[VIDEO] MP Warisan dedah Banglo Mewah RM13 juta Shafie Apdal hasil rasuah KKLW RM1.5B!
01:05 May 24, 2022  |  By SabahKini2
[VIDEO] MP Warisan dedah Banglo Mewah RM13 juta Shafie Apdal hasil rasuah KKLW RM1.5B!

Sejak tular 2017 siasatan dan reman SPRM, Shafie Apdal tidak pernah menafi Banglo Mewah RM13 juta, Rumah Albion Street London bernilai RM53juta dan kenderaan mewahnya. MP Warisan membuktikan lagi hidup mewah Shafie Apdal dan keluarganya..

Pada 21 Oktober 2017 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah rumah Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang terletak di Taman Golf View dekat Penampang  berhubung siasatan kes penyelewengan dana KKLW RM 1.5 bilion.

Ketika itu Shafie Apdal direman 8 hari. Naib Presiden Parti Warisan Peter Anthony dan Azis Jamman Ketua Wira Warisan turut direman SPRM. Begitu juga dua adik-beradik Shafie iaitu Datuk Yusof Apdal dan Hamid Apdal yang didapati mengawal 23 syarikat serta menerima dana rasuah untuk Shafie Apdal.

Hari ini kontraktor Singkong dilaporkan berpindah ke Australia..takut jika
kes dibuka dipanggil semula ke mahkamah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat 14 syarikat Sabah disyaki terlibat menyeleweng dana kerajaan RM48 juta. Akhbar The Star yang memetik sumber melaporkan pegawai SPRM menyiasat aliran dana sepanjang lebih tujuh tahun. Jumlah berkenaan adalah sebahagian dana RM1.5 bilion yang disalah guna sedang disiasat SPRM. 

BACA - MACC sifting through flow of RM48mil cash 14

Shafie sepatutnya dituduh di mahkamah sebelum PRU-14 atas salah laku di bawah Seksyen 23 Akta SPRM dan AMLA 2001. Beliau menyalah gunakan kuasa mengarahkan KSU dab TKSU (Pembangunan) menganugerahkan projek kepada 23 syarikat dibawah kawalan adik-adiknya. Bagaimanapun ada tangan-tangan tertentu di pejabat Peguam Negara ketika itu melengahkannya. Yang hanya sempat dilakukan Shafie dan keluarganya direman SPRM.

[ARTIKEL BERKAITAN- 14 Syarikat adik Shafie Apdal beri wang RM48 juta dikenal pasti ]

 

Namun selepas PRU14 Pakatan Harapan berkuasa Menteri Warisan (JPM), Peguam Negara lantikan PH Tommy Thomas dan KP SPRM (Shukri) bersekongkol menutup kes itu. Hanya disampaikan di Dewan Negara kes Shafie Apdal diklasifikasikan sebagai sebagai ‘tiada tindakan lanjut’ (NFA) dan ‘kes untuk simpan’ (KUS)

ARTIKEL BERKAITAN- Tutup kes Rasuah Shafie: Kerjasama memalukan Peguam Negara, Menteri Warisan dan SPRM ]

Kes ini masih boleh dibuka namun siapakah Peguam Negara baru yang berani melakukannya. Ketika PN berkuasa Peter Anthony orang kanan Shafie dan Micheal P Ubu didakwa selepas kes curi duit RISDA dibuka semula. Ini menjadi kebimbangan Dr Mahathir jika Shafie Apdal diheret ke mahkamah pada tahun 2021


Peguam Micheal P Ubu yang lari sejak 2017 akhirnya ditangkap sekembalinya dari luar negara
pada 29 April 2020

 

Kemewahan Shafie Apdal dan keluarganya

Sejak 2017 SPRM telah menggeledah beberapa rumah hasil rasuah Shafie Apdal seperti rumah banglo Taman Golf View Penampang Sabah, Rumah 2 tingkat di Subang Jaya, Banglo Mewah 3 di Hartamas Heights dan N0.5 Albion Street London berharga £9,950,000.00

Sabahkini2 telah mendedahkan butirah rumah Banglo mewah 3 tingkat Shafie Apdal di Hartamas Heights. No.28A Jalan Changkat Hartamas 2, Hartamas Heights 50480 Kuala Lumpur dan juga N0.5 Albion Street London namun setakat ini sejak 2017 sehinggalah sekarang tiadalah laporan polis dibuat menafikan kemewahannya ini. Bermakna semua kemewahan hasil rasuah ini adalah benar

ARTIKEL BERKAITAN –

5 Dis 2017: Siapa kata Shafie Apdal tak Rasuah? Banglo Mewah Hartamas Heights RM13 Juta miliknya

6 April 2018: Siapa kata Shafie Apdal tak Rasuah? Banglo Mewah Rakyat Sabah Menangis Melihat Rumah Mewah RM13 juta Shafie Apdal!

14 April 2019: Selepas Banglo RM13 juta kini rumah Shafie Apdal RM53 juta No.5 Albion Street London terbongkar

Selepas Banglo RM13 juta kini rumah Shafie Apdal RM53 juta No.5 Albion Street London terbongkar

 No.5 Albion Street London

Terbaru Ahli Parlimen Papar Tuan Haji Ahmad bin Hassan ketika melawat rumah Shafie itu menunjukkan sendiri kemewahan rumah Presiden Warisan yang dulu menjadi sasaran SPRM itu. Bermakna kekayaan Shafie Apdal itu bukan tipu. SPRM tak berminat ke membuka semula kes Shafie Apdal sebelum PRU ke 15 ini? Siasat hasil rumah di London dan juga di Kuala Lumpur termasuk kenderaan mewah.

Kekayaan Shafiee Apdal yang tidak pernah dinafikan sejak tahun 2017 ditangkap SPRM

 

 

 

2 Comments