Warisan Kalabakan: Ma'mun adik 'kaki pau' komisen projek, Sarifuddin kayakan pembekal mercedes
10:11 Nov 17, 2022  |  By SabahKini2
Warisan Kalabakan: Ma'mun adik 'kaki pau' komisen projek, Sarifuddin kayakan pembekal mercedes

[VIDEO] Apa Warisan buat di Kalabakan? Ma'mun adiknya Asdar urus projek dan pau komisen projek. Sarifuddin kayakan pembekal mercedes untuk kabinet negeri. Tapi Kalabakan? kekal miskin. YB kaya. Sekarang anak legasi Ghafur pula guna PH

 

Video Pengakuan MP Kalabakan lantik adiknya seorang
kontraktor urus projek di Parlimen Kalabakan

Siapa tidak kenal bekas Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mum Sulaiman ‘kaki pau’ kontraktor di Kalabakan yang kini terus menjadi calon Kalabakan.

Apa agaknya beliau perubahan dan pembangunan yang pernah dibuat oleh Ma’mun ketika dia bergelar Ahli Parlimen? Kalabakan kekal seperti itu juga tiada perubahan.

Sabahkini2 pernah sebelum ini mendedahkan pengakuan Ma’mum Sulaiman yang melantik adiknya Asdar Sulaiman menguruskan semua projek Parlimen Kalabakan. Video itu pernah tular dan sebenarnya sehingga penggalnya berakhir ia berterusan adik menguruskan projek.

“Kita ada fund projek siapa-siapa boleh memohon, tapi jangan suruh kita bikin BQ lah, kalau ada jambatan, balai raya, yang penting betul-betullah, saya sokong, untung jangan besarlah 25 ke 30 peratus.

“Jangan salah sangka sama saya ya, saya punya adik si Asdar sebab saya suruh si Asdar sebab dia pandai kontrak”. katanya

Oleh kerana adiknya pandai kontrak akhirnya adik kutip komisen 10% hingga 15% projek peruntukan ahli Parlimen.

Sekalipun SPRM belum menyiasat Ma’mun Sulaiman kerana menggunakan kedudukannya mengarahkan syarikat milik adik atau proksi adiknya menjalankan projek kawasan namun paling penting rakyat tahu sejak Warisan menjadi Ahli Parlimen Kalabakan tidak ada apa yang dibuat oleh Ma’mun sebagaimana Datuk Seri Panglima Ghafur Salleh yang hanya mengkayakan diri serta keluarganya.

Begitu juga Adun Merotai Sarifuddin Hata  dulu ketika Warisan hanya mengkayakan diri sendiri namun ketika menjadi pembangkang tidak dapat berbuat apa-apa di kawasannya. Sebelum jadi YB beliau taukeh penyeludup minyak masak dan pernah terlibat skandal penipuan dana Bank ketika bertugas Ketika jadi Pembantu Menteri Kewangan Sabah dulu Sarifuddin hanya kecoh bab bantuan pemberian barangan makanan kurang RM100 ketika Covid-19 sehingga disiasat SPRM dan pengakuan pembelian kenderaan mewah Mercedes RM3,158,106.71 untuk menteri cabinet Warisan PH.

[ARTIKEL BERKAITAN- Pembantu Menteri Kewangan mengaku beli kenderaan mewah RM3,158,106.71 untuk menteri kabinet ]

Pembantu Menteri Kewangan mengaku beli kenderaan mewah RM3,158,106.71 untuk menteri kabinet

 

Tapi apa ada di Kalabakan? Ada bekas pembantu menteri pun tetap tak maju. Sekarang anak Datuk Ghafur, Noraini bekas Ketua Puteri UMNO Kalabakan yang kecewa pula menjadi calon PH. Semua tahu apa keluarga Ghafur buat di Kalabakan sehingga Ghafur pun tewas PRU-14. Kini anak pula jadi calon. PH nampaknya terdesak mencari calon di Kalabakan.

Sudah tiba masa rakyat memilih wakil rakyat yang buat kerja seperti calon Barisan Nasional (BN Andi Muhammad Suryady Bandy yang juga adun Tanjung dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan. Pilih wakil Kerajaan GRS-BN yang memerintah sekarang bukan pembangkang atau bebas.

Penganalisis tempatan Mohd Zaki Harry Susanto dalam analisisnya sebagaimana dilaporkan media berkara berdasarkan suara akar umbi BN diramal berkemampuan merampas semula kerusi Parlimen Kalabakan sekiranya parti itu “meletakkan anak muda sebagai calon” selepas meletakkan ialah Andi Muhammad Suryady Bandi sebagai calonnya.


Andi Muhammad Suryady Bandi mesra rakyat. Buat kerja..

“Jika mengambil kira keputusan di keempat-empat DUN dalam Parlimen Kalabakan pada PRN Sabah tahun 2020, jumlah majoriti yang diperolehi Andi Muhammad Suryady Bandi di DUN Tanjong Batu ialah 2,123 undi iaitu masih mengatasi jumlah majoriti yang diperolehi tiga calon Warisan yang memenangi tiga kerusi DUN iaitu Kukusan (10 undi), Merotai (1,587 undi) dan Sebatik (522 undi),” kata Zaki.

Jun lalu ADUN Kukusan, Rina Jainal mengumumkan keluar daripada Warisan bagi menyertai Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) kerana sedar Warisan gagal membangunkan DUN Kukusan di Parlimen Kalabakan. Rina Jainal kini Setiausaha Politik Menteri Kewangan kepada Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

 

8 Comments