihlah Yang Baharu' Armizan demi Papar.

 Jika berjalan ke Parlimen Papar kempen GRS-BN nampaknya menguasai Papar sama ada bendera GRS putih atau Biru BN.

Parti Pakatan Harapan, Warisan dan PKDM nampaknya tenggelam. Penyandang Parlimen Papar Ahmad Hassan yang hanya menang dengan majoriti 325 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pasti sukar mempertahankan kerusinya.

Jika dahulu undi PH dan Warisan bergabung dalam satu pasukan namun kini undi itu pecah kepada beberapa bahagian yang akan menguntungkan GRS-BN di Papar.


Ahmad Hassan yang lemah!

Siapa tidak kenal Ahmad Hassan MP tangkap muat tahun 2018 dan diawal kemunculannya beliau dimalukan di Dewan Rakyat antara soalan dengan permohonan projek sekolah di kawasannya.

Watak orang tuanya tidak berubah, trek rekod buruk perkhidmatannya dalam tempoh empat tahun lalu menjadi ukuran. Ramai bertanya ke mana ahli Parlimen Papar menghilang. Apa dia buat di Papar? Pembangunan? semua pun pembangunan lama ataupun sekarang yang di bawa GRS.

Antara tumpuan, Ahmad berkata adalah untuk menjadi peneraju dalam membangunkan infostruktur dan infrastruktur di kawasan berkenaan agar ia lebih berdaya saing.

Katanya dia berjuang untuk sekolah-sekolah daif namun ketika kerajaan Warisan 22 bulan berkuasa di Sabah dan PH di Persekutuan dia masih gagal untuk memulihkan sekolah-sekolah daif. Beliau hanya menguruskan hal-hal asas yang biasa wakil rakyat uruskan seperti menyelaras bantuan kerajaan namun tiada pembangunan besar dilakukan oleh Ahmad Hassan.

Apa yang dia lakukan di zaman PH ialah membatalkan projek naiktaraf Jalan Pengalat-Lok Kawi-Papar yang dibatalkan menyebabkan rakyat Papar susah.

600 juta ringgit peruntukan yang dibawa pemimpin BN oleh bekas Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin namun disiakan PH-Warisan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor baru-baru ini ketika melawat Papar menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan WARISAN yang menjadi punca projek pembangunan untuk rakyat termasuk di Papar dibatalkan seperti Projek Jalan Pantai Papar – Lok Kawi dan  Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Kredit video- PLSK Channel

Kesannya Projek Pan Borneo lambat siap berbanding di Sarawak. Syarikat Borneo Highway PDP Sdn Bhd yang telah dilantik sebagai “Project Delivery Partner” mengurus dan menyelia projek itu di Sabah ditamatkan khidmatnya pada penghujung September 2021 oleh Lim Guan Eng Menteri Kewangan dan Kerajaan Warisan. Kerajaan Sarawak sempat menggunakan sukuk Dana Infra Nasional Berhad (DanaInfra) namun Sabah sebaliknya. Akhirnya Pan Borneo Sabah mengalami masalah pembiayaan. Projek dilaksana menggunakan peruntukan pembangunan yang lambat.

Sarawak sempat dapat dana Sukuk membiayai Pan Borneo tapi Sabah? kena kerat oleh Warisan

 

Lantaran itu Calon GRS Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali mudah mempersoalkan apa yang Warisan PH lakukan terhadap projek itu.

 

Armizan: ‘Pilihlah Yang Baharu’

Oleh itu Datuk Armizan Mohd Ali calon GRS mahu memperjuangkan semula masalah kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

Armizan mahu mengangkat perkara itu di Dewan Rakyat, kelulusan kerajaan pusat atau mendapatkan peruntukan tambahan daripada Kerajaan Negeri melalui Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan agensi terlibat.

 

Semua ini hanya boleh dilakukan melalui Kerajaan berkuasa sama ada Pusat atau Negeri. Memilih Ahmad Hassan hanya membawa Papar ke belakang. Maka slogan Armizan ‘Pilihlah Yang Baharu’ itu tepat.


Ahmad Hassan hanya jilat bosnya Shafie!

Rakyat Papar tidak mahu Ahli Parlimen Papar seperti Ahmad Hassan yang hanya tahu ‘Linggang-linggang kangkung’ memperagakan kekayaan Shafie Apdal semata tetapi rakyat Papar kekal mundur. Sibuk bawa kontraktor kepada Shafie Apdal hingga abaikan Papar.

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] MP Warisan dedah Banglo Mewah RM13 juta Shafie Apdal hasil rasuah KKLW RM1.5B!

 

 

Jadi sudah tiba masa rakyat Papar memilih Ahli Parlimen yang baru lebih muda, rajin dan mempunyai akses kepada Kerajaan Negeri Sabah sekarang Kerajaan GRS-BN.

9 Comments